Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 9 March 2014

Terlalu Banyak Spekulasi Kehilangan Pesawat MH370, Zaid Batal Hasrat Bertanding PRK Kajang

APMM kesan beberapa tompokan minyak


PASIR PUTEH 9 Mac. - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menemui beberapa tompok minyak berwarna kuning kira-kira 20 batu nautika dari lokasi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan terputus hubungan ketika menjalankan operasi dan menyelamat di perairan Laut China Selatan pagi ini.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Mohd. Amdan Kurish memberitahu, tompokan minyak tersebut dikesan kira-kira pukul 11 pagi tadi selepas memulakan operasi lima jam sebelum itu.

Sehubungan itu kata Mohd. Amdan, pihaknya telah mengambil sampel minyak itu untuk ujian lanjut sama ada ia mempunyai kaitan dengan kehilangan pesawat berkenaan.

"Semasa menjalankan operasi tadi, kita telah mengesan beberapa tompok minyak. Saya telah arahkan anggota mengambilnya dan menyerahkan kepada makmal untuk ujian lanjut.

"Keputusan mengenai ujian yang akan dilakukan itu akan diperolehi pada sebelah petang ini," katanya dalam satu sidang akhbar di pelabuhan Maritim Malaysia, Tok Bali di sini hari ini. - UTUSAN

MH370: Tiada letupan di Laut China Selatan - Pentagon

NEW YORK 9 Mac - Data pemantauan awal yang diperiksa oleh Pentagon mencadangkan pesawat Malaysia Airlines yang hilang, tidak meletup di Laut China Selatan semalam.

Menurut akhbar The New York Times yang memetik pegawai kerajaan Amerika Syarikat (AS), satu sistem yang memantau letupan di seluruh dunia, tidak mengenal pasti sebarang tanda letupan. - Agensi

Zaid batal hasrat bertanding di Kajang

KUALA LUMPUR 9 Mac - Bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membatalkan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu yang mendapati Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah di atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Sabitan itu menyebabkan Anwar tidak lagi layak untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

"Tiada lagi keperluan bagi saya untuk melibatkan diri dalam isu ini dan dengan itu, saya menarik diri daripada bertanding pada PRK DUN Kajang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Azizah ganti Anwar di DUN Kajang

HULU LANGAT 9 Mac - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diumum sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan berkenaan diumumkan Penasihat PKR itu dalam sidang akhbar di Kajang di sini hari ini.

ABU: Terlalu banyak spekulasi, sekejap kata dah mendarat sekejap tak sampai, kejap kata ada tumpahan minyak kejap kata bukan, kejap kata pesawat berpatah balik kejap kata tak ada, kejap kata jumpa serpihan kejap kata tak ada, kejap kata ada 4 orang guna pasport palsu kejap kata dua..... Yang mana betul neh???? Siapa yang buat spekulasi?Uit..Pak Menteri,letak jawatanlah!

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR