Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 16 March 2014

Pesta Muzik Tiga Hari biadab,Jumlah Mangsa Dirawat Semakin Meningkat

SHAH ALAM - Penganjuran acara muzik terbesar selama tiga hari di Stadium Negara Bukit Jalil dilihat sebagai satu tindakan biadab dan tidak menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.

Naib Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Muhammad Farhan Mat Zin berkata, di kala negara sedang diuji ALLAH SWT dengan ketidaktentuan cuaca hingga dilaporkan 10,000 kebakaran hutan, jerebu pada tahap membimbangkan dan kehilangan MH370, namun pihak kerajaan masih membenarkan pesta muzik diadakan.

"Saya melihat ramai pihak menganjurkan solat hajat di masjid-masjid dan solat Istisqa memohon pertolongan ALLAH untuk menurunkan hujan, tetapi anak-anak muda terkinja-kinja berpesta di stadium," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, dengan lambakan pesta seumpama itu, dikhuatiri pertolongan yang dipinta dari ALLAH akan ditolak.

"Jangan mencabar kuasa ALLAH dan kita bimbang pertolongan ALLAH tidak diberikan dengan wujudnya lambakan pesta-pesta seumpama ini," katanya.

Kelmarin, enam individu termasuk seorang pelajar dari sebuah universiti di utara tanah air maut dan tiga kritikal disyaki akibat pengambilan dadah secara berlebihan ketika berhibur di acara muzik terbesar itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, kesemua mangsa warga tempatan berumur 19 hingga 28 tahun dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), awal pagi semalam.

Mereka ialah Kamal Zekry Kamal Basha, 22, Victor Wong E Hern, 26, Sabreena Kamaruddin, 21, M Suresh, 28, Syazana Sohaime, 23, dan Nor Faizza Mohd Wazir, 27.

Dua orang yang kritikal ialah warga Singapura dan seorang lagi warga tempatan, dalam lingkungan umur 19 dan 27 tahun yang kini menerima rawatan di PPUM dan di PPUKM.

Dalam satu sidang media semalam, Mohmad  berkata, ekoran keadaan ini, pihak polis sudah memberitahu penganjur bahawa konsert hari ketiga perlu dibatalkan tanpa alasan kerana menyebabkan masalah keselamatan.-SINAR.

Sementara itu Utusan melaporkan jumlah mangsa yang dirawat di hospital akibat pengambilan dadah sintetik secara berlebihan ketika menghadiri konsert antarabangsa Future Music Asia 2014 di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil meningkat menjadi 14 orang.

Semalam hanya dua individu masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan seorang di Pusat Perubatan Unversiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), namun hari ini jumlah berkenaan bertambah.

Daripada jumlah itu, rakyat dari Singapura paling ramai dirawat iaitu sembilan orang manakala masing-masing seorang dari Malaysia, Myanmar, Iran dan Taiwan manakala seorang lagi mangsa belum dapat dipastikan warganegaranya. - UTUSAN ONLINE.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR