Pesawat TransAsia Airways itu dilaporkan terhempas dan terbakar selepas gagal mendarat kali kedua sekitar jam 7 malam.
Mwnurut berita Taiwan, sembilan penumpang dilaporkan tercedera.
Pesawat itu yang diklasifikasikan sebagai GE 222 berlepas pada pukul 5 petang dari Kaohsiung dan dijangka tiba di Magong pukul 5.35 petang.- Warkahdaily.
Pesawat terhempas di Taiwan pula, 47 terkorban
Pesawat ATR 72 berkapasiti 70 penumpang itu terhempas berhampiran landasan pulau Pescadores, wilayah Penghu dengan 54 penumpang dan empat anak kapal," kata badan itu.
"Situasi kelam-kabut di tempat kejadian," kata pengarahnya Jean Shen kepada Reuters.
Seramai 11 yang tercedera telah pun dibawa ke hospital, menurut kerajaan Taiwan.
Tiada lagi maklumat diketahui setakat ini.
Taufan Matmo melanda Taiwan hari ini membawa hujan lebat dan angin kencang sehingga sekolah dan pusat perniagaan ditutup.
TransAsia Airways adalah syarikat penerbangan Taiwan dengan 23 pesawat Airbus dan ATR yang kebanyakannya memberi perkhidmatan domestik tetapi mempunyai beberapa laluan antarabangsa ke Jepun, Thailand, Kemboja dan beberapa destinasi Asia yang lain.
Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan berkata selain insiden hari ini, TransAsia terlibat dalam lapan insiden sejak 2002, dengan enam daripadanya melibatkan ATR 72.-MK.
No comments:
Post a Comment