Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday, 18 April 2013

Nilai persahabatan: PAS, KEADILAN sedia benarkan DAP guna logo

8 April 2013
 
KUALA LUMPUR, 18 APR: Berikutan tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) tidak mengiktiraf Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, rakan-rakan Pakatan Rakyat bingkas bangun menawarkan calon-calon DAP bertanding dengan menggunakan logo PAS dan KEADILAN.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, mungkin DAP menggunakan logo PAS dan PKR dalam PRU kali ini jika ROS yang dipergunakan oleh Barisan Nasional masih tetap mahu menyekat DAP daripada bertanding.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di sini yang turut dihadiri Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Tindakan ROS tidak mengiktiraf CEC DAP mengakibatkan wujud kerisauan bahawa logo DAP tidak boleh digunakan oleh calon-calon DAP kerana surat kuasa parti yang harus dikepilkan bersama borang pencalonan mestilah ditandatangani ketua parti yang diiktiraf, seperti yang termaktub dalam peraturan pilihanraya.

“Pada saya, saya tidak nafikan bahawa tindakan ini adalah bermotifkan politik semata-mata,” kata Mustafa mengulas tindakan ROS. “Jika mereka (calon-calon DAP) bertanding tanpa logo yang diiktiraf, mereka akan jadi calon bebas. Tapi kami rakan dalam pakatan ini dan kami akan tetap bantu-membantu sama lain,” tambah beliau.

Mustafa menegaskan bahawa PAS cukup bersedia untuk membantu rakannya ketika DAP berhadapan dengan ujian sebegini di saat-saat PRU akan bermula.



“Saya telah menghubungi Mursyidul Am (Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat) dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Abdul Hadi Awang dan mereka berkata kita tak ada masalah, kita akan tolong DAP,” ujarnya.

Sementara itu, Saifuddin pula berkata, tindakan ROS meletakkan DAP dalam situasi yang sukar dalam tempoh 48 jam sebelum penamaan calon adalah satu perbuatan yang sangat zalim dan kejam.

“DAP adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat, mempunyai pengaruh yang kuat dan merupakan rakan utama.

“Kami juga telah membuat ketetapan sebagai menunjukkan semangat kekitaan dan esprit de corps Pakatan Rakyat. Kami bersetuju untuk bila-bila masa sahaja mengeluarkan watikah untuk calon-calon DAP,” kata beliau.

Semangat setiakawan Pakatan Rakyat membuktikan bahawa semakin BN menggila untuk menghancurkan perpaduan rakyat Malaysia pelbagai kaum, semakin kukuh ikatan persaudaraan di kalangan warga Malaysia.

Ini adalah kerana semakin ramai rakyat sedar tentang kezaliman dan kekejaman UMNO dan BN menggunakan isu-isu perkauman dan keagamaan yang sempit semata-mata kerana mahu mengekalkan kuasa mereka yang semakin rapuh. – Roketkini.com.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


widgeo.net

Search This Blog

Loading...

FB

There was an error in this gadget

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR