Saya juga menonton video-video ceramah politik di You Tube dari pemimpin BN dan PR. Berdasarkan pelbagai sumber maklumat, saya telah membandingkan perbezaan pentadbiran antara negeri2 yang ditadbir oleh BN dengan negeri yang ditadbir oleh PR. Saya tidak hanya fokus kepada kekurangan PR yang dipamerkan oleh media2 pro BN, tetapi saya fokus kepada kelebihan dan perubahan yang dibawa oleh PR dalam negeri yang ditadbirnya, walaupun negeri mereka disekat dengan pelbagai cara, contohnya Kelantan yang disekat hak royalti minyak mereka, namun negeri yang ditadbir PR masih boleh berjasa kepada rakyat dengan pelbagai cara.Itu dalam keadaan disekat, apatah lagi jika PR mentadbir Malaysia, sudah tentu pelbagai kebaikan dan jasa yang boleh mereka berikan kepada kita sebagai rakyat.
Dan saya menilai dari banyak sudut dan akhirnya saya jauh lebih yakin dengan PR. Pendedahan saya ini tiada sebarang kepentingan, kerana adik beradik malahan saudara mara saya tidak ada seorang pun yang menjadi wakil rakyat samaada mewakili parti BN atau PR. Saya hanya mahu seluruh rakyat Malaysia buka minda dengan melihat dan mengkaji politik Malaysia dari pelbagai sudut dan sumber termasuk memanfaatkan info2 dari halaman politik di Facebook dan website yang berautoriti. Jangan kita sempitkan minda dengan hanya menilai dari sebelah pihak samaada dari media yang pro BN atau PR, tetapi lihatlah dari pelbagai sudut, add lah rakan FB kita dari pelbagai bangsa dan agama, yang menyokong BN atau PR.
Ingatlah bahawa, negara ini teramat kaya dengan pelbagai hasil bumi serta aset, jadi kaji lah betul-betul parti yang akan kita undi, kerana kekayaan yang kita miliki sepatutnya dinikmati oleh kita semua.
Via Fanpage Beneficial Knowledge = Ilmu Bermanfaat
Tuan Tanah, mohon bertukar link.
ReplyDeletehttp://kopidantampal.blogspot.com/
Terima kasih!!!
Jadi....
ReplyDelete