Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 17 March 2014

Bas Jatuh Gaung, Pemandu Maut Dua Parah, Palajar Hilang

GOPENG 17 Mac - Seorang pemandu sebuah bas ekspres maut manakala dua penumpang masing-masing seorang lelaki dan wanita cedera parah selepas bas yang dinaiki terhumban ke dalam gaung sedalam kira-kira 10 meter di Kilometer 301.5 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 4.25 petang itu, bas yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh gagal dikawal lalu terbabas hingga merempuh pembahagi jalan dan terhumban ke dalam gaung.

Sementara itu di Bintulu sebuah bas telah terbalik di Jalan Tatau-Bintulu lalu jatuh ke dalam gaung sedalam 20 meter petang ini.

Menurut Pusat Aduan Bomba negeri, difahamkan sembilan mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan pihak bomba namun seorang lagi mangsa lelaki masih tersepit.

Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Bintulu. 

Empat pelajar hilang semasa turun Gunung Bubu

IPOH 17 Mac - Empat pelajar Sekolah Menengah Vokasional Padang Rengas dipercayai sesat ketika dalam perjalanan turun dari Gunung Bubu, Ulu Kenas dekat Kuala Kangsar, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, kehilangan pelajar terbabit yang terdiri daripada tiga pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun itu disedari oleh guru pengiring kira-kira pukul 2.30 petang.
Katanya, pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.16 malam. - UTUSAN.

Empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar dilapor hilang

Kuala Kangsar,17 Mac, 2014- Empat pelajar Kolej Vokasional Kuala Kangsar dilapor hilang, dikhuatiri sesat ketika menuruni Gunung Bubu, Ulu Kenas di Kuala Kangsar, dalam kejadian petang semalam.
Mereka ialah Muhammad Putera Rafii, Adam Asraf Azman, Muhammad Amir Asyraff dan Siti Azimah Mohd Fitri yang kesemuanya berusia 17 tahun, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar Ismail Darus.

"Guru pengiring membuat laporan mengenai kehilangan tersebut setelah menyedari mangsa tidak dapat dikesan sejak pukul 2.30 petang semalam," katanya hari ini.

Mereka merupakan sebahagian daripada 25 pelajar tingkatan lima kolej itu yang mengikuti program perkhemahan tiga hari dua malam di gunung berkenaan, diiringi enam guru.

Ismail berkata pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai penduduk pada 11.35 malam tadi.

Operasi bersambung semula pada 7 pagi tadi membabitkan 114 orang termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia, polis dan orang awam.

Sehingga pukul 3 petang ini operasi mencari dan menyelamat masih gagal menemukan keempat-empat pelajar terbabit. – Bernama.

Turut membantu dalam operasi mencari ini adalah Jabatan Amal Perak.

Tuan Haji Razman Zakaria, Pesuruhjaya Pas Perak turut berada di lokasi.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


widgeo.net

Search This Blog

Loading...

FB

There was an error in this gadget

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR