Ketika seorang ulama pejuang terkenal Moroco hendak meletakkan batu asas
Kota Fez - Maulana Idris - berdoa bersama pengikutnya seperti berikut;
“Ya Tuhanku! Engkau amat mengetahui aku membinakan kota ini bukan untuk
dipuji dan berbangga kepada selain-Mu, tidak juga kerana kepura-puraan,
keangkuhan dan rasa besar diri.
Melainkan niatku untuk penduduknya sentiasa mengabdikan diri hanya
kepada-Mu, hukum dan panduan-Mu menjadi batas sempadan serta kandungan
Al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Mu dijunjung, selagi mana bumi ini masih
wujud.
Ya Ilahi! Bantulah pendudukanya melakukan sesuatu yang benar dan pandulah mereka melaksanakan tugas mereka sebagai hambaMu.
Ya Ilahi! Lindungilah mereka dari kejahatan apa jua, limpahkan mereka
dengan anugerah yang tak terhitung dan jauhkan mereka dari pedang musuh.
Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu.”
Fez - masih wujud hingga kini. Sesiapa yang pernah berkunjung ke sana
akan merasa ta’jub dengan keindahan susun atur bandarnya. Keindahan
dalaman rumah penghuninya lengkap dengan taman dan ruang santai
keluarga, sangat menarik dan indah. Pancuran air telah digunakan untuk
mewujudkan ketenangan dan kedamaian penghuni kotanya.
John Anthony Burgess Wilson, Novelis British yang pernah menetap di
Malaysia termasuk di Kota Bharu, pengarang antara lain novel seperti:
Time for a Tiger, The Enemy in the Blanket , Beds in the East, The
Malayan Trilogy yang kemudiannya diterbitkan dalam satu jilid dengan
judul "The Long Day Wanes", "The Right to an Answer" (1960), "The Doctor
is Sick" (1960) dan belasan novel yang lain menyebut: Islam adalah
satu-satunya agama Kota.
Hujjah beliau - Nabi Muhammad s.a.w dilahir dan berjuang di Kota Mekah.
Ketika baginda berhijrah, destinasi pilihan baginda masih sebuah kota -
Kota Yathrib yang kemudiannya dinamakan Kota Madinah.
Selain Rasulullah s.a.w, Nabi Yusuf a.s berhijrah dari kehidupan kampung
di Palestin menuju ibu kota peradaban dunia di masa itu, Memphes di
Mesir.
Nabi Musa a.s pula dititahkan oleh Allah untuk memasuki kota Baitul Maqdis.
Al-Qur’an menggelarkan Kota Mekah sebagai Ibu Kota Dunia - Ummul Qura.
Dua kali - kalimah Ummul Qura muncul di dalam Al-Qur’an iaitu pada ayat
92 Surah Al An’am dan ayat 7 Surah As Syu’ara.
Mekah - sebagai ibu kota dunia, dulu, kini dan akan datang. Apa
perbezaan Kota Mekah sebelum Nabi s.a.w datang ‘membuka’ Kota ini
selepas hijrah Baginda ke Kota Madinah dan sebelumnya?
Ubudiyyah dan Uluhiyyah kepada Allah!
Ka’abah sedia tersergam ketika Jahiliyyah masih berkuasa di situ.
Sebagai pusat ibadat ia juga menjadi pusat pelancongan dan perdagangan
serentak.
Nabi tidak datang meruntuhkan bangunan dan kota yang ada. Nabi s.a.w
mengisinya dengan pengisian pengEsaan kepada Allah dan pengabdian
penduduknya hanya kepada Nya. Mentadbir kuasa pemerentahan berasaskan
Islam adalah termasuk dalam ubudiyyah itu.
Sejak itu, ratusan kota bertukar wajah dan pengisian di pelbagai belahan
dunia. Namun, kota-kota ini kekal sebagai kota metropolitan yang
termaju pada zaman mereka masing-masing, dengan penduduk pelbagai ragam,
warna, keturunan dan agama hidup dengan aman dan harmoni di bawah
keadilan, kesaksamaan dan nilai kemanusiaan tahap tinggi.
Manusia dan kemanusian sentiasa menjadi keutamaan tertinggi. Ubudiyyah
kepada Allah - itulah yang membezakan kota Islam dalam tamadun dengan
kota yang lain.
Keutamaan kepada manusia dan kemanusian - Baik kehidupan fizikal seperti
kediaman, infra awam, taman dan landskap. Mahu pun ciri lain seperti
keselamatan, kecerian, kejiranan, intelektual, seni dan budaya.
Menyanjung Tinggi Nilai Nilai Baik, Memandang Hina Nilai Nilai Buruk.
Tidak ada pemerasan - baik di bidang perdagangan dan kegiatan ekonomi
mahu pun peluang terbuka berasaskan kelayakan dan keperluan di segenap
bidang.Tidak ada penindasan - melainkan kesaksamaan,
Cintakan ilmu, dialog, kuliah, diskusi dan percaya dengan kebebasan
berfikir yang tidak dikongkong dan dihalang. Citra minda dan daya fikir
mencapai puncak. Pada masa yang sama, masjid dan surau dipenuhi dengan
mereka yang bersujud dan mengumandangkan bacaan ayat-ayat suci, doa dan
munajat.
Kembali kita ke Putrajaya.
Di mana Putrajaya di peta dunia?
Disebalik perbelanjaan yang mungkin telah mencecah RM30 bilion (sewaktu
saya di Parlimen dulu Dewan diberitahu peruntukan asas adalah RM22
bilion), sejauh mana kedudukan Putrajaya berbanding kota dunia yang
lain?
Mengikut laman web World’s Most Liveble Cities, dari 25 kota besar utama
yang dikira paling selesa didiami, Putrajaya belum tersenarai.
Antara ciri bandar terbaik dunia adalah seperti berikut;
1: Keselamatan
2: Reakreasi
3: Budaya
4: Pendidikan
5: Keusahawanan
6: Alam sekitar
7: Pengangkutan Awam
8: Ekonomi/Kos hidup
9: Kediaman
10: Kesihatan
11: International Connectivity
12: Cuaca
13: Toleransi
14: Arkitektur
15: Polisi positif pemerentah
Mari kita menilai semula permasalahan yang ada di Putrajaya.
Sebahagiannya telah lama disungutkan tetapi kerana sikap dingin pihak
tertentu, ia tinggal menjadi masalah.
Isu-isu ini saya kutip sekilas saya diumumkan sebagai calon Pakatan
Rakyat di Putrajaya. Masalah sebenar warga Putrajaya mungkin lebihh
serius dan lebih besar lagi.
- SAYA SEDIA MENDENGAR-
Hanya kumpulan gred profesional sahaja disediakan parking dan kumpulan
bawahan diminta menaiki bas Nadi Putra yg mungkin salah satu perjanjian
kroni.
Kos parking bagi kakitangan sokongan / pegawai muda yg tidak
diperuntukkan parking lot di bangunan Kerajaan adalah terlampau tinggi
dan membebankan. Hasilnya parking lot berbayar yang dibina PJH terbiar
kosong seperti projek gajah putih. Namun malangnya pula, bila kakitangan
tersebut meletakkan kenderaan di kawasan tidak berbayar yang 'tidak
direstui' PPj seperti di bahu2 jalan selalunya berakhir dengan tindakan
saman oleh PPj / JPJ / Polis Trafik. Bilangan parking di apartment2 juga
sangat mengecewakan.
Kos perumahan yang terlampau tinggi yang menyebabkan hanya pegawai-pegawai berjawatan tinggi memiliki rumah di Putrajaya.
Aktiviti2 usrah / keagamaan di Masjid Putrajaya / Masjid Tuanku Mizan
sangat2 mengecewakan. Tak padan jumlah makmum berbanding saiz masjid.
Premis-premis komersil dijual dengan kadar yang terlampau tinggi. Ini
menyebabkan kadar sewa bulanan yang terpaksa dibayar oleh peniaga adalah
sangat-sangat tinggi dan mereka terpaksa meninggikan harga jualan
barangan mereka dan ini meningkatkan kos kehidupan penghuni Putrajaya.
Kurangnya pusat-pusat yang menawarkan pendidikan Islam kepada anak-anak.
Kesannya, mungkin tahap pemahaman/penghayatan Islam di kalangan anak-anak di
Putrajaya pada masa hadapan membimbangkan keluarga.
Sistem pengangkutan awam yang kurang efektif, walaupun bilangan bas di
sini adalah mencukupi, namun laluan bas ditetapkan tanpa membuat kajian
menyeluruh terhadap keperluan pengguna2 - perlu lebihkan route bas yang
masuk terus ke kawasan2 bangunan Kerajaan khususnya di Parcel C, D dan E
(kebiasaan bas berhenti di luar kawasan Parcel.. kurang mesra pengguna
sbb pengguna terpaksa berjalan kaki & lebih susah kalau waktu hujan)
Kebanjiran pekerja asing menyebabkan persepsi penduduk ke atas tahap keselamatan di Putrajaya merosot.
Kualiti air yang kurang memuaskan kotor, berkeladak & bahaya untuk kesihatan.
Perlu wujudkan persekitaran / peluang utk penduduk tempatan menambahkan pendapatan
Hubungan sosial di kalangan penduduk Putrajaya amat mendukacitakan.
Perlu lebih kreatif dalam menghasilkan aktiviti2 kekeluargaan yg lebih
santai & boleh eratkan kemesraan & kepedulian di antara ahli
komuniti (aktiviti2 sedia ada lebih berteraskan hiburan).Taman-taman
yang indah di sekitar Putrajaya ( Taman Perdana, Taman Pancarona, Taman
Wetland dan Taman Botani tidak dimanfaatkan untuk menceriakan lagi
kegidupan sosial warga PutraJaya)
Ketiadaan bengkel2 kereta beroperasi, tiada bengkel khas / one stop
center yg menawarkan semua pakej repair di Ptrajaya sedangkan kawasan
perindustrian ringan di Presint 15 boleh dimanfaatkan.
Sebagai akhirnya, saya perturunkan satu dua ayat-ayat Al-Qur’an sekitar ‘Al-Qura’ untuk renungan kita semua.
Kesimpulan yang kita boleh ambil dari ayat-ayat ini ialah Peringatan
Allah bahawa kedududukan sesuatu bergantung kepada penduduknya. Samada;
Mereka beriman dan bertaqwa - mereka akan dirahmati dan dilimpahkan kurnia yang lebih baik
Mereka durhaka, lalai dan engkar - mereka akan dibinasakan.
Maksudnya: “Yang demikian (kedatangan Rasul-rasul itu ialah), kerana
Tuhanmu tidak membinasakan negeri-negeri secara zalim sedang penduduknya
leka lalai.” - (Al-An'aam 6:131)
Maksudnya: “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu,
beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu
pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi.
Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan
azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” - (Al-A'raaf
7:96)
Maksudnya: “Patutkah penduduk negeri negeri itu (bersedap hati) serta
merasa aman daripada kedatangan azab Kami kepada mereka pada malam hari,
semasa mereka sedang tidur?” - (Al-A'raaf 7:97)
Maksudnya: “Yang demikian, ialah sebahagian dari khabar berita penduduk
negeri-negeri (yang telah dibinasakan), kami ceritakan perihalnya
kepadamu (wahai Muhammad). Di antaranya ada yang masih wujud (sisanya
yang dapat disaksikan), dan ada pula yang telah hancur lebur (dan hilang
lenyap).” - (Hud 11:100)
Maksudnya: “Dan - di antara tempat tinggal mereka (di negeri Yaman)
dengan bandar-bandar (di daerah negeri Syam) yang Kami limpahkan berkat
kepadanya (dengan kemakmuran), - Kami adakan beberapa buah bandar yang
jelas kelihatan (kepada orang-orang yang melalui jalan itu), dan Kami
tentukan jarak perjalanan di antaranya (sekadar yang dapat dijadikan
tempat-tempat persinggahan), (serta dikatakan kepada mereka): "
Berjalanlah kamu di bandar-bandar itu pada bila-bila masa yang kamu
suka, malam dan siang, dalam keadaan yang aman". - (Saba' 34:18)
Wallahu’alam. Sekian.
- Haji Husam Musa
BIODATA YB DATO PADUKA HJ HUSAM
PROFAIL
YB. DATO HAJI HUSAM BIN MUSA
Tarikh Lahir :
14 Oktober 1959
Tempat Lahir :
Kg. Kota, Kota Bharu, Kelantan
Pendidikan :
Sek. Rendah Kota, Kota Bharu (1965-1971)
Sek. Men. Sultan Ismail, Kota Bharu (1972-1975)
Maktab Sultan Ismail (1976-1979)
Universiti Malaya (1980-1983)
Kursus Bahasa Arab, Jordan (1987)
Profesyen Dahulu :
Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan (1990-1993)
Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan (1993-1999)
Pengalaman Di Dalam Parti :
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu (1985-1987)
Ketua Pemuda PAS Negeri Kelantan (1996-1999)
Naib YDP PAS Kawasan Kota Bharu (1999)
Naib Presiden PAS (2005-2009)
AJK Pas Pusat PAS (2009-2011)
Naib Presiden PAS (2011 -)
Jawatan Di Dalam Parti :
Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Kelantan
YDP PAS Kawasan Kubang Kerian
Jawatan Di Luar Parti :
Ahli Parlimen Kubang Kerian (1999 - 04)
Ahli MMK @ Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Pembangunan Masyarakat Negeri Kelantan Darul Naim (2004 - 08)
Ahli MMK @ Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Darul Naim.(2008 - )
ADUN Kijang, Kelantan Darul Naim (2004 - 08)
ADUN Salor, Kelantan Darul Naim (2008 - )
Panel Penasihat PENGASIH
Anugerah :
Newsmaker of the Year 2003 (malaysiakini.com)
Untuk menghubungi dan surat-menyurat, bolehlah berbuat demikian melalui butiran berikut:-
Pegawai Khas kepada YB Dato Hj Husam Musa,
Pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan,
Blok 1, Tingkat 1, Kota Darul Naim,
15503 Kota Bharu, Kelantan.
Faks : 09-743 3008
Tel : 09 -744 6008
Facebook: husam-musa
Emel :
haji.husammusa@gmail.com
No comments:
Post a Comment