Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday, 9 May 2012

Gugur Naib Presiden Kerana Kritik Bersih, DAP Tidak Mampu Laksanakan Demokrasi Tulen?

10 Mei 2012
KUALA LUMPUR - Pengguguran Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim sebagai anggota Dewan Negara hanya kerana mengkritik penganjuran demonstrasi jalanan baru-baru ini jelas menunjukkan parti itu tidak mampu melaksanakan demokrasi dan kebebasan bersuara tulen seperti yang dilaung-laungkannya selama ini. 

Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, tindakan yang dikenakan terhadap Tunku Abdul Aziz kerana dianggap telah memalukan parti, menunjukkan DAP tidak dapat menerima pandangan berbeza ahlinya walaupun atas dasar pandangan peribadi, dan bukannya mewakili parti. 

"Parti yang katanya memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara tanpa batasan memperlihatkan bahawa mereka sebenarnya tidak pun mampu melaksanakan apa yang mereka perjuangkan," katanya dalam kenyataan media hari ini.  

Tunku Abdul Aziz menimbulkan kekecohan dalam DAP baru-baru ini bila beliau berkata perhimpunan 28 April di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur berkemungkinan mencetuskan kekacauan, yang memang pun berlaku pada hari itu, selepas peserta perhimpunan melanggar halangan polis di Dataran Merdeka.

Ini menyebabkan pihak berkuasa terpaksa bertindak menghalang mereka. 

Setiausaha agung Pemuda MCA Datuk Chai Kim Sen menyifatkan tindakan itu sebagai bukti jelas parti itu hanya mengamalkan kebebasan bersuara dalam lengkongan parti saja.  

"Jika anggota parti tidak dibenarkan menyatakan kebenaran dalam parti, bagaimana anda hendak harapkan mereka bercakap jujur di khalayak," kata beliau.

Sependapat dengan beliau, Pengerusi Pemuda MCA Wilayah Persekutuan Senator Chiew Lian Keng menyifatkan tindakan parti itu serupa dengan Adolf Hitler, yang cuba menyekat semua bentuk pandangan berbeza dalam parti.  

"Sebaik saja seseorang anggota menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan pendirian parti, DAP akan menyekatnya keluar, tetapi bila seseorang pemimpin menyatakan sesuatu yang berlainan, DAP akan mengutuk kenyataan itu dan menolaknya sebagai pandangan peribadi anggota berkenaan.   

"Semua ini menonjolkan hakikat bahawa DAP tidak mampu membenarkan sebarang tindak laku yang 'mengatasi sesuatu', dan Tunku Aziz tidak terkecuali," kata mbeliau. - Bernama

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR