Presidennya Datuk Omar Osman berkata CUEPACS masih menantikan pelantikan anggota Suruhanjaya Khas itu, yang ditubuhkan selepas Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan pada 8 Mac lepas.
"Sempena sambutan Hari Pekerja 2012 di Taman Pameran Pertanian Malaysia di Serdang pada hari Sabtu, Cuepacs berharap mendapat perkhabaran gembira daripada Perdana Menteri mengenai perkara itu.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Pekerja Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti IPTA Malaysia (GAKUM) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini.
Penubuhan suruhanjaya khas itu diumumkan Najib pada perjumpaan khas dengan penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan beliau turut mengumumkan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) selepas pembatalan SBPA.
-- BERNAMA
No comments:
Post a Comment