Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday, 29 July 2014

Panas:Kami mungkin berpecah selepas Aidilfitri - Sumber PAS

Pakatan Rakyat (PR) mungkin berpecah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan tindakan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan calon lain dari PKR sebagai menteri besar Selangor, kata sumber dalaman parti Islam itu.

Menurut sumber yang turut menghadiri mesyuarat PR mengenai isu menteri besar Selangor itu, mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini akan menyaksikan pertembungan hebat di antara golongan yang mahu Khalid kekal dan golongan yang menghormati keputusan PKR meletakkan calon lain.

"Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir," kata pemimpin tahi itu kepada The Malaysian Insider, dengan syarat tidak dinamakan.

"Macam mana kami tak marah, kami hadir ke mesyuarat PR selepas PAS membuat keputusan malam sebelum itu," kata sumber pengkhianat itu merujuk kepada mesyuarat PAS pusat 22 Julai lalu di Kuala Lumpur.

Menurut pemimpin PAS yang khianat itu, kumpulan yang menyokong keputusan PR dalam isu penggantian menteri besar Selangor terdiri daripada kumpulan profesional manakala yang mahu Khalid terus kekal adalah dari kumpulan konservatif Dewan Ulama dan Pemuda parti itu.

Menurutnya lagi, kumpulan konservatif dalam PAS yang selama ini tidak begitu berminat parti Islam itu terus berada dalam PR akan menggunakan mesyuarat 10 Ogos ini untuk menyokong penuh kenyataan Hadi, sekaligus akan mengguris PKR dan DAP.

"Apabila ketegangan memuncak, mereka akan desak PAS keluar dari PR, sekaligus menyaksikan perpecahan," katanya.

"Takpalah, saya pun dah bersedia untuk PAS kembali jadi macam dulu, hanya jadi pembangkang. Boleh menang hanya di Kelantan."

Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad tidak menolak kemungkinan perpecahan PR dengan keadaan yang berlaku sekarang.

"Syair Arab ada berkata ‘kita mahukan kejayaan, tapi kita tidak melalui lebuh raya kejayaan’.

"Kita sedang dalam ‘self-destruct mode’. Kalau kita sendiri tidak berusaha untuk selamatkan PR, perpecahan tidak mustahil berlaku," katanya.

"Saya sekarang mengharapkan 'divine intervention' (pertolongan Allah) untuk bantu selamatkan PR… bila semua usaha lain gagal," tambah bekas ahli parlimen Kuala Selangor itu.

Mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga menyokong penuh kenyataan Hadi agar Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor.

"PAS ini ada nakhodanya iaitu tuan guru presiden. Saya penuh yakin beliau mendapat maklumat yang cukup sebelum mengeluarkan kenyataan. Saya sendiri turut mendapat maklumat dari banyak pihak yang sebahagiannya tidak perlu saya jelaskan di sini.

"Cukuplah untuk saya nyatakan bahawa, buat masa ini, ahli PAS hendaklah meletakkan keutamaan ketaatan kepada apa yang telah dinyatakan presiden. Benar, nakhoda barangkali tersalah, tetapi jika anak kapal pula beramai-ramai ingin menjadi nakhoda, barang tentu bahtera tidak akan belayar dengan baik," katanya.

Bekas menteri besar Kelantan itu turut mengingatkan PR perlu terus kukuh bertahan dalam medan politik negara.

"Akar umbi perlu sentiasa segar dengan maklumat agar sikap dan tingkah laku pemimpin difahami dengan jelas. Jika akar rapuh, pohon yang rendang sekalipun tidak akan bertahan lama," katanya.

DAP membayangkan kemungkinan PR akan berpecah akibat kegagalan parti komponen menghormati dan memegang janji.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng berkata, tindakan salah satu parti komponen yang menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan PR boleh menyebabkan kredibiliti dan survival gabungan itu tergugat.

"Sekiranya keputusan yang dicapai bersama dalam Majlis Pimpinan PR boleh ditidakkan begitu sahaja oleh suatu pihak, maka kredibiliti dan survival PR akan terus tergugat," kata Lim dalam perutusan Hari Raya hari ini.

Menurut Lim, isu terbesar selepas sambutan Aidilfitri adalah apakah sistem dua parti di Malaysia akan terus kekal ekoran kemungkinan Pakatan berpecah kerana kegagalan atau keengganan salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji berasaskan keputusan yang dicapai bersama.

"Tanpa PR, Malaysia akan kembali kepada era monopoli kuasa yang rakus menindas rakyat dan hanya memihak kepada kroni tertentu," katanya.

Semalam, PKR meminta Hadi menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan PR yang memperakui prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah daripada PKR.

Setiausaha agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan PKR untuk mencalonkan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan dalam mesyuarat pada 23 Julai lalu.

Menurut Saifuddin, PAS dalam mesyuarat itu diwakili enam pemimpin tertinggi, iaitu timbalan presiden Mohamad Sabu, setiausaha agung Datuk Mustafa Ali, naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, ketua pemuda Suhaizan Kaiyat, serta ahli kawatankuasa pusat Dr Hatta Ramli.

"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR itu dalam hal pertukaran menteri besar Selangor.

"Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini digunakan dalam menentukan menteri besar di negeri Pakatan lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan semalam. – 28 Julai, 2014

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

ABU: Ya, sedikit lagi UMNO,BN!

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


widgeo.net

Search This Blog

Loading...

FB

There was an error in this gadget

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR