Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday 2 May 2012

Nayati Ditemui Selamat Di R&R Sungai Buloh

KALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kanak-kanak warga Belanda yang dilapor hilang minggu lepas dipercayai diculik, Nayati Shamelin Moodliar, ditemui dalam keadaan selamat di Rawang pada Khamis.

Nayati, 12, yang dilapor dilarikan dua lelaki berhampiran Sekolah Antarabangsa Mont' Kiara ketika berjalan berseorangan ke sekolahnya Jumaat lepas, kini berada di pangkuan ibu bapanya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata Nayati ditemui selamat di kawasan rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh, Lebuhraya Utara Selatan (Plus), di sini pada pukul 7.55 pagi.

Beliau berkata Nayati ditemui oleh orang awam yang kemudian memaklumkannya kepada polis.

"Kanak-kanak itu berada dalam keadaan selamat bersama keluarganya dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya di sini.

Beliau berkata polis masih meneruskan siasatan terhadap kes itu.

Polis Kuala Lumpur akan mengadakan sidang akhbar mengenai perkara itu pada pukul 3 petang ini.

Sementara itu, keluarga Moodliar dalam kenyataan yang disiarkan di laman sosial Facebook mengenai makluman kehilangan Nayati, memberitahu bahawa Nayati kini berada di rumah bersama keluarganya.

"Kami amat berbesar hati untuk memberitahu anda semua bahawa Nayati kini berada di rumah bersama kami dan walaupun ia jelas masa yang amat traumatik untuknya, dia berada dalam keadaan baik.

"Kami amat berbangga dengannya dan cara dia menangani kejadian minggu lepas itu," kata kenyataan itu.

Keluarga berkenaan dalam kenyataan itu turut melahirkan penghargaan kepada kerajaan Malaysia terutama pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Keutamaan yang mereka (PDRM) beri sejak mula kes ini membolehkan Nayati pulang kepada kami dalam keadaan selamat dan mereka (polis) amat berhati-hati untuk tidak melakukan sebarang perkara yang mungkin menjejaskan keselamatan Nayati," kata keluarga itu.

Keluarga Moodliar juga menegaskan bahawa mereka akan terus menetap di Malaysia.

Dalam kenyataan itu, keluarga berkenaan turut melahirkan rasa kagum atas sokongan yang diterima dari rakan-rakan di Kuala Lumpur dan seluruh dunia.

"Kami tidak dapat mencari kata-kata untuk melahirkan penghargaan kami tapi kami tidak akan lupa apa yang mereka lakukan untuk kami," kata mereka.

Keluarga berkenaan turut melahirkan penghargaan terhadap usaha dan sokongan moral yang padu yang mereka terima dari Kedutaan Belanda di sini, khususnya Duta Besar Paul Bekkers.

"Dengan bantuan beliau kami dapat menyelesaikan beberapa masalah teknikal yang menarik," kata mereka.

Menurut kenyataan itu, satu sidang akhbar dijadual diadakan pada Jumaat.

"Sebagaimana yang kita ketahui, penculikan Nayati membabitkan proses siasatan yang berterusan, oleh itu kami tidak boleh mendedahkan perkara-perkara membabitkan kes itu buat masa ini," kata mereka.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR