Ahmed Lamine bagaimanapun berkata, jumlah sebenar pesawat yang musnah dalam serangan itu masih belum dapat dipastikan berikutan lapangan terbang tersebut berfungsi sebagai hab utama bagi pengangkutan di Libya.
"Kerajaan telah mengkaji kemungkinan untuk membawa pasukan antarabangsa bagi meningkatkan keselamatan di negara ini,"katanya dipetik Al Arabiya
Kelmarin, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memanggil pulang kakitangannya dari negara itu buat sementara waktu berikutan keadaan keselamatan semakin merosot selepas pertempuran sengit antara militia Zintan dan kumpulan penentang tercetus di sekitar
lapangan terbang terbabit.
Sejak pertempuran tercetus Ahad lalu, sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh manakala lebih 11 lagi cedera dan kini dirawat di hospital al-Zahraa yang terletak kira-kira 15 kilometer dari lapangan terbang.
Tripoli berdepan keganasan sejak penyingkiran Muammar Gaddafi pada 2011.- SINAR 16 Julai 2014.
ABU: Dua perkara bodoh yang kalau boleh tidak mahu disentuh dalam blog ini, isu paksaan Perletakan Jawatan Menteri Besar Selangor dan cerita wanita samseng yang menghentak kereta warga tua yang melanggar keretanya. Rasa macam nak bagi penerajang jer....
No comments:
Post a Comment