Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 14 July 2014

Jihad Bukan Lagi Cita-cita kami????

Sertai Gerakan Militan PAS Pecat Dr Mahmud Dan Dua Lagi Ahli Parti
PAS pecat ahlinya, pensyarah Universiti Malaya Dr Mahud Ahmad yang dipercayai menyertai gerakan militan di luar negara


PAS memecat tiga lagi ahlinya yang dipercayai menyertai gerakan militan di luar negara termasuk seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Islam Universiti Malaya (UM) Dr Mahmud Ahmad.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata dua lagi yang turut dipecat ialah Mohd Najib Husen atau Abraham, 36, dan Muhammad Joraime Awang Raime atau Abu Nur, 39.

"Mereka digugurkan sebagai ahli PAS dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang diadakan semalam," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata polis sedang memburu lima lagi rakyat Malaysia yang terlibat dengan kegiatan kumpulan militan. Khalid dalam satu kenyataan pada 2 Julai berkata, Mahmud juga dikenali juga sebagai Abu Hanzalah, 36, beralamat di Taman Selayang Baru, Batu Caves.

Turut dikenal pasti ialah pemilik kedai fotostat dan alat tulis di UM, Mohd Najib yang tinggal di Pangsapuri Tainia, Kota Damansara dan kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang Muhammad Joraime yang tinggal berdekatan kawasan perumahan Mahmud.

Dua lagi berasal dari Tawau, Sabah iaitu Mohd Amin Baco, 31, dari Kampung Titingan dan buruh Jeknal Adil atau Jek, 30, dari Kampung Kurnia Jaya. Khalid berkata, mereka dikenal pasti hasil siasatan terhadap 19 anggota militan yang ditangkap oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman sejak 28 April lalu, kini dipercayai bersembunyi di selatan Filipina.

"Tiga daripada mereka disyaki terlibat dalam merekrut dan mengatur anggota militan dari negara ini pergi menyertai Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) di Syria," katanya dan percayai kenyataan itu merujuk kepada Mahmud dan dua rakannya.

"Dua lagi adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai kumpulan Abu Sayyaf Group (ASG) di selatan Filipina," katanya.

Mustafa berkata, PAS pusat menerima laporan tiga ahli PAS itu termasuk dalam senarai orang yang dikehendaki polis.

"Setelah menyemak data mereka dan mendapat laporan dari kawasan berkenaan, PAS pusat memutuskan dalam mesyuaratnya semalam menggugurkan mereka daripada menjadi ahli PAS," kata Mustafa.

Pada 11 Mei lalu, PAS memecat keahlian Lotfi Ariffin dari Kedah yang menyertai gerakan bersenjata di Syria. Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya 11 Julai lalu berkata, PAS tidak mengizinkan mana-mana ahlinya menyertai kumpulan radikal atau bersenjata di dalam atau luar negara.

Beliau berkata, sekiranya mereka didapati terlibat dengan kumpulan radikal tersebut, PAS tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan dengan memecat keanggotaan mereka di dalam parti Islam itu.

“PAS meneliti dengan penuh hati-hati terhadap perkembangan terkini yang berlaku di Iraq dan Syria serta meminta ahli, penyokong dan seluruh rakyat dapat memahami segala bentuk percaturan yang sedang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan.

Hadi berkata, PAS tetap mengambil pendekatan demokrasi menerusi pilihan raya dan inilah pendekatan yang diperkenalkan kepada semua pihak dalam gerakan Islam di seluruh dunia.

“Pendekatan ini adalah yang terbaik pada masa ini bagi menghadapi masalah dalaman negeri umat Islam sendiri dengan menekankan prosesnya secara damai dan demokrasi,” katanya.

Dalam laporan Harakahdaily hari ini, Mustafa berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan sama ada ketiga-tiganya terlibat dengan kegiatan militan atau tidak. Mustafa memberitahu, sebelum memaklumkan kepada PAS pusat, pihaknya sebelum ini membuat semakan terhadap ketiga-tiganya dan mendapati mereka adalah ahli PAS di peringkat kawasan.

Kemudian katanya, penyiasatan lanjut dibuat dengan bertemu sumber rapat dan mengenali latar belakang mereka bagi mendapat kepastian berhubung penglibatan mereka dengan kumpulan militan seperti didakwa. Hasil siasatan katanya, ketiga-tiga mereka sememangnya ada terlibat dengan misi kemanusiaan di Mindanao.

"Adapun dari sudut terlibat dengan militan, sumber tadi tidak boleh mengesahkan secara muktamad kepada saya sebab mereka semua ini tidak berada dalam negara dan tidak dapat dihubungi.

"Oleh itu, saya tidak boleh buat pengesahan sama ada dia terlibat atau tidak," kata Mustafa lagi sebagaimana dilaporkan Harakahdaily.

Ditanya bagaimana PAS membuat keputusan dalam keadaan tidak mengetahui keterlibatan sebenar mereka, Mustafa berkata ia dibuat kerana wujud unsur keraguan.

"Walaupun aktiviti sebenar secara muktamadnya tidak dapat kita pastikan, tapi maknanya ada keraguan yang boleh dikaitkan.

"Tetapi demi menjaga kepentingan jamaah dan parti, kita ambil keputusan seperti mana yang ditegaskan oleh presiden sebelum ini," katanya. – 14 Julai, 2014. (TMI)
Telah berkata `Umar bin Al-Khattab dalam kitab Fadha’ili r-Ramyi Fi Sabili Llah oleh Abu Ya`qub Ishaq bin Ibrahim (352-429H):

أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَتَبَ إِلَى أَهْلِ الشَّامِ أَنْ عَلِّمُوا أَوْلادَكُمُ السِّبَاحَةَ وَالرَّمْيَ وَالْفُرُوسِيَّةَ
 
Bahawa `Umar bin Al-Khattab telah menulis kepada penduduk Syam supaya mengajar anak-anak kamu berenang, dan memanah, dan menunggang kuda.


أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ: حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ حَفْصٍ قَالَ: حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ أَعْيَنَ، عَنْ خَالِدِ بْنِ أَبِي يَزِيدَ أَبِي عَبْدِ الرَّحِيمِ، عَنْ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ قَالَ: رَأَيْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللهِ وَجَابِرَ بْنَ عُمَيْرٍ الْأَنْصَارِيَّيْنِ يَرْمِيَانِ قَالَ: «فَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَجَلَسَ» فَقَالَ لَهُ صَاحِبُهُ: «أَكَسِلْتَ؟» قَالَ: «نَعَمْ» فَقَالَ أَحَدُهُمَا لِلْآخَرِ: أَمَا سَمِعْتَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ:
" كُلُّ شَيْءٍ لَيْسَ مِنْ ذِكْرِ اللهِ فَهُوَ لَعِبٌ، لَا يَكُونُ أَرْبَعَةٌ: مُلَاعَبَةُ الرَّجُلِ امْرَأَتَهُ، وَتَأْدِيبُ الرَّجُلِ فَرَسَهُ، وَمَشْيُ الرَّجُلِ بَيْنَ الْغَرَضَيْنِ، وَتَعَلُّمُ الرَّجُلِ السَّبَّاحَةَ "

Rasul bersabda: “Segala sesuatu yang bukan merupakan zikir kepada Allah adalah perbuatan yang sia-sia dan lalai kecuali empat perkara : Seseorang bermain-main dengan isterinya, seseorang melatih kudanya, berjalannya seseorang di antara dua tujuan dan belajar berenang “

Riwayat Nasa'ee dlm Sunan Al Kubro, At Tabrani dalam Mu'jam Al Awsat dan Al Kabir dan Al Baihaqi dalam Sunan Al Kubro.
Ibn Hajar: Hasan
Al Albani: Sahih


ABU: Jika dilihat kedalam ungkapan di atas berkemungkinan latihan-latihan fizikal yang dipelajari oleh orang-orang islam hanyalah bertujuan untuk bersantai dan berhibur ataupun untuk faedah bersukan dan tidak keterlaluan jika dikatakan untuk bertaruh (berjudi) bukan lagi untuk tujuan kekuatan fizikal dan jihad mempertahankan saudara muslim yang dizalimi.

Dalam konteks negara moden kita amat maklum bahawa cara jihad (militan) yang disertai oleh bekas ahli-ahli PAS tersebut mungkin melangkau arahan preseden yang merupakan pemimpin tertinggi jamaah.

Begitu juga jika kita lihat dari sudut kepimpinan khalifah dunia.Siapa pimpinan utama umat Islam? Tidak ada kepimpinan yang hampir-hampir, apatah lagi dapat menyamai Sultan Muhammad Al Fateh dan Sallehhuddin al Ayubi yang bagai singa jika di medan namun seorang hamba yang sangat tawaduk sewaktu berhadapan dengan Tuhan.

Sampai bilakah orang-orang yang persis ahli PAS yang disingkir itu mampu bertahan.Bertahan melihat penderitaan saudara seagama disakiti dan dibunuh kejam tanpa melawan.Bertahan melihat maksiat berleluasa....yang akhirnya akan menarik diri kita atau keturunan kita melakukannya juga.

Saya kira ramai lagi anggota atau ahli PAS dan orang yang bersimpati terhadap golongan yang tertindas sanggup bukan lagi bergelar militan bahkan sanggup menggadai nyawa demi mempertahankan saudara seagama yang dizalimi. Biarpun mereka tidak diperakui namun diharapkan keikhlasan mereka dapat menemukan diri mereka dengan syahid,idaman seluruh pejuang.

Apapun saya tetap mendokan kesejahteraan mereka, biarpun mereka tidak setaraf Sultan Muhammad Al Fateh maupun Sallehhuddin al Ayubi sekurang-kurangnya mereka adalah sebahagian daripada orang Islam yang bermaruah dan tidak dayus. Mereka tidak lagi memerlukan arahan Preseden kerana ketika ini mereka adalah "kepala" kepada pertubuhan mereka.

Carilah makanisma yang lebih berhikmah agar tiada pihak yang terluka. Amatlah malang jika ada hati-hati yang benar-benar ikhlas itu dibiarkan terluka....
.
Ungkapan yang masih perlu diperhalusi sebelum melakukan agenda pemecatan . Apakah hanya kerana ujudnya keraguan mereka terus disingkirkan.

"Walaupun aktiviti sebenar secara muktamadnya tidak dapat kita pastikan, tapi maknanya ada keraguan yang boleh dikaitkan.

"Tetapi demi menjaga kepentingan jamaah dan parti, kita ambil keputusan seperti mana yang ditegaskan oleh presiden sebelum ini," katanya.- petikan su Agung  parti.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR