BAGHDAD 16 Mac - Sekurang-kurangnya 22 orang terkorban manakala 70
yang lain cedera dalam siri letupan bom kereta di sini yang menjadikan
pengikut syiah sebagai sasaran utama, semalam.
Serangan sama juga turut berlaku di beberapa kawasan di timur, selatan dan utara negara ini.
Serangan dahsyat itu berlaku di daerah Qahira, mengorbankan 10 orang terbunuh dan 25 yang lain cedera. - DP.
58 kes kesihatan babit keluarga penumpang, kru MH370
KUALA LUMPUR - Lima puluh lapan kes membabitkan anggota keluarga
penumpang dan kru pesawat MH370 telahpun diberi rawatan pesakit luar dan
kaunseling oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan sejak 8 Mac
hingga 12 tengah hari Sabtu.
Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramanian berkata, daripada jumlah itu, empat kes dirujuk ke hospital.
"Dua kes dirujuk ke Jabatan Kecemasan, Hospital Putrajaya iaitu satu
kes asma dan satu kes mengalami sakit dada. Dua lagi kes biasa iaitu
demam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata, sebanyak 16 kes diberi intervensi
psikososial yang bertujuan membantu menangani masalah emosi yang
dihadapi anggota keluarga terbabit.
"Satu daripadanya memerlukan rawatan lanjut dari aspek psikososial
iaitu 'Stress Induced Hyperventilation' yang menunjukkan tanda keresahan
amat teruk dan telah dirujuk ke Hospital Putrajaya.
"Pesakit kini berada dalam keadaan yang stabil dan sedang dipantau oleh
Pasukan Kesihatan Mental dan Respons Psikososial di Hotel Everly,"
katanya. - Bernama.
Singapura teruskan operasi cari pesawat MAS di Selat Melaka
SINGAPURA - Angkatan Tentera Singapura (SAF) menghentikan operasi
mencari dan mengesan (SAL) pesawat Malaysia Airlines(MAS) MH370 di Laut
China Selatan.
Pegawai dan anggota serta kapal dan pesawat SAF yang menyertai operasi itu kini dalam perjalanan pulang ke Singapura.
Bagaimanapun, Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) akan terus
menyokong operasi SAL di Selat Melaka dengan menggemblengkan Pesawat
Peronda Maritim Fokker-50, demikian menurut RSAF dalam laman sosial
Facebook malam Sabtu.
Pesawat Fokker-50 itu dihantar ke Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang semalam dan akan beroperasi di luar pangkalan itu.
SAF juga bersedia untuk memberikan bantuan seterusnya kepada Malaysia dalam usaha mengesan pesawat MH370 itu.
Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal ke Beijing,hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 malam Sabtu.
Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi Sabtu.- Bernama
No comments:
Post a Comment