Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday, 25 March 2014

Solat Ghaib - Haruskah Solat Ghaib Bagi Jasad Yang Tidak Ditemui

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Menjadi fardu kifayah atas yang hidup menyempurnakan mayat orang Islam yang mati iaitu dimandikan, dikafankan, disembahyangkan dan dikebumikan. 

Bagi mayat yang hilang tidak dijumpai, tidak dapat disempurnakan mayat itu justeru tidaklah wajib disembahyangkan jenazahnya.Pendapat ini menurut kitab I‘anah al-Talibin, juz’ 2, muka surat 131 yang menyatakan:

“Jika seorang yang hidup jatuh ke dalam lombong atau ke dalam laut dan tidak dapat dikeluarkan dan dimandikan, tidaklah disembahyangkan jenazah itu kerana tidak ada syarat-syaratnya atas qawl mu‘tamad.”

Sembahyang gha’ib ialah sembahyang yang dilakukan kepada mayat yang jauh tetapi telah disempurnakan jenazahnya.

Sebagai contoh,solat Ghaib adalah solat terhadap jenazah ahli keluarga atau saudara seagama yang meninggal di tempat yang jauh atau kepada jenazah yang telah dikebumikan tetapi tiada kesempatan bagi ahli keluarga orang yang mati untuk menyembahyangkan jenazah tersebut.

Solat Ghaib sunah dilakukan ketika mendengar berita kematian seseorang walaupun masa meninggal dunia sudah berlalu sehingga sebulan. “Sesungguhnya Nabi ﷺ telah melaksanakan solat di atas (berhampiran) kubur, sesudah sebulan lamanya.”


Solat Ghaib Berhampiran Kubur


Jika kematian seseorang hanya diketahui selepas dikebumikan jenazahnya, maka diharuskan dilaksanakan Solat Ghaib berhampiran kubur si mati.

Hadis riwayat Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu :

“Bahawa seorang wanita berkulit hitam yang biasa menyapu masjid, suatu hari Rasulullah ﷺ merasa kehilangannya (tidak melihatnya). Lalu Baginda ﷺ bertanya kabarnya, para sahabat menjawab: “Dia sudah meninggal dunia.” Rasulullah ﷺmenegur: “Kenapa kamu tidak memberitahu kepadaku?” Seakan-akan para sahabat menganggap kecil urusannya atau urusan kematian. Kemudian Rasulullah ﷺbersabda: “Tunjukkan aku kuburnya.” Setelah ditunjukkan, Baginda ﷺmensolatkannya kemudian bersabda: “Sungguh pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi para penghuninya dan sesungguhnya Allah meneranginya sebab solatku atas mereka.” (Shahih Muslim No.1588)

Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Rasulullah ﷺ melalui sebuah kubur yang baru semalam dikuburkan, “(dan Baginda ﷺ bertanya tentang orang itu, “Siapakah ini?” Mereka menjawab, “Fulan.” 2/93). Lalu Baginda ﷺ bertanya lagi, “Bila mayat ini dikuburkan?” Mereka menjawab, “(Dikuburkan 2/90) tadi malam.” Nabi ﷺ bertanya,“Mengapa kamu tidak memberitahukan kepadaku?” Mereka menjawab, “Kami kuburkan ia tengah malam yang sangat gelap. Kerana itu, kami tidak mahu membangunkan kamu.” Nabi ﷺ berdiri, dan kami berbaris di belakang Baginda ﷺuntuk solat. Ibnu Abbas berkata, “Aku ketika itu berada di antara mereka lalu Baginda ﷺ mensolatinya, (dan bertakbir empat kali).”SOLAT ghaib adalah solat terhadap jenazah yang jauh atau telah dikebumikan dan tiada kesempatan untuk ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya. Solat ghaib berlaku jika si mati berada jauh di seberang laut atau pada kadar dua marhalah (90km). Jika kurang dari dua marhalah maka solat tidak diharuskan.

Jika kematian seseorang hanya diketahui selepas dikebumikan jenazahnya maka diharuskan solat dilakukan di atas kubur si mati.

Solat ghaib disunatkan ketika mendengar berita kematian seseorang dan jika berlalu masa yang panjang maka ia tidak disunatkan dan ada pendapat mengatakan tidak sah.

Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa cuma perbezaannya ialah:

1) Niat di hati untuk menunaikan solat ghaib.

2) Jenazah tidak berada bersama jemaah yang solat.

Bagi yang tidak berkesempatan solat, diharuskan solat jenazah di atas kubur si mati dengan niat yang sama seperti solat jenazah biasa.

Kitab ulama Syafie menjelaskan mengenai diharuskan solat ghaib dan solat jenazah di atas kubur selepas dikebumikan selain daripada nabi. Adapun tempoh masa solat ghaib dikira ketika mendengar berita kematian atau pada hari yang sama. Adapun doa untuk si mati tidak ditentukan masa dan ada pendapat mengatakan bahawa maksud dari solat itu sendiri ialah doa untuk si mati dan diharuskan walaupun berlalu masa yang panjang.

Ketika Nabi Muhamad mendengar berita kematian Najashi (Raja Yaman) yang memeluk Islam maka Baginda dan sahabat melakukan solat ghaib. Berdasarkan peristiwa ini, maka solat ghaib adalah diharuskan. (Kitab Subulas Salam).

Oleh demikian Imam Syafie, Ahmad dan majoriti ulama’ terdahulu seperti Ibnu Hazm menegaskan, solat ghaib adalah diharuskan dan tiada seorangpun daripada sahabat selepas kewafatan baginda mencegah daripada melakukan solat ghaib. (Fathul Bari).

Bagaimanapun, ada pelbagai pendapat ulama’ antaranya:

1) Imam Syafie, Ahmad dan seangkatan dengannya berpendapat bahawa solat ghaib adalah disunatkan pada hari kematian berdasarkan peristiwa di atas.

2) Imam Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa tidak disunatkan solat ghaib kerana ketiadaan jenazah dan digalakkan berdoa saja untuk simati.

3) Diharuskan solat ghaib pada hari kematian atau baru menerima berita meninggal seseorang dan cukup hanya niat untuk simati. (Fathul Wahhab).

4) Sebahagian ulama berpendapat bahawa diharuskan solat ghaib jika negeri si mati berada diarah kiblat dan tidak diharuskan jika berada di arah bertentangan.

Namun, majoriti ulama bersepakat, doa supaya diampunkan dosa si mati serta diangkat darjatnya di sisi Allah dan sebagainya adalah diharuskan dan tidak dihadkan bagi tempoh masa tertentu.

Niat Solat Ghaib

Lafaz-lafaz niatnya ialah sebagai berikut:

1. Niat solat jenazah yang diketahui namanya lelaki :

أُصَلِّى عَلَى اْلمَيِّتِ ...................ألغائب أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang atas mayat lelaki .....(sebut nama).... ghaib empat takbir fardhu kifayah, imam/mengikut imam kerana Allah Taala. 

2. Niat solat jenazah yang diketahui namanya perempuan:

أُصَلِّى عَلَىاْلمَيْتَةِ ...................ألغائبة أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang atas mayat perempuan .....(sebut nama).... ghaib empat takbir fardhu kifayah, imam/mengikut imam kerana Allah Taala.

3. Niat solat jenazah yang banyak/ramai:

أُصَلِّى عَلَى ﻫﺆﻻﺋﻰأﻻموإت ألغائب أَرْبَعَ تَكْبِيْرَاتٍ فَرْضَ كِفَايَةِ إِمَامًا للهِ تَعَالَى

Sahaja aku sembahyang atas semua mayat ghaib empat takbir fardhu kifayah, imam/mengikut imam kerana Allah Taala.
Cara Melaksanakan Solat Ghaib

Solat Ghaib boleh dilaksanakan secara bersendirian atau berjemaah. Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa, Cuma berbeza pada niatnya saja. Di dalam solat jenazah ghaib ini tidak terdapat rukuk, sujud, dan duduk tahiyyat hanya terdapat takbir dan salam. Iaitu semuanya dilaksanakan dalam keadaan berdiri, bermula dengan ‘Takbiratul Ihram’ dan berakhir dengan salam.

1. Niat Dan Takbir Pertama
اَ للهُ اَكْبَرُ
“Allah Maha Besar”
Niat solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati sewaktu ‘Takbiratul Ihram’ (Takbir Pertama):

2. Baca Surah Al-Fatihah

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين
الرَّحْمـنِ الرَّحِيم
مَـالِكِ يَوْمِ الدِّين
إِيَّاك نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِين
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّين

3. Takbir Kedua.
اَ للهُ اَكْبَرُ
4. Membaca Selawat;

أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

5. Takbir Ketiga.
اَ للهُ اَكْبَرُ
6. Membaca Doa:

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
“Ya Allah, ampunilah baginya dan kasihilah dia dan afiatkan dia dan maafkanlah kesalahannya dan muliakan kedudukannya dan lapangkan kuburnya dan bersihkan dia dengan air salju dan air dingin. Bersihkanlah dia dari kesalahannya sebagaimana dibersihkan kain putih dari kekotoran, dan gantikanlah kampunganya dengan kampung yang lebih baik dan ahli keluarganya yang baik, suami isteri yang lebih baik. Masukkanlah dia ke dalam syurga dan lindungilah dia dari seksa kubur dan fitnahnya dan dari seksa neraka.”

* Jika jenazah lelaki gantinamanya "hu" jika perempuan gantinamanya "ha" dan jika ramai gantinamanya "hum"

7. Takbir Keempat.
اَ للهُ اَكْبَرُ
“Allah Maha Besar”
8. Doa untuk jenazah:

أَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا بَعْدَهُ وَاغْفِرْلَنَا وَلَهُ وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاَّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا إِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ

“Ya Allah, janganlah Engkau haramkan permohonan kami untuk kebajikannya dan janganlah Engkau membiarkan kami di timpa fitnah setelah ketiadaannya dan ampunkanlah kami dan dia juga rakan kami yang terdahulu beriman dan janganlah Engkau sematkan perasaan hasad dengki kedalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhan kami, sesungguhnya Engkau bersifat pengasih dan penyanyang.”

9. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ 
Salam sejahtera ke atas kamu dan Rahmat Allah serta Keberkatan-Nya.

10. Doa Selepas Solat Jenazah:




Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ﷺ, penghulu semua Rasul dan juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah! Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati. Ya Allah! Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad ﷺ. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Bila kamu solat atas jenazah, maka ikhlaskan doa untuknya.” (Riwayat Abu Dawud dan dianggap shahih oleh Ibnu Hibban.)

Info:

1. Boleh juga dilintaskan dalam hati dengan niat ringkas berikut;

a) Daku solat ke atas (ibuku /bapaku /anakku) yang ghaib

b) Daku solat ke atas (…… bin /binti ……) yang ghaib

c) Daku solat ke atas (mayat-mayat) yang ghaib di Mesir.

2. Tidak diwajibkan sebut nama tetapi sekiranya tersalah nama, maka Solat jenazah /ghaib tersebut menjadi tidak sah.

3. Solat jenazah /ghaib boleh dilaksanakan dengan cara 4 hingga 7 takbir bergantung kepada hubungan, keadaan atau taraf si mati.

Orang biasa – 4 takbir
Saudara terdekat/pemimpin – 5 takbir

Syahid – 6 -7 takbir.

Dari Ali Radliyallaahu ‘anhu bahawa Baginda ﷺ bertakbir atas jenazah Sahal Ibnu Huzaif enam kali, dan Baginda ﷺ berkata: “Sesungguhnya dia adalah pahlawan perang Badar.” (Riwayat Said Ibnu Manshur dan asalnya dalam riwayat Bukhari.)

4. Bagi si mati yang tidak ditemui jasadnya seperti tertimbus atau hilang, maka tidak diharuskan solat ke atasnya kerana jasad tidak dapat dimandikan. Tetapi sekiranya jasad itu cedera, melecur atau rosak seperti disebabkan kemalangan, kebakaran dan tidak dapat dimandikan, maka mayat akan ditayamumkan dan disolatkan seperti jenazah biasa.

Soal Jawab Agama: Tak harus solat ghaib bagi jasad tidak ditemui

Berita Harian 2010/05/14 - 07:20:53 AM Bersama Ustaz Zamanuddin Jusoh

BOLEHKAH Tuan jelaskan mengenai solat ghaib kerana banyak kekeliruan soal masa dan cara ia dilakukan. Bagaimana cara solat pada jenazah yang sudah dikebumikan.

