Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday, 11 April 2013

Jaga DS Anuar Jaga!

Analisis PRU-13: Anwar jangan perlekeh Papagomo
HASRAT pengendali blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menentang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen Permatang Pauh, melambangkan keberanian dan semangat tinggi.

Walaupun pertama kali bertanding dan tidak mempunyai ‘track record’ dalam mana-mana PRU sebelum ini, Papagomo seolah-olah amat yakin dan mempunyai ‘modal’ tersendiri untuk membeli dan mematahkan hujah-hujah pihak lawannya.

Setelah melihat semangatnya yang mengambil borang pencalonan calon PRU-13 di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan baru-baru ini, ternyata kesungguhannya untuk bertanding tidak dapat dinafikan lagi.

Niat sebenar lelaki berusia 30 tahun itu untuk bertanding adalah bagi meneruskan kesinambungan kesejahteraan, kestabilan dan keamanan bangsa Malaysia.

Bagaikan tikus melawan gajah. Papagomo yang belum tentu mempunyai ramai penyokong itu akan bersaing dengan seorang pemimpin utama pembangkang dan juga mempunyai penyokong fanatik tersendiri.

Bagaimanapun, satu persoalan timbul, bagaimana sekiranya Papagomo berjaya memenangi Parlimen Permatang Pauh dan mengalahkan Anwar.

Presiden Warisan Anak Merdeka, Abdul Ghani Harun berkata, jika Papagomo berjaya mendapat undian dan mengurangkan undi majoriti Anwar sekali pun, itu sudah memadai dan membuktikan pengaruh Anwar semakin merudum.

“Jika Papagomo langsung tidak mendapat undi dan kalah wang pertaruhan, hal itu tidak memberi kesan apa-apa kerana semua sedia maklum terhadap kekuatan dan pengaruh Anwar di parlimen itu.

“Sebaliknya Anwar akan malu besar sekiranya undi majoritinya merosot atau tewas di tangan Papagomo," katanya kepada Utusan Online di sini hari ini.

Pada 8 April lalu, Papagomo mengesahkan akan bertanding sebagai calon Bebas menentang Anwar sama ada di kawasan Parlimen Permatang Pauh atau di mana-mana kawasan yang ditandingi Ketua Pembangkang itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Papagomo, keputusan itu bagi menunjukkan beliau benar-benar serius meminta Anwar berundur secara terhormat dari arena politik negara seperti diminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad lebih sedekad lalu.

Beliau sebelum ini sudah memberi amaran supaya Anwar berundur bagi mengelak video aksi homoseksual yang dikaitkan beliau dengan Anwar dipaparkan kepada umum, namun Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berdegil.

Papagomo mempunyai lebih daripada satu video membabitkan Ketua Pembangkang itu untuk didedahkan kepada umum sepanjang tempoh berkempen nanti.

Sementara itu, Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Rahimi Osman berpendapat, peluang Papagomo untuk menang adalah tipis kerana beberapa faktor.

Katanya, salah satu faktor adalah populariti Anwar di Permatang Pauh sendiri yang berjaya menandingi Papagomo.

“Jika Anwar kalah, dia harus meletakkan jawatan dan bersara daripada politik kerana kekalahan itu menunjukkan bukan sahaja rakyat Malaysia menolak Anwar, tetapi orang kampungnya sendiri telah menolaknya.

“Pada waktu itu (jika kalah), Anwar tidak lagi relevan dalam politik Malaysia," ujarnya.
Pokok pangkalnya, Anwar tidak boleh memandang rendah kepada kebolehan Papagomo pada PRU-13. Jangan perlekeh kebolehan Papagomo.

Ibarat kata pepatah Melayu, kecil-kecil, cili api. Walaupun kecil, namun berapi.
Dalam satu aspek yang lain, Anwar juga tidak perlu berasa bangga sebaliknya perlu berasa malu kerana terpaksa bertanding dengan calon-calon biasa atau calon tiada pengalaman berbanding dengan calon-calon yang setaraf dengan tahap kerjaya politiknya selama ini. - UTUSAN ONLINE.

ABU: Rasa macam nak kah kah kah!

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR