Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 13 May 2018

ANALISA 72 JAM KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DAN TUN MAHATHIR


Baru tiga hari menjadi kerajaan, pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu segera menyemak kembali tindak-tanduk mereka yang memberi isyarat meresahkan.  Jelas sekali rakyat yang dahagakan perubahan sejati sejurus pilihan raya umum (PRU-14) lalu kini dihadapkan dengan beberapa isu kritikal berikut.

1. Tindakan Pakatan menerima ADUN BN yang melompat tanpa sebarang tapisan atau pengesahan bebas rasuah menjadi kebimbangan tentang sejauh mana agenda reformasi institusi benar-benar menjadi prioriti Pakatan.  Hal ini cukup ketara sekali dalam pembentukan kerajaan negeri Perak (2 ADUN BN sertai Pakatan), Kedah (seorang ADUN BN dikatakan menyertai Pakatan), Johor (3 ADUN melompat), dan Sabah (enam ADUN melompat). Turut kencang bertiup ialah ura-ura PBB Sarawak serta Tan Sri Taib Mahmud meninggalkan BN menyertai Pakatan.  Adakah kekayaan luar biasa Taib Mahmud sekeluarga tidak akan disiasat Pakatan?  Malah tindakan menerima secara pukal bekas ahli BN menimbulkan spekulasi Tun Mahathir cuba menguatkan PPBM dalam kerajaan Pakatan ibarat UMNO dalam BN dahulu – spekulasi yang berasas memandangkan kerusi parlimen PPBM hanyalah sekitar 12 berbanding PKR (49) dan DAP (42).

2. Tindakan melantik Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan tanpa terlebih dahulu diisytiharkan bebas rasuah sepenuhnya oleh SPRM yang baru dan berkredibiliti di bawah Pakatan turut menimbulkan persoalan.  Hal ini demikian kerana beliau masih dibelenggu tuduhan yang wajib dibuktikan bebas sepenuhnya iaitu kes Banglo dan Terowong Dasar Laut Pulau Pinang. Sekiranya langkah siasatan bebas tidak dilaksanakan, dan dengan mudah terus dilantik ke jawatan Menteri kanan, maka sejauh mana bezanya iltizam politik Pakatan berbanding BN yang dituduh seringkali memberikan amanah kepada individu yang tidak disiasat secara komprehensif seperti Tan Sri Isa Samad Pengerusi Felda yang gagal menjadi Pengerusi SPAD.  Demikian juga pemilihan Dato Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang turut menimbulkan persoalan: adakah siasatan SPRM ke atas beliau berhubung kehilangan RM7.5 bilion ketika menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dahulu akan dihentikan secara automatik? 

3. Pelantikan YB. Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan menimbulkan persoalan yang meluas dalam kalangan anggota tentera yang masih dalam perkhidmatan mahu pun yang telah bersara.  Sentimen ini jelas dilihat dalam kenyataan yang dipaparkan di laman ketenteraan yang paling popular di Malaysia iaitu Malaysia Military Power (MMP).  YB Mat Sabu juga dikatakan berkelulusan Seni Kulinari dan sering pula dikenali dengan siri kenyataan kontroversi beliau tentang Parti Komunis Malaya (PKM) dan pemerolehan aset ketenteraan negara.  Maka ada calon ahli parlimen lain yang lebih sesuai untuk dilantik menjadi Menteri Pertahanan seperti Ahli Parlimen Port Dickson Laksamana Muda (B) TLDM Dato’ Danyal Abdullah.  Beliau kaya dengan pengalaman berkhidmat dengan TLDM mulai 1971 dan bersara pada 2006 sebagai Ketua Penolong Staf (Strategik) Markas ATM.

4. Tindakan Perdana Menteri Tun Mahathir membuat pengumuman tiga ahli kabinet kerajaan Pakatan dalam keadaan belum mendapat persetujuan parti komponen terbesar iaitu PKR yang memenangi 49 kerusi parlimen dalam PRU14 yang lalu menimbulkan persoalan kritikal.  Malah sidang media tersebut dijalankan tanpa kehadiran pemimpin utama PKR.  Kenyataan Media Naib Presiden PKR Rafizi Ramli seolah-olah mengesahkan kelemahan koordinasi dan kompromi dalam proses pembuatan keputusan Pakatan.

5. Kegagalan Pakatan di bawah teraju Tun Mahathir memuktamadkan senarai kabinet meskipun sudah ditekankan bahawa ia akan dilakukan pada 12 Mei juga menguatkan lagi hujah bahawa mekanisme pembuatan keputusan Pakatan yang berasaskan konsensus perlu disemak semula.

6. Antara implikasi besar daripada kelemahan mekanisme konsensus Pakatan ini ialah Kementerian Kewangan yang seharusnya sudah boleh mula menjalankan usaha pemansuhan cukai GST dan memperkenalkan semula cukai SST di samping penetapan harga petrol dan diesel.

7. Turut menerima tempias ialah ketiadaan Menteri Luar Negeri dalam situasi politik global semakin meruncing dengan kes isu nuklear Iran, rundingan Amerika-Korea Utara-Korea Selatan, pembunuhan berterusan Zionis Israel di Gaza, serangan Israel di Syria, serta perasmian kedutaan Amerika di Israel yang akan dibuka di Baitulmaqdis.

8. Tindakan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian daripada PPBM bahawa beliau tidak akan memberi peruntukan kepada ADUN pembangkang dan menyifatkan langkah tersebut sebagai ‘memberi peluru kepada musuh untuk menembak kita’.  Kenyataan sebegini bukan sahaja menjadikan tiada beza antara pentadbiran Pakatan dan BN, malah menafikan mandat yang diberikan rakyat kepada wakil rakyat pembangkang di kawasan mereka. 

9. PM Tun Mahathir seharusnya lebih peka kepada usaha memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan.  Isu ini jelas terserlah apabila beliau bertindak berucap dalam Bahasa Inggeris setiap kali sesi Sidang Akhbar dilakukan.

10. Pelantikan YB Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar Perak tanpa sebarang pengalaman pentadbiran dan latar kredibiliti juga menimbulkan persoalan.  Malah Pengerusi PH itu juga hanya memenangi kerusi DUN Chenderiang dengan majoriti 39 undi.  Calon yang lebih layak ialah Dato Seri IR. Nizar Jamaluddin dengan pengalaman pentadbiran kerajaan PAS Perak 11 bulan 2008-2009 dan juga lebih berwibawa dari segi latar pendidikan serta profesion.

11. Prinsip ketelusan dan keterbukaan juga menjadi persoalan apabila adegan rundingan di balik tabir menjadi mekanisme pembentukan kerajaan negeri Pakatan di Sabah dan Perak.  Rakyat pastinya tertanya-tanya apakah konsesi yang ditawarkan sebagai harga untuk mereka melompat meninggalkan BN bagi membentuk kerajaan Pakatan? 

12. Kenyataan Lim Guan Eng tentang ‘Bangsa Malaysia’ dalam Sidang Akhbar pengumuman kabinet pula berpotensi mewujudkan persoalan Perkara 153 Perlembagaan Malaysia tentang pembezaan takrif ‘Orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak’ serta kedudukan istimewa dan perizaban mereka.  Definisi ‘Bangsa Malaysia’ yang dipegang Guan Eng perlu diperjelaskan adakah bermaksud mencabar definisi ‘Orang Melayu’ dan anak negeri Sabah dan Sarawak? Implikasi ini jelas kerana Perkara 153 menjelaskan ‘Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak’.

13. Pelantikan Tan Sri Robert Kuok sebagai salah seorang ahli Majlis Penasihat menimbulkan seribu satu persoalan.  Apakah merit yang melayakkan beliau menyertai Majlis berkenaan selain daripada menjadi taikun gergasi hasil hubungan rapat dengan pemimpin elit BN dahulu termasuk Tun Mahathir? Adakah amalan pemberian kontrak secara rundingan terus yang mengkayakan beliau di bawah skim ‘crony capitalism’ pada era Tun Mahathir dahulu (1981-2003) akan diteruskan?  Mujurlah, keanggotaan beliau dalam Majlis berkenaan turut diimbangi dua sarjana yang tegas menentang ‘crony capitalism’ iaitu Prof. Jomo Kwame Sundaram dan Dr. Muhammed Abdul Khalid.

14.  Mesyuarat pertama Majlis Presiden Pakatan Harapan selepas Tun Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri telah dilangsungkan di premis milik Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.  Pemilihan lokasi ini sekali lagi menimbulkan persoalan, tidakkah ia menggambarkan potensi berlakunya ‘conflict of interest’ kelak apabila Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary menyertai persaingan tender awam/kerajaan?

15. PM Tun Mahathir juga tidak menyampaikan sebarang ucapan yang bersifat ‘penyatuan’ seluruh rakyat Malaysia sebaliknya lebih banyak memberi fokus kepada usaha pembentukan kerajaan Pakatan dan siasatan salah laku bekas PM Najib Razak.  Hal ini berbeza dengan anakanda beliau Dato Seri Mukhriz yang menzahirkan seruan penyatuan semua pihak termasuk PAS dalam sama-sama berusaha bagi membangunkan negeri Kedah.

16. Walau bagaimanapun, tentulah ada aspek positif dalam 72 jam pentadbiran Pakatan ini berbanding kerajaan BN terdahulu.  Antara yang paling ketara ialah kesanggupan PM Tun Mahathir untuk menjalankan sesi Sidang Akhbar secara terbuka, tindakan pantas untuk menyiasat salah laku kepimpinan BN seperti menghalang Dato Seri Najib dan isterinya Datin Rosmah daripada ke luar negara, pemecatan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dan komitmen mengganti ketua-ketua jabatan kerajaan terdahulu yang didakwa bersubahat dengan kleptokrat, komitmen penghapusan undang-undang yang didakwa bercanggah dengan semangat demokrasi, serta langkah melantik teknokrat ke dalam Majlis Penasihat (Council of Eminent Person) bagi tujuan menasihati kerajaan. Dari segi geopolitik pula, PM Tun Mahathir jelas memberi isyarat tegas berkenaan kemungkinan tidak membenarkan kapal perang Tentera Laut China untuk berlabuh di Malaysia lagi.  Demikian juga jawapan beliau berhubung projek ECRL di mana ia akan dikaji agar tidak hanya memanfaatkan China semata-mata tetapi juga Malaysia. 

17. Sama-sama kita berharap agar jam yang berikutnya tidak lagi dipenuhi keresahan cara Pakatan menangani isu kritikal seperti dalam senarai di atas. Langkah pembetulan perlu diambil dengan kadar segera dan seserius mungkin bagi mengukuhkan kepercayaan rakyat yang kini tidak rela harapan mereka disandarkan kepada Pakatan versi Barisan Nasional 2.0.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Univeersiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

1 comment:

  1. Saya ibu EVA FIORENTINA APRILA  dari palembang mengucap syukur kepada allah,karna melalui bantuan dari aki abdul jamal yg sebesar 20m kini saya sudah bisa menjalankan usaha saya lagi.Puji syukur saya panjatkan kepada Allah yang telah mempertemukan saya dengan Aki Abdul Jamal dan melalui bantun pesugihan putih beliau yang sebar 5M inilah yang saya gunakan untuk membuka usaha selama ini,makanya saya sengaja memposting pesang sinkat ini biar semua orang tau kalau Aki Abdul Jamal bisa membantuh kita mengenai masalah ekonomi dengan bantuan pesugihan putihnya yang tampa tumbal karna saya juga tampa sengaja menemukan postingan orang diinternet jadi saya lansun menhubungi beliau dan dengan senang hati beliau mau membantuh saya,,jadi bagi teman teman yang mempunyai keluhan jangan anda ragu untuk menghubungi beliau di No Wa 085-254-384-488- rasa
    senang ini tidak bisa diunkapkan dengan kata kata makanya saya suatu hari nanti saya akan berkunjun ke kediaman Aki untuk silaturahmi.Wassalam dari saya ibu EVA FIORENTINA APRILA dan untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Aki disini PESUGIHAN UANG GAIB TANPA TUMBAL

    ReplyDelete

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR