Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 24 March 2014

MH370: Misteri dan Kesukaran Menjejaki Sebuah Kehilangan

 

EKSKLUSIF : Kapten Nik Huzlan Pertikai Bukti Daily Telegraph & Analisa Terperinci Mengenai Satelit China Jumpa “Objek MH370″

by Staff Berita Semasa on March 24, 2014


Dan tentunya berita langsung dari negara China melalui Duta China ke Malaysia tentang penemuan oleh satelit China tentang objek yang dikatakan kemungkinan kuat yang ada kaitan dengan objek daripada cebisan pesawat MH370 kira-kira 120 km ke barat daya 2 objek yang ditemui oleh satelit Amerika yang diberikan kepada AMSA di Australia, sekali lagi Datuk Kapten Nik Huzlan terus berkongsi & “mendedahkan cukup maklumat penting” yang boleh dikongsikan bersama kita semua berdasarkan analisanya secara eksklusif.

Yang menariknya…

Yang menariknya penemuan satelit China itu tidak lari jauh daripada jarak maksima dengan bekalan bahanapi yang ada pada MH370 dan juga ping yang diberikan sistem di atas kapal terbang dengan satelit INMARSAT Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan juga terletak berdekatan dengan penemuan terbaru sateliti China kali ini

Jadi apa pandangan dan penilaain Datuk Kapten Nik Huzlan mengenai penemuan terbaru ini?

Ini Antara Pandangan & Analisa Kapten Huzlan :

Penemuan satelit China menguatkan lagi teorinya yang mengatakan pesawat MH370 telah terhempas di laut Hindi iaitu laluan paling sunyi di dunia.

Secara spesifiknya besar kemungkinan terhempas di kawasan yang Kapten Nik Huzlan tandakan seperti di bawah ini :

Pada pukul 8:11 pagi waktu Malaysia (8 Mac 2014), pesawat MH370 menyentuh air di dalam lingkungan kawasan fajar. Ini kerana pesawat Mh370 pada ketika itu mencari fajar supaya tujuannya pesawat Mh370 dapat mendarat dengan lebih selamat dan kurang berisiko dengan kelajuan yang minimal.

Dan dalam pada masa yang sama juruterbang mencari kedudukan yang lebih mudah dilihat oleh peasukan pencari kelak dengan pandangan mata kasar berdekatan dengan kawasan yang ditemui objek oleh satelit China baru-baru ini selain juruterbang kapten Zaharie Ahmad Shah mencari kedudukan yang tidak melawan ombak, berhadapan dengan rintangan angin dengan harapan dapat memperlahankan pergerakan pesawat supaya dapat mendarat dengan hentakan yang minimal

Pesawat tidak akan meletup disebabkan minyak sudah habis mengambil kira sempanan minyak yang boleh bertahan selama 7 jam sahaja + bekalan simpanan baki minyak yang masih boleh digunakan lagi

Penemuan objek yang tidak berkecai iaitu tiada serpihan, membuktikan pesawat Mh370 tidak terhempas dengan teruk 

Kapten Nik Huzlan turut menyentuh dan mengulas transkrip (KLIK SINI UNTUK MELIHATNYA) yang dikeluarkan oleh Daily Telegraph yang mengatakan inilah dia transkripnya perbualan antara kokpit dengan pusat kawalan :

“Saya hairan dan ini cerita dongeng” – kata Kapten Nik Huzlan

Ini kerana sepatutnya transkrip seperti ini DCA yang pegang. Jadi macammana boleh sampai ke tangan Daily Telegraph ini?

Apa yang Kepten Nik Huzlan perhatikan, transkrip yang cuba dibongkarkan oleh Daily Telegraph ini seperti terjemahan Inggeris daripada bahasa Mandarin yang diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris. jelas? Mengapa mesti terjemah?

Banyak terma yang digunakan dalam transkrip tersebut banyak kesilapannya di mana tidak tepat yang tidak sama sekali disebut sebegitu dalam radio pesawat dengan menara kawalan

Sepatutnya terma-terma yang digunakan lebih ringkas, padat tetapi teratur

Tiada terma atau perkataan seperti “Please, please” dalam radio pesawat

Ini kerana banyak kapal terbang yang mahu menggunakan radio, jadi secara mudah kata jikalau menggunakan perkataan yang meleret-leret akan mengakibatkan “sesak radio” tersebut sehingga menggangu orang lain untuk bercakap.

Bahasa yang digunakan dalam transkrip tersebut seperti “Runway from 32R A10, copy that“. Ini bukan bahasa pilot kata kapten Nik Huzlan. Lenggok bahasa yang digunakan ibarat, bahasa yang orang yang nak jadi pilot tetapi tidak tercapai untuk menjadi pilot. Inilah rupa bahasanya….

Bahasa transkrip yang didedahkan Daily Telegraf lebih kepada bahasa imiginasi 

Pencarian Pesawat MH370 Lebih Mencabar Kerana…. 

Kapten Nik Huzlan mengingat dan memberikan pesanan kepada semua, cabaran pasukan SAR lebih mencabar kali ini di sekitar Lautan Hindi terutamanya lingkungan kawasan yang dipercayai terhempasnya MH370. Antaranya ialah :


Awas ombak di sana cukup ganas dan tinggi yang pasti menyukarkan lagi operasi SAR sekitar 40 kaki

Kedua, Angin cukup kuat

Faktor keletihan disebabkan pasukan operasi SAR terpaksa berdiri meninjau melalui tingkap dengan keadaan pesawat yang bergoyang-goyang. Dan disebabkan jarak yang agak ja…uuhhhhh menyukarkan lagi keadaan.

Contohnya dikirakan semula pesawat dengan kemampuan bahanapi yang ada, pesawat mengambil masa sekitar 4 jam pergi dan 4 lagi balik jadi akhirnya hanya 2 jam sahaja yang dapat digunakan untuk meninjau kawasan yang menjadi sasaran

Disebabkan matahari di sana sentiasa condong, menyebabkan ombak di sana ada bayang-bayangnya yang memberikan lebih kesukaran kepada pasukan SAR untuk mencari dengan mata kasar

Tetapi apabila jumpa sahaja mana-mana debris, untuk jumpa semula lebih mudah di mana pasukan SAR akan jatuhkan bowl untuk tandakan bagi memudahkan debris tersebut dikesan semula pada masa akan datang 

Cuma Kapten Nik Huzlan merasakan semuanya ini akan memberikan “pening baru” kepada pasukan SAR melihatkan situasi sekarang ini sudah melebihi 2 minggu lamanya. 

Harapan orang ramai cukup tinggi. Jadi petunjuk kali ini lebih cerah dan meyakinkan tetapi akan timbul satu demi satu cabaran yang lebih besar pada masa akan datang termasuk di manakah kedudukan sebenar pesawat MH370 melihatkan perjalanan arus 2 minggu lebih sebelum ini? Dan juga cabaran mencari keseluruhan pesawat MH370 di dasar laut.- Berita Semasa .

*Pengumuman PM lewat malam 24 Mac 2014. "Dengan perasaan sedih dan kesal yang amat sangat, saya perlu memaklumkan anda bahawa menurut data baharu ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi". Al Fatihah.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR