Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday, 19 March 2014

MH370:Amerika, Malaysia dan UMNO 2x5 = 5x2

FBI selidik fail dibuang dari simulasi juruterbang MH370

WASHINGTON 20 Mac - Seorang pegawai Amerika Syarikat (AS) mendedahkan kerajaan Malaysia meminta bantuan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) bagi menyelidik sebarang fail elektronik yang dibuang daripada simulasi yang dimiliki juruterbang pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang awal bulan ini.

Pegawai yang enggan dikenali itu memberitahu, FBI dipercayai telah menyediakan data elektronik dalam pencarian pesawat berkenaan. - Agensi.

Dua mengaku tembak, simenkan ahli perniagaan dalam tong




KUALA LUMPUR 20 Mac - Penahanan enam suspek termasuk seorang wanita warga Thailand di sekitar Lembah Klang pada malam tadi dan hari ini membawa kepada penemuan mayat seorang ahli perniagaan yang dibunuh dan mayatnya disimen dalam tong.

Mayat mangsa ditemui di dalam tong tersebut yang dicampak di tepi jalan di Bukit Pelanduk, Lukut, Negeri Sembilan kira-kira pukul 6 petang.

Menurut sumber, penemuan itu berikutan dua daripada suspek terlibat mengaku telah membunuh ahli perniagaan itu.

“Dua suspek terbabit menunjukkan polis lokasi mayat tersebut disembunyikan iaitu di kawasan Bukit Pelandok. 

“Polis kemudian menemui tong di mana mayat mangsa yang dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras tiga bulan lalu disimen di dalamnya," katanya.

Difahamkan, satu sidang akhbar akan dibuat oleh pihak polis berhubung penemuan mayat itu.- UTUSAN
MH370: Hishammuddin nafi dakwaan Maldives dakwaan sebuah pesawat terbang rendah 


SEPANG: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan polis Maldives yang mula siasat berkaitan dakwaan sebuah pesawat terbang rendah pada hari MH370 dilapor hilang. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Hotel Sama-Sama semalam.-BH.

Tiada pesawat MH370 dikesan melintas di Aceh Timur - Tentera Indonesia

JAKARTA: Menteri Pertahanan Indonesia, Purnomo Yusgiantoro memaklumkan bahawa radar tentera negara itu di Sabang, Aceh tidak mengesan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, melintas di sekitar wilayah berkenaan. 

"Saya dapat laporan, sistem radar pertahanan udara di Sabang sangat kuat dan tidak mendeteksi (mengesan) adanya pesawat," kata Purnomo di sini, Rabu, seperti dilapor agensi berita Antara, ketika ditanya tentang kemungkinan pesawat MH370 melintasi wilayah itu.

MH370: Komando digerakkan ke Koridor Utara?

Desas desis mengatakan sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.

Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara.

Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.

“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian Metro. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370.

Anwar dijatuhi hukuman 5 tahun penjara.. (Berita Arkib)

Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan, di sini, hari ini, atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu terhadap Anwar, 67, selepas mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi yang mengetuai panel tiga Hakim itu belum lagi menjatuhkan hukuman yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Dengan keputusan ini kerjaya politik Anwar Ibrahim kelihatan berakhir, beliau akan hilang semua kelayakkan dan kedudukan politiknya.

Dan tidak akan menjadi calon PKR di Kajang pada pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini..

Sebahagian dari laporan langsung oleh Malaysiakini..

4.52pm: Persidangan mahkamah bersambung semula selepas rehat selama satu jam, dan dijangka akan menyampaikan keputusan.

MP Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar duduk bersama tiga orang adiknya berhampiran ibu mereka Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi mengetuai panel hakim, yang dianggotai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Mohd Salleh.

4.55pm: Hakim Balia Yusof berkata ini adalah keputusan sebulat suara panel hakim. Mahkamah mendapati Anwar bersalah.

4.57pm: Hakim Balia berkata pendakwaan mendapati hakim membuat kesilapan dalam keputusannya.
“Hakim membuat tafsiran salah berhubung integriti sampel. Beliau memutuskan bahawa beg plastik HKL telah diganggu.

“Kami meneliti bukti oleh IO Jude Blacious, apa yang dia buat adalah memotong bahagian bawah plastik dan memasukkan bekas itu kedalam setiap sampul.

"Gangguan itu pada beg plastik dan bukannya bahan bukti. Materi sampel tersebut masih utuh dan tidak menjejaskan sampel.

Katanya, hakim berkenaan menyimpulkan bahawa gangguan itu hanya ke atas beg plastik, dan telah memeriksa alasan penghakiman berkenaan.

“Kami mendapati hakim tiada alasan untuk menyimpang dari dapatan awalnya (ketika memerintah membela diri).”

Tambahnya, hakim itu juga membuat kesilapan dalam mendengar kenyataan pakar asing.

“Kami membenarkan rayuan dan mendapati (tertuduh) bersalah atas pertuduhan”. 5:03pm: Karpal memohon agar mitigasi dilakukan pada minggu depan.

5.06pm: Shafee membantah dan berkata rayuan telahpun tertangguh.

5.08pm: Karpal membalas, sekiranya Shafee berada di pihaknya, beliau akan meminta agar rayuan untuk mengurangkan hukuman itu dijalankan pada hari lain.

“Dia bercakap dengan lidah bercabang dan sebab itulah DPP upahan tidak harus dilantik,” katanya.

5.11pm: Justice Balia berkata, “Kami akan memberi masa dan kembali dalam tempoh satu jam.”
Anwar bangun dan berkata, “Kita jalankan (mitigasi) sekarang.”

5.15pm: Penyokong Anwar semakin ramai berkumpulan di perkarangan pintu belakang.

Kalangan penyokong itu melaungkan "reformasi" dan "bebas Anwar!" beberapa kali ketika Tian Chua dan Azmin Ali tiba.

Kira-kira 40 orang penyokong berkumpul manakala anggota polis kawal ketat laluan masuk pintu belakang itu.

5.23pm: Wan Azizah dan anak-anaknya dilihat mengalirkan air mata.
Anwar berkata kejadian pada 1998 kini berulang apabila mahkamah juga mendapati beliau bersalah pada jam 5 petang.

"Ia berulang lagi, mereka mahu letak saya dalam lokap, sebab itulah mereka

Rentetan dari keputusan Mahkamah Rayuan ramai pemimpin PKR yang melahirkan rasa terkejut...


Dalam respons segera, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, "Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini".

Bekas pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata melalui laman Twitternya, dia terkejut dan meminta Anwar terus cekal. "Saya tidak percaya ia boleh berlaku," katanya.

Elizabeth Wong dari PKR yang juga Adun Bukit Lanjan berkata: "Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?"

Ekoran keputusan itu, polis telah mempertingkatkan kawalan di luar mahkamah dan menutup jalan menuju Istana Keadilan di Presint 2, Putrajaya.

Kawasan utama di depan Istana Keadilan itu dikawal dan dilingkungi riben “kawasan kejadian jenayah” yang berwarna kuning.

Semua petugas media diberikan pas untuk memasuki mahkamah sementara kemasukan pelawat dan penyokong dihadkan. Kira-kira 50 petugas media berada di luar mahkamah lapor The Malaysian Insider

6.25pm: Hakim Balia selepas berunding dengan dua lagi hakim menyoal sekiranya pembelaan selesai merayu untuk meringankan hukuman.

Karpal berkata beliau tidak mengenepikan hak untuk membuat rayuan tersebut.

Shafee pula berkata, sekiranya terdapat keadaan tertentu, pendakwaan tidak akan membantah.

6.46pm: Balia: Mahkamah menerima rayuan pendakwaan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas Anwar.

6.46pm: Kumpulan penyokong Anwar berhimpun sambil mengangkat tangan dan melaungkan slogan "Bebas bebas Bebas Anwar!", "reformasi" dan "turun Najib!".

Seorang penyokong, Amir Hamzah memberi ucapan menaikkan semangat penyokong dan mengimbas kembali sejarah 1998.

Laungan itu, disambut penyokong yang tidak berpuas hati walaupun Anwar belum keluar dari mahkamah.

6.52pm: Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dan menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000. 

6:57pm: Mahkamah membenarkan ikat jamin dibayar selewat-lewatnya 11 pagi, Isnin.

Seorang penyokong mengumumkan kepada kumpulan penyokong lain di luar mahkamah bahawa Anwar boleh pulang ke rumahnya.

"Okay,okay Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh balik,"katanya.

Berita itu disambut gembira penyokong mereka bertepuk tangan dan bersalaman dengan penyampai berita.

Sekali lagi "reformasi dan bebas Anwar dilaungkan penyokong sebagai tanda kesyukuran.

ABU: Kesudahan Misteri Kehilangan MH370 sedang diolah.....Siapa yang akan menjadi "Sang Kambing Kitam"????

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR