Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday, 26 March 2014

Dr. Kassim Ahmad Sudah dituduh, Mantan PM Ni Bila Nak Dakwa? Tolong Jawab Sat...

KASSIM AHMAD MENGAKU TIDAK BERSALAH ATAS DUA PERTUDUHAN MENGHINA ISLAM

Pencetus Anti Hadis, Kassim Ahmad mengaku tidak bersalah ke atas dua pertuduhan di Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya hari ini berhubung kenyataan kontroversinya berkaitan hadis Nabi.

Kassim didakwa menghina Islam melalui satu ucapan berhubung perbuatan "mendewa-dewakan nabi Muhammad dalam syahadah" dan juga hujah berhubung definisi "aurat wanita".

Beliau didakwa menyatakan demikian dalam satu seminar dirasmikan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 16 Februari lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 7(b) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Dalam pertuduhan kedua, beliau didakwa mengingkari pihak berkuasa agama kerana membuat ucapan yang memetik kandungan buku yang diharamkan.

Pertuduhan mengikut Seksyen 9 akta sama menyatakan, Kassim memetik buku 'Hadis: Satu Penilaian Semula' dan 'Hadis: Jawapan Kepada Pengkritik'.

Menurut pertuduhan berkenaan, buku tersebut telahpun diharamkan melalui Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan yang diwartakan pada 8 Februari 1996.

Oleh yang demikian, beliau didakwa mengingkari perintah Yang DiPertuan Agong, Majlis Agama Islam atau Mufti melalui fatwa berkenaan, mengikut pertuduhan berkenaan.

Dalam rayuannya, Kassim, 81, memohon agar mahkamah mempertimbangkan faktor kesihatan dan usianya.

"Saya tidak bersalah. Yang arif saya minta tuan memikirkan keadaan kesihatan saya yang sudah 80 tahun.

"Saya hanya bergantung pada tiga orang anak saya," katanya.

Pendakwaan dijalankan oleh Ketua Pendakwa Raya Ibrahim Deris di hadapan Hakim Syarie Umamuddin Yunus.

Umamuddin membenarkan Kassim dilepaskan dengan ikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah menetapkan tarikh 7 April untuk sebutan semula kes.

Anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Marina Mathir dilihat muncul di bangunan mahkamah, kira-kira jam 11.40 pagi selepas pendakwaan dipercayai untuk menguruskan jaminan Kassim Ahmad.

Turut muncul di bangunan mahkamah ialah pengerusi penganjur seminar, Nik Abdul Aziz Nik Hassan serta beberapa orang ahli jawatankuasa penganjur majlis tersebut.

Kassim, 81, semalam ditahan mengikut peruntukan sama.

Seramai 10 orang penguatkuasa agama terlibat dalam penahanan itu, di kediamannya di Kulim, Kedah, yang turut diiringi anggota polis tempatan.

Kassim dalam seminar pemikirannya pada 16 Februari turut mencetuskan kontroversi apabila menyamakan ulama dengan "kasta paderi", menolak syahadah kedua dan berpendapat rambut bukan aurat wanita.

Kenyataan itu dikritik meluas pelbagai pihak termasuk parti politik, NGO dan ulama Islam.

Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian 'Hala Tuju Bangsa dan Negara Malaysia Untuk 30 Tahun Akan Datang' dijalankan selama dua hari di Yayasan Kepimpinan Perdana - yang dinaungi Mahathir.

HUDUD Tiada Dalam Al Quran - Tun Dr Mahathir Muhamad



Video ulasan Tun Dr Mahathir mengenai HUDUD

Antara Penghinaan Tun Mahathir Terhadap Undang-Undang Islam Dan Islam Itu Sendiri

1. "Setelah mengkaji dengan teliti 600,000 hadis, Bukhari hanya menerima 7,000. Muslim pula mengkaji 300,000 hadis dan hanya menerima 4,000 hadis. Ada hadis yang diterima oleh Bukhari, tetapi tidak disahkan oleh Muslim, murid kepada Bukhari. Tetapi yang tidak diterima oleh Muslim, pihaknya menjelaskan bahawa mungkin ada yang sahih. Tetapi tentulah banyak daripada baki 296,000 yang ditolak adalah tidak sahih dan mungkin ada hadis yang diterima sebagai sahih, tetapi mungkin tidak sahih. Jika kita tidak lupa bahawa Bukhari, Muslim, Tirmizi dan tokoh-tokoh Islam lain yang mengkaji hadis 200 tahun selepas wafat Nabi Muhammad SAW adalah manusia biasa dan segala kelemahan manusia, dan mereka bukan Nabi, tentulah kita tidak harus memecah-belahkan umat Islam daripada Ahli Sunnah hanya kerana tafsiran dan dakwaan kesahihan atau tidaknya hadith-hadith yang dikaji oleh pengkaji hadis ini.' (Dr.Mahathir Mohamad, 24 Nov.1995, PWTC, ucapan bertajuk 'Jangan Lupa Daratan')

2. "Sapa tau janggut Nabi macam mana? Sapa biasa tengok janggut nabi, ada gambar? Kita tak tau. Ada pulak yang kata janggut mesti sampai ke pusat. Ada yang special sikit macam tu! (ketawa). Apakah kita nak jadikan ini ukuran agama Islam kerana kita berjanggut maka kita Islam. Kononnya Sunnah Nabi. Kita tak tau. Kita tak tau sebenarnya macam mana janggut dia (Nabi) (menahan ketawa). Di zaman itu nak cukur pun mudah ke? Dia bukan ada Gillette. Zaman nabi ada Gillette ke, tak dak. Pisau cukur pun tak dak masa tu. Jadi masalah macam mana nak cukur masa tu. Lepas itu, dia berjalan sana sini naik unta. Bukan nak dapat air banyak...(di) padang pasir".(Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

3. "Apakah kalau kita tidak tutup (aurat) kita tidak Islam? Banyak benda yang disuruh oleh agama Islam yang kita tidak buat, tetapi kita masih Islam". (Dr. Mahathir Mohamad, Majlis Tertutup Majlis Agama Kebangsaan, 1997).

4. "Tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab Jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. Akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat". (Dr.Mahathir Mohamad: 5 September 1997, PWTC, Perhimpunan Agung UMNO).
 
5. “Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja.”
 
6. “Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.”Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, 14 Ogos 1994

7. “Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud.” Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidang Majlis Tertinggi UMNO, 1994

8. “Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud.” Tun Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994

Dan banyak lagi kenyataan-kenyataan Mahathir yang terang dan jelas memperlekehkan Hukum Islam serta Sunnah Nabi SAW.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR