Saya dan suami bertemu jodoh ketika saya bekerja di kedai runcit milik keluarga suami. Ketika itu saya masih muda. Kerana sering menghabiskan masa bersama-sama di kedai runcit, kami telah terlanjur.
Saya hamil. Keluarga suami akhirnya menikahkan kami supaya tidak menjadi umpat keji masyarakat. Di awal perkahwinan, hidup kami bahagia sehinggalah lahir anak kedua. Bermula detik itu perangai suami mula berubah. Mungkin kerana saya warga asing, ibu mentua selalu mengungkit perihal latar belakang saya yang dia tidak tahu.
Akibatnya, saya dan suami selalu bertengkar dan suami sudah mula memukul saya. Tidak tahan dengan sikap panas baran suami, saya akhirnya bertindak merlarikan diri ke Kuala Lumpur. Di sini, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang berjanji mahu menjaga saya. Tapi saya ditipu dan dirogol sebelum diserahkan ke rumah pelacuran.
Selepas beberapa lama saya akhirnya berjaya larikan diri tapi apa lagi kerja yang mampu saya buat di luar sana selain melacur juga?
Tidak tahu ke mana hendak dituju, saya kembali semula ke tempat kerja asal dan bekerja dengan majikan di tempat pelacuran ini. Kalau tanya mengenai anak-anak, bohonglah jika saya katakan saya tidak rindukan mereka.
Saya amat rindukan mereka. Tapi suami langsung tidak mencari saya setelah sekian lama.
Hefni, 35, mangsa
No comments:
Post a Comment