Bagaimana pula mengenai si mati yang hilang dan tidak ditemui jasadnya atau rosak jasadnya. Apakah jasad akan dimandikan dan disolatkan.

RADHI, Beruas, Perak. 

SOLAT ghaib adalah solat terhadap jenazah yang jauh atau telah dikebumikan dan tiada kesempatan untuk ahli keluarga si mati untuk menyembahyangkannya. Solat ghaib berlaku jika si mati berada jauh di seberang laut atau pada kadar dua marhalah (90km). Jika kurang dari dua marhalah maka solat tidak diharuskan.

Jika kematian seseorang hanya diketahui selepas dikebumikan jenazahnya maka diharuskan solat dilakukan di atas kubur si mati.

Solat ghaib disunatkan ketika mendengar berita kematian seseorang dan jika berlalu masa yang panjang maka ia tidak disunatkan dan ada pendapat mengatakan tidak sah.

Cara melakukan solat ghaib sama seperti solat jenazah biasa cuma perbezaannya ialah:

1) Niat di hati untuk menunaikan solat ghaib.

2) Jenazah tidak berada bersama jemaah yang solat.

Bagi yang tidak berkesempatan solat, diharuskan solat jenazah di atas kubur si mati dengan niat yang sama seperti solat jenazah biasa.

Kitab ulama Syafie menjelaskan mengenai diharuskan solat ghaib dan solat jenazah di atas kubur selepas dikebumikan selain daripada nabi. Adapun tempoh masa solat ghaib dikira ketika mendengar berita kematian atau pada hari yang sama. Adapun doa untuk si mati tidak ditentukan masa dan ada pendapat mengatakan bahawa maksud dari solat itu sendiri ialah doa untuk si mati dan diharuskan walaupun berlalu masa yang panjang.

Ketika Nabi Muhamad mendengar berita kematian Najashi (Raja Yaman) yang memeluk Islam maka Baginda dan sahabat melakukan solat ghaib. Berdasarkan peristiwa ini, maka solat ghaib adalah diharuskan. (Kitab Subulas Salam).

Oleh demikian Imam Syafie, Ahmad dan majoriti ulama’ terdahulu seperti Ibnu Hazm menegaskan, solat ghaib adalah diharuskan dan tiada seorangpun daripada sahabat selepas kewafatan baginda mencegah daripada melakukan solat ghaib. (Fathul Bari).

Bagaimanapun, ada pelbagai pendapat ulama’ antaranya:

1) Imam Syafie, Ahmad dan seangkatan dengannya berpendapat bahawa solat ghaib adalah disunatkan pada hari kematian berdasarkan peristiwa di atas.

2) Imam Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa tidak disunatkan solat ghaib kerana ketiadaan jenazah dan digalakkan berdoa saja untuk simati.

3) Diharuskan solat ghaib pada hari kematian atau baru menerima berita meninggal seseorang dan cukup hanya niat untuk simati. (Fathul Wahhab).

4) Sebahagian ulama berpendapat bahawa diharuskan solat ghaib jika negeri si mati berada diarah kiblat dan tidak diharuskan jika berada di arah bertentangan.

Namun, majoriti ulama bersepakat, doa supaya diampunkan dosa si mati serta diangkat darjatnya di sisi Allah dan sebagainya adalah diharuskan dan tidak dihadkan bagi tempoh masa tertentu.

Bagi si mati yang tidak ditemui jasadnya seperti tertimbus atau hilang, maka solat ke atasnya tidak diharuskan kerana jasad tidak dapat dimandikan. Jika jasad itu cedera atau rosak seperti disebabkan kemalangan dan tidak dapat dimandikan, maka jasad akan ditayamumkan dan disembahyangkan seperti jenazah biasa.

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
وَالسَّلاَمْ


Bacaan tambahan : http://www.epusara.jawi.gov.my/ ,Wikipedia, http://www.ustaznoramin.com/ ,  www.epusara.jawi.gov.my/http://shafiqolbu.wordpress.com/http://www.bharian.com.my/

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR