29 April 2013
Kejadian itu menyebabkan Afazi Zarita Hamzah, 26, terpaksa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk mendapat rawatan sebelum dibenarkan pulang.
Menceritakan detik cemas itu, Afazi berkata, sebelum kejadian, dia bersama suaminya Tan Hassan, 26, dan beberapa ahli puteri Umno sedang memacak bendera BN berhampiran paya di tepi jalan.
Menurutnya, ketika sedang gigih memacak bendera BN, dia secara tiba-tiba berasa pedih di tumit kaki kiri lalu rebah mengakibatkan suaminya bersama beberapa rakan panik sebelum dia menjerit meminta bantuan.
“Saya tak perasan tapi nampak darah mula mengalir serta terdapat dua kesan patuk,” katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna Perkampungan Orang Asli, di Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, di sini, semalam.
Turut hadir melawat, Calon BN, Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail yang turut bersimpati dengan nasib malang mangsa.
Afazi berkata, berikutan kesan daripada patukan ular tedung itu, dia kehilangan banyak darah namun bersyukur kerana sempat dikejarkan ke HTAA sebelum diselamatkan oleh doktor.
Katanya, walaupun kecederaan berkenaan dianggap serius, dia tetap tidak patah semangat untuk meneruskan perjuangannya untuk menaikkan bendera BN sempena Pilihan raya Umum ke-13.
No comments:
Post a Comment