Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 9 March 2014

Misteri Kehilangan MH370:Bapa saudara mangsa dakwa petugas MAS halangnya bercakap dengan media, Polis Beri Amaran Kepada Penyebar Khabar Angin

Bapa saudara kepada seorang mangsa penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370, Cheng Mei Ling, 33, mendakwa beliau dihalang oleh petugas syarikat penerbangan itu daripada bercakap dengan media.

Lelaki yang berusia lingkungan awal 40-an itu hanya mahu dikenali sebagai Kong berkata, anak saudaranya Cheng bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan berpengkalan di Amerika Syarikat (AS).

Katanya anak saudaranya itu menaiki pesawat ke Beijing sebagai laluan transit pulang ke AS. 

Sementara itu pihak polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati menyebarkan khabar angin melampau mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata langkah itu diambil bagi mengekang perbuatan tidak bertanggungjawab terutama menerusi media sosial.

"… ini bukan masanya untuk berbuat demikian (sebar khabar angin).

"Jangan bertindak sesuka hati, berfikir dahulu sebelum bercakap. Fikirkan tentang perasaan ahli keluarga penumpang penerbangan tersebut, jika penumpang itu ahli keluarga kita sanggupkah kita buat tindakan tidak wajar pada masa kita sepatutnya berdoa," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan banjir kepada 345 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang yang terlibat dengan bencana itu pada Disember lepas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang di Kuantan hari ini.

Mengulas kerjasama agensi perisikan antarabangsa dalam siasatan kehilangan pesawat tersebut, Khalid berkata amalan itu adalah perkara biasa terutama ketika menghadapi situasi yang memerlukan bantuan agensi luar.

"… ini bukan perkara baru kita menerima kepakaran daripada badan risikan antarabangsa, ia (kerjasama) sentiasa berjalan," katanya.

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menghantar satu pasukan terdiri daripada ejen dan pakar teknikal bagi membantu siasatan kehilangan MH370.

Menurut laporan itu penglibatan FBI disebabkan tiga daripada penumpang merupakan rakyat AS.

Pesawat Boeing 777-200 yang mengendalikan penerbangan MH370 ke Beijing itu dilapor hilang daripada radar menara kawalan trafik udara kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat itu membawa 227 penumpang dari 14 negara selain 12 anak kapal. – Bernama, 9 Mac, 2014.

-TMI

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR