Dalam satu kenyataan kepada media, DCA berkata, siasatan forensik sedang dilakukan terhadap perbualan pada pukul 1.19 pagi itu sama ada ia dituturkan oleh juruterbang atau pembantu juruterbang MH370.
Kenyataan itu menyebut, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah mengarahkan agar transkrip lengkap perbualan antara kokpit MH370 dan Menara Kawalan itu diedarkan kepada keluarga penumpang pesawat yang telah hilang sejak 8 Mac itu.
Transkrip tersebut akan edarkan sewaktu majlis penerangan diadakan kepada keluarga mangsa.-UTUSAN.
No comments:
Post a Comment