Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh membatalkan hari ketiga Konsert Future Music Festival Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, yang dijadual berlangsung di lokasi sama, malam ini. - UTUSAN .
MH370: Kemungkinan dirampas
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya masih menyiasat kemungkinan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dirampas.
Katanya, pesawat tersebut mungkin terbang sejauh Kazakhstan dan Indonesia.
MH370:Pengumuman PM beri kelegaan kepada keluarga
Pengumuman terkini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkembangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ternyata memberi kelegaan kepada keluarga penumpang.
Bapa kepada Khairul Amri Selamat, Selamat Omar, 60, berkata, dia begitu bersyukur dengan berita perkembangan pesawat tersebut dan secara tidak langsung memberi harapan baharu kepada mereka.
"Sebelum ini selama lapan hari kami tidak mendapat khabar pengumuman yang memberi kepastikan kepada keluarga penumpang.
"Saya amat berterima kasih dan berharap pihak kerajaan akan meneruskan pencarian agar operasi ini akan lebih berjaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menonton pengumuman Perdana Menteri berhubung perkembangan terkini pesawat MH370 di Hotel Everly di sini hari ini. - UTUSAN.
No comments:
Post a Comment