Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 17 March 2014

MH370: Pihak-pihak Berwajib Dan Pengamal Mediapun Sama juga, Tolong Jangan Streskan Rakyat Malaysia!

Jangan tambah stres para waris MH370 - MMA

Mar 18, 2014 HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Orang ramai diminta agar tidak menambah stres yang sedang dialami para waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac
Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Datuk Dr NKS Tharmaseelan (gambar) berkata dalam keadaan getir sekarang, komunikasi dan empati adalah penting.
  
Beliau berpendapat MAS serta Kementerian Kesihatan perlu diberi pujian kerana  menghantar pasukan pemberi penjagaan dan sukarelawan untuk memberi bantuan, penjagaan perubatan dan kaunseling kepada anggota keluarga penumpang  dan anak kapal terbabit.
  
"Waris berada dalam keadaan trauma berikutan apa yang berlaku dan kerisauan serta stres mereka semakin bertambah berikutan keadaan tidak menentu tentang nasib MH370. Mereka menjadi dan kelihatan gelisah, berangin, lekas marah, mudah naik darah dan umumnya, sedih," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.
  
Beliau berkata stres berterusan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, murung, gangguan ketenangan dan penyakit lain.

"Memandangkan MH370 adalah satu peristiwa misteri mendebarkan yang belum pernah disaksikan atau ditangani dunia, maka sebagai manusia, kita perlu mengelak daripada terdorong untuk mencari kesalahan dan bukannya memberi jawapan. Sama-samalah kita fokus untuk mencari MH370, bukan menyebabkan setiap orang dilanda stres," katanya Dr Tharmaseelan.
  
Pesawat Boeing 777-200ER ke Beijing, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi 8 Mac. Ia dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
  
Sehingga kini, nasib penumpang dan anak kapalnya tidak diketahui apabila usaha mencari, yang melibatkan pelbagai negara, belum membuahkan hasil.
  
Pesawat itu dilaporkan melencong daripada laluan asalnya apabila ada orang yang dengan sengaja mematikan sistem komunikasinya dan, menurut satelit Inmarsat, pesawat berkenaan terbang selama beberapa jam selepas itu.
  
Satelit itu kemudian terus mengenal pasti pesawat terbabit sejam sekali melalui apa yang dikenali sebagai 'electronic handshake' selepas ia hilang daripada skrin radar pada kira-kira pukul 1.30 pagi 8 Mac, dengan 'handshake' kali terakhir direkodkan pada pukul 8.11 pagi. - Bernama

MH370: Jangan tambah stres keluarga mangsa

KUALA LUMPUR 18 Mac - Orang ramai diminta agar tidak menambah stres atau tekanan yang sedang dialami para waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr. NKS Tharmaseelan berkata, dalam keadaan getir sekarang, komunikasi dan empati adalah penting.

Beliau berpendapat, MAS serta Kementerian Kesihatan perlu diberi pujian kerana menghantar pasukan pemberi penjagaan dan sukarelawan untuk memberi bantuan, penjagaan perubatan dan kaunseling kepada anggota keluarga penumpang dan anak kapal terbabit.

"Waris berada dalam keadaan trauma berikutan apa yang berlaku dan kerisauan serta stres mereka semakin bertambah berikutan keadaan tidak menentu tentang nasib MH370. Mereka menjadi dan kelihatan gelisah, berangin, lekas marah, mudah naik darah dan umumnya, sedih," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Beliau berkata, stres berterusan boleh membawa kepada masalah kesihatan yang serius seperti sakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, murung, gangguan ketenangan dan penyakit lain. - BERNAMA.


MH370: Sukar bagi dunia memahami kelemahan pemimpin kita - See more at: http://bm.theantdaily.com/

KOMEN PEMBACA: Cara krisis ini diuruskan dengan bercelaru oleh pihak berkuasa wajar menimbulkan kerisauan rakyat Malaysia. Kelemajan kawalan keselamatan lapangan terbang kita menjadikannya sasaran (atau hab) anasir yang tidak diundang, dan menjadikan negara transit bagi kegiatan mereka.

Sehingga hari ini, masih tiada jawapan bagaimana dua penumpang dengan paspot curi boleh menaiki pesawat. Prosedur kerja wajar dinilai kembali. Kegagalan TUDM mengesan objek di ruang angkasa Malaysia menunjukkan mereka gagal menjalankan tugas yang mampu menyebabkan negara terancam. Ini satu pengkhianatan.

Kenyataan bercanggah yang dibuat semasa sidang akhbar oleh pihakberkuasa – DCA, Kementerian Pengangkutan, MAS dan PDRM – dan kebodohan menampal gambar warga Iran yang mereka pamer dengan bangga menjadikan Malaysia diketawakan oleh dunia. Tahap kebolehpercayaan, kebolehyakinan terhadap pemimpin negara telah jatuh ke tahap paling teruk.

Namun, mereka masih mampu tersenyum dan menunjukkan sikap “tidak kisah”, tidak sensitif dan angkuh.

Rakyat Malaysia sudah mangli dengan sifat tidak berperikemanusiaan pihak yang berkuasa ini, namun dunia jelas terperanjat dengannya. Apabila nyawa manusia di dalam bahaya, mereka diberi tanggungjawab bagi melaksanakan pengurusan krisis. Ia perlu dilakukan bagi pihak yang terbabit, negara serta rakyatnya. Mereka wajar ketepikan sikap tamak dan melebihkan kepentingan politik serta sifat ego bagi melakukan yang terbaik. Andai tidak mampu berbuat demikian, mereka bakal gagal. Langkah seterusnya ialah bagi memberi laluan kepada pihak yang lebih baik melaksanakan tanggungjawab itu. Mereka akan menjawab terhadap kegagalan mereka satu hari nanti. -- Conscience

Shamini Bhaskaran: Rakyat Malaysia (seperti saya) sedar tugas yang dipikul menteri pertahanan dan menteri dalam negeri amat berat – dengan pelbagai spekulasi yang dibuat termasuk Rancangan A: 9/11 China, Rancangan B: Rampasan warga Iran, Rancangan C: Pengganas Islam mahu melanggar A.S., Rancangan D: Tembakan tentera Korea Utara, Rancangan E: Kegagalan mekanikal/cuaca buruk/kesilapan juruterbang, Rancangan F: ....Rancangan G: Juruterbang bunuh diri kerana kecewa dengan hukuman penjara yang dikenakan ke atas Anwar.

Namun, kebimbangan yang nyata ialah samada masa depan Malaysia di dalam bahaya kerana PM sekarang, Menteri Pertahanan atau Pengangkutan...adakah mereka hanya mempunyai kemahiran mengurus portfolio di dalam era ketenteraan/pertahanan elektronik masa kini?

Neela Palanisamy: Apa kena mengena krisis ini dengan mana-mana parti politik? Tak tahu bezakah? Tiada manusia, tiada politik!

Eagle Lee: Mereka ingat Malaysia dimiliki BN. Yang lain hanya pendatang.

Gnana Pillai Venugopalan: Ada yang benar-benar tidak kena di sini....tunggu perkembangan selanjutnya.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR