Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday, 29 March 2014

Merusuh di rumah bekas ADUN Slinsing, tiga didakwa di mahkamah


Tiga didakwa merusuh 
PARIT BUNTAR - Seorang bekas pesara tentera bersama dua rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan merusuh dan merosakkan harta benda dengan menggunakan senjata berbahaya di rumah bekas Adun Selinsing, Datuk Zaili Cha, 20 Mac lalu.

Mohamad Nazaimi Ngatijoh, 41, yang merupakan pesara tentera berpangkat sarjan bersama Kamarudin Kassim,46, dan Mohd Nor Azrie Mohd Azmi, 30, didakwa melakukan perbuatan itu bersama beberapa individu yang masih bebas pada jam 11.30 malam bertempat di rumah Zaili di Taman Seri Semanggol, Simpang Empat Semanggol mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang membawa penjara lapan tahun atau denda.

Ketiga-tiga tertuduh turut didakwa menggunakan senjata berbahaya seperti pedang, parang dan kayu sewaktu rusuhan berlaku pada hari dan tempat sama.

Majistret, Rosnee Mohd Radzuan membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 14 April untuk sebutan kes.
 
 Terdahulu, peguam, Abdul Hakim Amir Ahmad Nordin memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan ketiga-tiga tertuduh berpendapatan rendah, mempunyai banyak tanggungan dan melakukan kerja kampung.

Abdul Hakim turut mengemukakan tiga alasan tambahan iaitu ketiga-tiga tertuduh memberi jaminan untuk memastikan kehadiran ke mahkamah, memberi kerjasama penuh dengan hadir ke balai polis untuk membantu siasatan dan mereka tidak dianggap bersalah selagi tidak disabitkan dengan kesalahan didakwa.

Kesemua mereka memohon wang jaminan dikurangkan memandangkan Kamarudin Kassim melakukan kerja kampung dan berpendapatan bulanan RM2,200 serta masih menanggung empat anak di mana dua daripadanya masih bersekolah.

Mohd Azrie Mohd Azmi yang bekerja sendiri, berpendapatan RM900 sebulan dan perlu menanggung dua anak.

Manakala Mohamad Nazaimi merupakan seorang pencen askar berpangkat Sarjan, menerima pencen RM1,800 sebulan dan menanggung tiga anak,” katanya.

Ketiga-tiga suspek yang memakai baju kemeja dilihat tenang sewaktu menghadiri perbicaraan, manakala ahli keluarga dan sahabat handai suspek difahamkan memenuhi pekarangan mahkamah sebelum sidang mahkamah berlangsung.SH.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR