BANGI, 23 MAC: Calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun tewas kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah dalam pilihanraya kecil DUN Kajang.
Calon parti pembangkang Selangor itu hanya mendapat 11, 362 undi manakala Dr Wan Azizah berjaya meraih 16,741 undi dan menang dengan majoriti 5,379 undi.
Seorang bekas timbalan menteri dari MCA, Chew Mei Fun sebelum ini turut tewas dalam PRU ke-12 ketika menentang Tony Pua di kawasan parlimen Petaling Jaya Utara.
Kemenangan Dr Wan Azizah di Kajang bererti Dewan Undangan Negeri Selangor menambah seorang lagi wakil rakyat wanita, menjadikannya berjumlah 15 orang.
Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh melalui laman sosial Twitternya berkata, Dr Wan Azizah akan mengangkat sumpah sebagai ADUN Kajang pada 7 April.
Ketika dihubungi, Hannah yang juga ADUN DAP Subang Jaya memberitahu bahawa beliau sangat yakin bahawa DUN Selangor akan mendapat manfaat daripada pengalaman Wan Azizah yang pernah menjadi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.
Meski dengan peratusan keluar mengundi sekadar 72% PKR berjaya mengekalkan kerusi DUN Kajang walaupun diserang bertubi-tubi.
Azizah mengambil alih sebagai calon PRK Kajang setelah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihukum lima tahun penjara oleh mahkamah berhubung Fitnah Liwat 2 yang menghilangkan kelayakan beliau untuk bertanding. – Roketkini.com.
Keputusan Mengikut Daerah Mengundi
Keputusan Rasmi PRK DUN Kajang 23 Mac 2014 Selangor
|
|

Datin Paduka Chew Mei Fun 11362 Undi
|
|

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 16741 Undi
Pemenang N25 PRK Kajang Majoriti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 5379 undi
Keputusan jumlah undi telah diumumkan dengan rasminya oleh Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Kajang, Datuk Hassan Nawawi Abdul Rahman
Keputusan Penuh PRK Kajang 2014 dan Perbandingan PRU 13
PRK DUN Kajang - 23/3/14
Peratus Keluar Mengundi - 72.1%
PR - 16741
BN - 11362
Undi Rosak - 176
Majoriti - 5379
Jumlah Keluar Mengundi - 28279
PRU13 DUN Kajang - 5/5/13
Peratus Keluar Mengundi - 88.4%
PR - 19571
BN - 12747
4 Calon Bebas/Berjasa - 1431
Undi Rosak - 541
Majoriti - 6824
UNDI POPULAR: PR: 60%, BN : 40% UNDI POPULAR Pakatan Rakyat telah meningkat dari 57% pada PRU13 kepada 60% di PRK.
Jumlah Keluar Mengundi - 34290 + 140 (bawa keluar kertas undi)
* Pengundi PRU13 yang tidak keluar mengundi - 6151
|
|
No comments:
Post a Comment