Menurut Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tunjuk perasaan atau demonstrasi ialah perbuatan menyatakan bantahan beramai-ramai secara aman. Bentuk-bentuk tunjuk perasaan termasuklah perhimpunan dan perarakan.
Kata Takrif Demonstrasi Dari Sumber Kamus.
Demonstrasi/démonstrasi/ 1 perbuatan menyatakan pendapat (bantahan) dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; tunjuk perasaan: Mereka mengadakan ~ utk membantah arahan baru itu. 2 pertunjukan dan penerangan ttg cara-cara menggunakan sesuatu (alat dll) atau cara-cara melakukan sesuatu: Satu ~ telah diadakan utk memperkenalkan alat baru itu. berdemonstrasi mengadakan tunjuk perasaan. mendemonstrasikan menunjukkan dan menerangkan cara-cara menggunakan sesuatu (alat dll) atau melakukan sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua demonstrasi (démonstrasi) 1. penerangan, peragaan, dll tentang cara kerja sesuatu mesin, keluaran, dll; 2. tunjuk perasaan dgn cara berkumpul beramai-ramai, berarak, dll: para pelajar membuat kacau dan mengadakan ~; berdemonstrasi menunjuk perasaan (kerana memprotes dll); mendemonstrasikan menunjukkan serta menerangkan cara menggunakan sesuatu (spt mesin, alat solek, dll) atau cara-cara melakukan sesuatu; pendemonstrasian proses atau perbuatan dendemonstrasikan sesuatu: ~ itu memang mustahil dilakukan pd waktu ini.Kamus Dewan Edisi Empat demonstrasi/démonstrasi/1. perbuatan menyatakan pendapat (bantahan) dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; tunjuk perasaan: Mereka mengadakan ~ utk membantah arahan baru itu. 2. pertunjukan dan penerangan ttg cara-cara menggunakan sesuatu (alat dll) atau cara-cara melakukan sesuatu: Satu ~ telah diadakan utk memperkenalkan alat baru itu. berdemonstrasi mengadakan tunjuk perasaan. mendemonstrasikan menunjukkan dan menerangkan cara-cara menggunakan sesuatu (alat dll) atau melakukan sesuatu.Kamus Pelajar demo III(démo) bp demonstrasi.Kamus Dewan Edisi Empat pertunjukan perasaan ark tunjuk perasaan, demonstrasi;Kamus Dewan Edisi Empat tunjuk perasaan perbuatan me-nyatakan bantahan beramai-ramai, demonstrasi; Kamus Dewan Edisi Empat tunjuk perasaan perbuatan menyatakan pendapat dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; demonstrasi.Kamus Pelajar Edisi Kedua tunjuk perasaan perbuatan menyatakan pendapat (bantahan dsb) dgn perarakan atau rapat umum dsb, demonstrasi; Kamus Dewan Edisi Empat tunjuk; ~ ajar ~ perasaan perbuatan menyatakan pendapat dgn mengadakan perarakan, rapat umum dll; demonstrasi. Kamus Pelajar mempamerkan 1. mempertunjukkan atau memperagakan (pakaian dll): Kadir senang benar ~ pengetahuannya; 2. mempertunjukkan kpd orang ramai terutama utk tujuan pertandingan atau demonstrasi: ~ lukisan dan arca ciptaan tanah air;Kamus Dewan Edisi Empat.
Kumpulan NGO hampir 'bertempur' di Bukit Aman
Wartawan Sinar Harian
8 Mei 2012
Badrul Hisham yang mengetuai SAMM bertembung NGO anti perhimpunan Bersih ketika menyerahkan memorandum kepada polis di Bukit Aman.
KUALA LUMPUR -Dua kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang prokerajaan dan pembangkang hampir 'bertempur' ketika secara tidak sengaja bertembung semasa menyerahkan ikrar taat setia serta memorandum kepada polis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang semalam.
Kumpulan pertama diwakili Persatuan Veteran Tentera Malaysia serta 10 wakil NGO lain tiba di Bukit Aman pada 1.10 tengah hari dan berhimpun sambil melaungkan ikrar selama kira-kira 30 minit.
Ikrar taat setia itu dilafazkan sebagai tanda menyokong penuh polis dan menyifatkan perhimpunan 28 April sebagai anasir jahat yang ingin memecah-belahkan negara serta rakyat.
Berlaku sedikit pergeseran apabila kumpulan kedua diwakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) serta wakil 28 NGO lain, yang menyokong perhimpunan 28 April, tiba pada kira-kira 2.45 petang untuk menyerahkan memorandum kepada polis.
Ikrar taat setia dan memorandum kedua-dua kumpulan NGO itu diterima Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf.
Ramli berkata sedikit perbalahan telah berlaku ketika pertembungan itu, namun tiada sebarang insiden yang tidak diingini terjadi dan polis mampu mengawal keadaan dengan baik.
"Pertembungan mereka adalah secara kebetulan, dan tiada kejadian buruk berlaku kerana mereka menuruti arahan polis," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Datuk Mohd Ali Baharom meminta Kementerian Dalam Negeri menahan ketua penganjur perhimpunan 28 April kerana telah melakukan provokasi sehingga menimbulkan huru-hara.
Dalam perkembangan berkaitan, SAMM dan 28 NGO menghantar memorandum untuk meminta polis yang terlibat dengan keganasan ketika menyuraikan perhimpunan itu tampil membantu siasatan. - Bernama.
Haram sertai demonstrasi
SEPANG: 2012/05/07-Majlis Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.
Muzakarah ke-99 jawatankuasa majlis itu yang diadakan di sini semalam turut membincangkan gejala lesbian, gay, biseksual, transgender dan transeksual (LGBT) dan meminta umat Islam mengelak menyokong atau menunjukkan simpati kepada gerakan seks songsang.
Pengerusinya, Prof Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin, berkata majlis memandang serius tindakan sebahagian masyarakat khususnya umat Islam yang bertindak sebagai perusuh jalanan seperti dalam BERSIH 3.0 yang menyebabkan kerosakan, kemudaratan, pergaduhan dan kacau bilau.
Sehubungan itu, katanya, mereka yang terbabit dalam demonstrasi sedemikian, khususnya umat Islam, perlu sedar dan insaf bahawa tindakan mereka itu bercanggah dengan ajaran Islam.
“Islam tidak pernah menyuruh umatnya bertindak secara tidak hak dengan mengancam nyawa sesama manusia, menimbulkan huru-hara dan merosakkan negara demi hanya untuk mencapai sesuatu agenda.
“Tindakan merusuh, membawa kacau-bilau dan merosakkan harta benda awam adalah perbuatan yang ditegah oleh Islam dan menderhaka kepada Ulil Amri.
“Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah.
“Lebih-lebih lagi, jika terselit tujuan untuk menjatuhkan sebuah pemerintahan (kerajaan) yang sahih dan sah, adalah ditegah sama sekali oleh Islam ter-utama pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan muzakarah itu.
Turut hadir, Setiausaha Majlis Fatwa Kebangsaan yang juga Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Datuk Othman Mustapha.
Dr Abd Shukor berkata, banyak saluran perbincangan yang bermanfaat boleh digunakan tanpa perlu menggadai keamanan.
“Islam membenarkan kita mencari keadilan, tetapi dalam mencari keadilan itu perlu menerusi adab dan cara yang betul,” katanya.
Pada sidang media sama, beliau berkata, muzakarah yang diadakan semalam turut mengharamkan umat Islam menyokong atau menunjukkan simpati kepada gerakan seks songsang yang hebat dipromosi beberapa pihak di negara ini.
Sehubungan itu, muzakarah juga menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan menyekat aktiviti LGBT dan umat Islam dinasihatkan supaya kembali kepada ajaran Islam.
“Isu LGBT jelas diharamkan Islam dan tidak memerlukan sebarang fatwa dikeluarkan, malah menyokong mahupun bersimpati dengan isu ini juga adalah haram kerana ia bersubahat bersama dalam perkara itu.
“Umat Islam dinasihati menjauhkan diri daripada perlakuan seks songsang, terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan apa-apa gerakan, sokongan atau kempen mengenainya kerana ia jelas menyimpang daripada ajaran Islam dan membawa kehancuran kepada negara serta umat Islam seluruhnya.
“Muzakarah juga menasihatkan pemimpin, mana-mana individu dan media supaya menghentikan sikap suka mendedahkan mana-mana pihak secara terbuka kerana perbuatan mendedahkan keaiban orang lain lebih-lebih lagi berkait dengan hubungan seksual amat ditegah oleh Islam,” katanya.
“Jika bertujuan untuk menghapuskan kemungkaran, serahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas,” katanya.
No comments:
Post a Comment