4 Mei 2012
Desakan itu dibuat Kelab Veteran Komando Negeri Terengganu, Persatuan Bekas Tentera Cawangan Dungun dan Persatuan Bekas Polis Cawangan Dungun melalui satu laporan polis yang dibuat di Balai Polis Dungun, jam 3 petang kelmarin.
Ketua Penerangan Kelab Veteran Komando Negeri Terengganu, Kamaruddin Awang yang mewakili tiga NGO terbabit berkata, perhimpunan Bersih 3.0 terbukti mendatangkan masalah kepada keselamatan awam kerana berlakunya kekecohan, kerosakan harta benda awam dan mendatangkan kecederaan pada pihak berkuasa selain ada peserta perhimpunan melanggar undang-undang.
Sehubungan itu, NGO berkenaan berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang dipercayai mendalangi perhimpunan awam itu.
Kamaruddin berkata, susulan kejadian itu, pihaknya mahu satu tindakan melalui proses undang-undang dilakukan pihak berkenaan selain melucutkan beberapa anugerah yang diberikan kepada individu yang terlibat.
No comments:
Post a Comment