Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday, 12 July 2014

Dan Apabila AJK Masjid serta pegawainya rabun,buta huruf,tua bangka tak larat nak kerja, dan banyak kerja amal untuk bermegah-megah dan lagha, inilah jadinya....

Tukar karpet lambang salib


Karpet di masjid Lapang Besar Jalan Tun Ismail di Kuantan 
terdapat tulisan ALLAH selain tertera lambang salib.

KUANTAN - Karpet ruang utama solat di Masjid Lapang Besar di Jalan Tun Ismail di sini yang tertera kalimah ALLAH selain lambang salib akan ditukar serta-merta sebelum mendapat sijil layak menggunakan masjid tersebut daripada Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip).

Pegawai Pejabat Agama Islam Daerah Abdul Zaki Mat Zin berkata, kontraktor terbabit diberikan tempoh sebulan untuk melakukan kerja penggantian karpet itu.

Menurutnya, perkara itu dikesan susulan mesyuarat antara Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz dan wakil syarikat pemaju, baru-baru ini.

“Dalam siasatan sebelum ini mendapati karpet di ruang utama solat berwarna kelabu mempunyai corak tertera tulisan ALLAH selain lambang salib.

“Jalan terbaik perlu dilakukan adalah menanggalkan semua karpet dan tukar dengan yang baru. Jika usaha menggantikan dengan yang baru tidak dapat dilakukan, sijil layak menggunakan masjid berkenaan tidak akan dikeluarkan,” katanya.

Menurutnya, pejabat agama tidak akan berkompromi dalam hal membabitkan kesucian agama Islam dan umatnya, walaupun ada ketika ia menimbulkan rasa tidak senang golongan tertentu.

Beliau berkata, pihaknya tidak menyalahkan mana-mana pihak dalam kes ini kerana apa berlaku mungkin di luar pengetahuan pemaju, malah mereka dimaklumkan berhubung perkara tersebut hanya selepas kerja memasang karpet ruang utama solat siap dilakukan.

Sehubungan itu, pihaknya menasihati ahli jawatankuasa masjid dan surau di daerah ini yang bercadang menukar karpet baru supaya terlebih dahulu melakukan penelitian terhadap corak karpet sebelum memutuskan untuk membuat pembelian.

Jemaah Mahu Jais Siasat Sejadah Berimej Makhluk di surau


 
Md Nasa (kanan) dan Dr Mohd Hisham menunjukkan lakara  gambar menyerupai makhluk pada sejadah yang kebanyakannya digunakan di surau dan masjid.
SABAK BERNAM – Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Daerah Sabak Bernam meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengenal pasti sejadah yang mengandungi gambar makhluk yang terdapat di surau dan masjid, disimpan atau dibakar agar tidak digunakan jemaah.

Pengerusi Unit Penggunanya, Md Nasa Md Yatimi berkata, hasil pemerhatian Perkim di kebanyakan masjid dan surau di daerah itu mendapati terdapat pelbagai gambar makhluk menyerupai manusia, patung dan haiwan pada sejadah.

Menurutnya, Jais seharusnya mengeluarkan satu garis panduan kepada umat Islam bagi memastikan sejadah yang digunakan di surau dan masjid termasuk di setiap rumah tidak mengandungi unsur pemujaan terhadap makhluk lain selain ALLAH.

“Kita minta Jais memandang serius perkara ini kerana tidak mahu umat Islam terus menggunakan sejadah yang berunsur pemujaan yang boleh merosakkan akidah,” katanya.

Md Nasa berkata, umat Islam yang menggunakan sejadah setiap kali menunaikan solat di rumah juga perlu memastikan ia bebas daripada sebarang unsur yang tidak sepatutnya.

Pengarah Dakwah Perkim Daerah Sabak Bernam, Dr Mohd Hisham Surgi berkata, selain Jais, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga diminta supaya memastikan sejadah yang diimport dari negara luar tidak mengandungi unsur terbabit.

Menurutnya, kemasukan sejadah dari negara luar yang mengandungi gambar makhluk dipercayai berpunca daripada kilang pembuatannya milik bukan Islam.

“KDN perlu memandang serius berhubung perkara ini kerana kita tak mahu ada pihak luar cuba menggugat kesucian Islam dengan sewenang-wenangnya menjual barangan yang boleh mendatangkan perbuatan syirik.

“Apabila syirik berlaku, maka doa yang menjadi senjata mukmin tidak akan termakbul dan mereka (musuh Islam) dalam senyap telah melemahkan umat Islam secara halus,” katanya.

Selain itu katanya, sejadah yang mempunyai lakaran pelbagai corak juga menjejaskan kekhusyukan umat Islam ketika mengerjakan ibadah wajib itu.

“Perkim berharap supaya Jais dan KDN dapat memastikan sejadah yang digunakan di kebanyakan surau dan masjid serta dijual di pasaran tidak mengandungi unsur syirik yang boleh menjejaskan akidah umat Islam.

“Kita mencadangkan supaya semua surau dan masjid tidak menggunakan sejadah yang bercorak dan hanya menggunakan satu warna bagi memelihara kesucian sewaktu beribadah,” katanya kepada Sinar Harian.- SINAR.

Abu: Bukak kilang buat sejadah sendirilah pak cik.... Corak tu abstrak, kalau kita fikir rupa makhluk jadilah makhluk....tapi apaer bende pun kat kat dunie nie dan saantero alam sumernyer makhluk kan?Dolu2 time orang pakai kain putih jer boat sejadah ramai yang komplen....ketinggalan x maju....dah letak karpet bagai dah semayang x khusyuk pulak....selagi nama manusia itulah...ader jer x kene...ada jer kehendaknya....simap @ bakar? x mmbazir ke? kalo terbalikkan sejadah tu guna kat sebelah belakang x boleh ker?????kah kah kah!Takpon wat pengesat kaki kat tandas ke wat alas periuk ke wat kain basah ke tak bole ker?

Tanda-tanda Hari Kiamat

1. Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).

2. Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah atau filem.

3. Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.

4. Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya.

5. Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6. Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.

7. Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.

8. Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.

9. Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.

10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).

12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.

13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.

14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.

15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.

17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.

18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.

19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.

20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.

21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah. 

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR