KUALA LUMPUR 16 April - MIC akan bertanding bagi sembilan kerusi
Parlimen dan 18 Dewan Undangan Negeri ( DUN) pada Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei depan.
Seramai 14 calon daripada 27 atau lebih 50 peratus adalah muka baru
menjadi pertaruhan parti terbesar masyarakat India ini yang dipercayai
dapat memberi nafas baru kepada kemenangan MIC kali ini.
Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel melahirkan keyakinan MIC
bakal mencapai kemenangan besar berbanding tsunami PRU Ke-12 berikutan
pemilihan calon-calon kali ini telah dilakukan dengan berhati-hati.
"Kita yakin akan menang kesembilan kerusi Parlimen sementara 17
kerusi DUN yang ditandingi tanpa sebarang was-was. Kami telah bekerja
keras selama lima tahun untuk sampai ke tahap ini," katanya pada sidang
akhbar pengumuman calon-calon MIC di Menara MIC di sini hari ini.
Pada pilihan raya umum yang lalu, MIC hanya menang tiga kerusi
Parlimen dan tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Parti itu hanya
mengekalkan kerusi Parlimen di Tapah, Cameron Highlands dan Segamat
dan menawan semula Hulu Selangor pada pilihan raya kecil kemudian.
Tsunami politik pada 2008 menyaksikan MIC hanya menang kerusi DUN di
Asahan (Melaka); Gambir, Kahang, Permas, Tenggaroh (Johor); Sabai
(Pahang) dan Jeram Padang (Negeri Sembilan).
Berikut senarai calon MIC bagi kerusi Parlimen pada PRU-13 :
1. Datuk Seri G. Palanivel ( Cameron Highlands)
2. Datuk Seri Dr. Subramaniam ( Segamat)
3. Datuk M. Saravanan ( Tapah)
4. Datuk S.K Devamany ( Sg Siput)
5. Datuk S. Murugesan ( Kota Raja)
6. Datuk V. S Mogan ( Teluk Kemang)
7. P. Kamalanathan ( Hulu Selangor)
8. A. Sakthivel ( Kapar)
9. A. Prakash Rao ( Subang)
Senarai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)
Penang:
1. M.Karupanan (Bagan Dalam)
2. L.Krishnan (Perai)
Melaka:
1.M.S Mahadevan (Gadek)
Kedah:
1. M.L. Maran (Bukit Selambau)
2. S.Anathan (Lunas)
Pahang:
1. R.Goonasakaren (Sabai)
Negeri Sembilan:
1. Manickam Letchuman (Jeram Padang)
2. Dr. Tanaletchumany Palanisamy (Port Dickson)
Perak:
1. C. Sivarraajh (Buntong)
2. Subramaniam Ramalingam (Hutan Melintang)
3. S.Mokan (Jelapang)
Johor:
1. Vidyanathan Ramanadhan (Kahang)
2.Raven Kumar Krishnasamy (Tenggaroh)
3. M.Asojan (Gambir)
4. Soorianarayanan Muniandy (Puteri Wangsa)
Selangor:
1. K.Parthiban (Ijok)
2. S.Rawisandran (Batu Caves)
3.T.Mohan (Sri Andalas)
- UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment