Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday, 26 July 2014

Ceh Taik Punya Fasalpun Mau Gadoh Ka? Mao Kasi Busuk Nama Presiden Lagi?


Isu MB Khalid: Kenyataan Presiden PAS Tidak Rasmi -Mohamad Sabu 


Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan sokongan secara terbuka supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal menjadi menteri besar Selangor tidak mencerminkan pendirian rasmi sebaliknya hanya pandangan peribadinya sahaja, kata Mohamad Sabu seperti lapor The Malaysiakini.

Timbalan presiden PAS itu dilaporkan berkata, parti Islam itu sebaliknya hanya akan membuat pendirian rasmi mengenai kedudukan Khalid selepas Hari Raya Aidilfitri dalam mesyuarat pada 10 Ogos.
"Itu pandangan peribadi, kita akan mesyuarat 10 Ogos.

"10 Ogos mesyuarat (dan) kita patuh pada keputusan mesyuarat," katanya seperti dipetik Antarapos.

Sementara itu, Mohamad ketika dihubungi TheMalaysianInsider enggan memberikan sebarang komen sehingga keputusan dicapai dalam mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos depan.

"Mungkin lepas raya. Mungkin dipercepatkan lagi," katanya. (IH).

KENYATAAN PRESIDEN PAS ADALAH PENDIRIAN SELURUH AHLI PAS,

Dewan Ulamak PAS Pusat menyokong penuh sikap dan pendirian Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bahawa kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan. Sila rujuk :( http://www.harakahdaily.net/index.php/headline/29937-saya-sokong-khalid-kekal-mb-presiden-pas)

Kenyataan Presiden itu adalah pendirian tegas berdasar keputusan yang telah dibuat oleh PAS berkait dengan PRK Kajang yang lalu iaitu:

1. Calon PRK Kajang diserahkan kepada PKR;

2. PAS membantu menurut keperluan; dan

3. Isu Menteri Besar Selangor tidak berbangkit.

Oleh itu, pendirian Presiden tersebut adalah berasaskan keputusan yang telah disepakati bahawa tiada perubahan MB Selangor dan Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan tiada sebarang alasan Syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Menteri Besar Selangor dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.

Dewan Ulamak PAS Pusat telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor sejak perlantikan beliau sebagai MB selepas PRU ke-13. Begitu juga, sejak beliau mula menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 sehingga berjaya kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk PR dalam PRU ke-13 lalu.
Dewan Ulamak PAS Pusat menegaskan bahawa maslahah mengekalkan jawatan beliau lebih kuat berbanding keperluan menukar MB baru. Sebarang usaha menukar MB Selangor tanpa persetujuan bersama 3 kompenan parti, PAS, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan di kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan.

Pihak Dewan Ulamak PAS Pusat menyeru semua ahli PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian Presiden dalam hal ini tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera.


USTAZ DATO' HAJI AHMAD YAKOB

Pemangku Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat
Bertarikh : 28 Ramadhan 1435 / 26 Julai 2014.

PENDIRIAN PEMUDA DPPNS : ISU MB SELANGOR

Susulan daripada kekalutan isu Menteri Besar Selangor mutakhir ini, Dewan Pemuda PAS Selangor (DPPNS) ingin menegaskan beberapa perkara yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Harian DPPNS semalam.

DPPNS menyokong penuh kenyataan YB Persuruhjaya PAS Selangor Ir Iskandar Samad yang dipaparkan dalam Berita Harian bertarikh 23 Julai 2014 dengan tajuk "PAS Selangor Mahu Khalid Kekal", yang menunjukkan kematangan beliau dan PAS Selangor dalam memperlihatkan sikap kebertanggungjawaban bagi mempastikan kesatabilan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor dalam keadaan yang terbaik dengan mengambil kira fokus sebenar Pakatan Rakyat ialah membela nasib rakyat di Selangor.

DPPNS juga menyokong penuh kenyataan YAB Tan Sri Dato Seri Abdul Khalid Ibrahim Menteri Besar Selangor yang bertarikh 22 Julai 2014 "Penggantian dan Perlantikan Menteri Besar Perlu Patuhi Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri", yang memperingatkan semua pihak bahawa walau apa jua pun tindakan yang membabitkan pertukaran Menteri Besar Selangor perlu selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang perlu difahami dalam konteks yang sebenar.

DPPNS ingin menegaskan bahawa kita tidak boleh sesekali menafikan kecemerlangan perkhidmatan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam mengemudi Selangor hingga ke tahap yang lebih baik berbanding Menteri Besar BN terdahulu yang secara tidak langsung rakyat memberi mandat kepada Pakatan Rakyat apabila menang mempertahankan Selangor pada PRU13 yang lepas.

Tindakan menukar Menteri Besar juga perlu diperhalusi dengan cermat melalui persefahaman bersama Pakatan rakyat serta mengambil kira sentimen setiap pihak yang berkait dengan proses Undang- Undang Tubuh Kerajaan Negeri termasuk pihak Istana. Menjustifikasikan tindakan beralasan memperkukuhkan kestabilan PKR semata-mata bukanlah alasan yang terbaik dalam memperjudikan kepercayaan rakyat yang terbina selama ini kepada Pakatan di Selangor khususnya dan di Malaysia amnya.

DPPNS mengingatkan kepada pihak yang bersungguh dalam ‘movement’ ini agar tidak gopoh hanya kerana ingin meraih untung secupak tetapi rugi segantang. Amanah yang terhampar untuk kita fokus dalam memberi khidmat terbaik kepada rakyat jangan dipersiakan, ayuh kita usahakan agar Pakatan Rakyat sentiasa terkehadapan dalam menunaikan tanggung jawab ini.

Syarhan Humaizi Abdul Halim
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor.

AHLI-AHLI PAS JANGAN HILANG TUMPUAN

Ahli-ahli PAS di Selangor hendaklah meneruskan khidmat mereka kepada rakyat dan tidak menghiraukan perkembangan terkini di Negeri Selangor. Sama ada sebagai Exco, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis, Ketua Kg, Nazir Masjid, Pengerusi Surau atau pemegang-pemegang jawatan lain, mereka hendaklah terus berkhidmat dengan tekun dan bersungguh-sungguh kepada rakyat.

Segala agenda-agenda yang dirancang hendaklah dilaksanakan dan segala program-program yang telah diatur hendaklah diteruskan. Mereka hendaklah memastikan agar mereka tidak hilang tumpuan sehingga kebajikan dan kepentingan rakyat menjadi terabai.

Sesungguhnya rakyat mahukan perkhidmatan yang terbaik dan pembelaan yang sewajarnya di dalam apa saja suasana dan keadaan. Di saat-saat seperti ini ahli-ahli mestilah menzahirkan kepimpinan mereka dan tarbiyyah yang telah mereka lalui selama ini.

Iskandar Abdul Samad
Pesuruhjaya PAS
Negeri Selangor
23 Julai 2014

PKR Salah ‘Tafsir’ Keputusan Mesyuarat Pakatan -Iskandar. 

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad berkata PKR salah tafsir ketetapan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengenai isu pertukaran menteri besar Selangor.
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad menyelar PKR dan menganggap parti itu tersalah tafsir ketetapan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengenai isu pertukaran menteri besar Selangor yang dibuat pada 23 Julai lalu.

Iskandar berkata, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membuat kenyataan antara lain menyebut "...menerima cadangan daripada PKR untuk membuat pertukaran menteri besar di Selangor."

Sebaliknya, menurut Iskandar ayat tersebut disalah tafsir sebagai "Pakatan Rakyat meluluskan cadangan PKR untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."

"Walhal seperti yang juga disebut oleh kenyataan itu, hanya bermaksud menerima cadangan dan... akan dibawa ke dalam mesyuarat peringkat tertinggi parti masing-masing dan akan membuat keputusan dalam masa terdekat.

"Maka 'menerima' bukan bermaksud bersetuju dan tidak ada keputusan lagi," kata Iskandar dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kekeliruan itu menimbulkan persoalan di kalangan ahli PAS Selangor serta rakyat yang sebelum ini berpandangan Khalid wajar dikekalkan sebagai menteri besar. PKR dalam kenyataan pagi tadi menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang memperakui prinsip pencalonan jawatan menteri besar Selangor adalah hak milik PKR.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, keputusan PKR untuk mencalonkan Dr Wan Azizah dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan Pakatan yang turut diwakili enam pemimpin tertinggi PAS. Mereka adalah Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Hatta Ramli.

"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam hal pertukaran menteri besar Selangor.

"Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini digunakan dalam menentukan menteri besar di negeri Pakatan Rakyat lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan," katanya.

Iskandar menambah, pihaknya bersyukur apabila Hadi menerima pandangan pimpinan ahli PAS Selangor yang mahu Khalid dikekalkan, sekaligus beberapa kekeliruan yang timbul sebelum ini dapat terjawab. Namun katanya, pimpinan dan ahli PAS Selangor akan sentiasa mematuhi apa saja keputusan yang diputuskan oleh presiden dan pimpinan tertinggi PAS dalam mesyuarat 10 Ogos nanti.

Sementara itu, Iskandar dalam laman sosial Facebook miliknya memuat naik status kecewa dengan tindakan ahli PAS sendiri yang menentang pendirian Hadi untuk mengekalkan Khalid.

"Sedih melihat Presiden PAS dihina, dikutuk dan diugut oleh ahli dan pimpinan sendiri. Tidak sangka akan berlaku seperti ini," katanya. – 26 Julai, 2014. (TMI).
 A/Hadi Perlu Hormati Majlis Pimpinan Pakatan -S/U PKR 


Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang sudah bersetuju agar Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor. – Gambar fail, 26 Julai, 2014.

Datuk Saifuddin Nasution Ismail menasihatkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghormati keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan beliau perlu melepaskan jawatannya sebagai menteri besar dan menerima Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon utama untuk jawatan tersebut.

PKR tetap bertegas dengan keputusan kepimpinan tersebut berikutan sokongan kuat Hadi terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar

Setiausaha Agung PKR itu berkata, keputusan PKR dibentangkan dan diterima Majlis Pimpinan PR dalam mesyuarat pada 23 Julai lalu. Menurut Saifuddin, PAS dalam mesyuarat itu diwakili enam pemimpin tertinggi, iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, Ketua Pemuda Suhaizan Kaiyat, serta Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Hatta Ramli.

"Oleh yang demikian, PKR akan berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat itu dalam hal pertukaran menteri besar Selangor.

"Kaedah dan prinsip inilah yang selama ini digunakan dalam menentukaan menteri besar di negeri Pakatan Rakyat lain seperti di Pulau Pinang, Kedah, dan Kelantan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saifuddin turut membandingkan isu Selangor dengan pergolakan jawatan Menteri Besar Kedah yang dipegang Tan Sri Azizan Abdul Razak sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu sehingga menyebabkan kejatuhan kerajaan PR itu ‎di tangan Barisan Nasional (BN).

"PKR mengambil pendirian menghormati sepenuhnya prinsip pencalonan jawatan menteri besar Kedah adalah daripada PAS walaupun ada pelbagai permintaan dari Pakatan Rakyat yang lain supaya PKR menyatakan pendirian sama ada menteri besar ditukar atau tidak," katanya. – 26 Julai, 2014. (TMI).

Hanya A.Hadi Jadi Halangan Tukar Khalid, Kata Sumber Pakatan



Walaupun ramai pihak yang ingin menyingkirkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, beliau masih selesa dalam kerusinya kerana hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Jun, 2014.

Walaupun sudah hampir setengah tahun sejak PKR memulakan pilihan raya kecil Kajang untuk mengeluarkan Tan Sri Khalid Ibrahim, namun Menteri Besar Selangor itu masih selesa di kerusinya hanya kerana satu perkara, iaitu hubungan baiknya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kata sumber Pakatan Rakyat (PR).

Walaupun PKR dan DAP terus menekan Khalid, sumber itu memberitahu The Malaysian Insider, Langkah Kajang itu tidak pergi ke mana-mana kerana Hadi sehingga kini masih tidak menyokong usaha untuk mengenepikan Khalid daripada kerusi tertinggi dalam negeri terkaya itu.

Mereka berkata, sejak berbulan PKR dan DAP membincangkan di kalangan mereka bagaimana mahu menggantikan Khalid dengan Presiden PKR yang juga Adun Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, namun tidak disokong Hadi.

Bahkan para pemimpin tertinggi PR bertemu Hadi untuk membincangkan usaha menukar Khalid, tetapi pemimpin PAS itu menolak usaha itu, kata sumber PKR.

"Kami memberi semua bukti: kami beritahu beliau tentang lebuhraya Kidex, tentang rampasan Bible, kami memberi amaran PR boleh kalah di Selangor jika Khalid kekal sebagai menteri besar, tetapi beliau enggan mendengarnya.

"Hadi sangat menyokong Khalid, dan dalam PAS segala kata Hadi dipatuhi," kata pemimpin kanan PKR itu.

Pemimpin PKR itu berkata, Hadi diikat oleh Khalid melalui menantunya, Zaharudin Muhammad, yang dilantik sebagai pengurus kepada unit hal ehwal Islam dalam Perangsang Selangor, anak syarikat pelaburan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB).

Khalid juga melantik Raja Idris Kamarudin, salah seorang yang rapat dengan Hadi, sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) KDEB, kata sumber itu.

"Sesiapa yang mengawal KDEB dan Kumpulan Perangsang, akan mengawal sumber kewangan di Selangor.

"Raja Idris juga adalah sepupu kepada Sultan, jadi dengan beliau bersamanya, Khalid mempunyai kedua-dua istana dan PAS."

Sumber juga menambah bahawa Khalid menggunakan Raja Idris untuk mendedahkan maklumat – termasuk gerakan untuk menjadikan Anwar sebagai menteri besar Selangor – kepada abang Raja Idris, iaitu blogger popular Raja Petra Kamarudin.

Menurut sumber itu, Raja Idris mempunyai hubungan yang rapat dengan Hadi sejak Hadi menjadi menteri besar Terengganu lagi apabila Raja Idris dilantik sebagai orang penting dalam Amanah Saham Gemilang (ASG) dan CEO kepada TDM Berhad, anak syaraikat kerajaan negeri Terengganu yang paling besar.

Sumber itu juga berkata, golongan ulama dalam PAS juga lebih condong kepada Khalid.

"Banyak bajet negeri juga diberikan kepada Exco dari PAS; RM8 atau 9 juta diberikan untuk latihan yang terletak di bawah Exco Pendidikan, dan PAS bebas menggunakan dana itu sebagaimana mereka mahu," kata sumber itu.

Walaupun kumpulan Erdogan dalam PAS tidak senang dengan Khalid, mereka terpaksa mengikut kehendak Hadi dan kumpulan ulama, kata sumber PKR itu. The Malaysian Insider juga difahamkan, semasa retreat DAP baru-baru ini, isu mengeluarkan Khalid menjadi topik hangat, di mana para pemimpin DAP berpendirian dia perlu ditukar segera.

"DAP bimbang kita mungkin kehilangan Selangor jika Khalid terus bersikap begini," kata pemimpin DAP kepada The Malaysian Insider, tanpa mahu namanya dinyatakan.

Katanya, sehingga kini, PAS menentang usaha ini tetapi mereka boleh mempertimbangkannya jika diberikan kerusi timbalan menteri besar sebagai jalan kompromi. Sementara itu, langkah terakhir yang boleh dibuat oleh PKR dan DAP Selangor yang mahukan Khalid ditukar – termasuk kumpulan Adun Erdogan dalam PAS – adalah dengan cara membuat undi tidak percaya, kata sumber DAP dan PKR itu.

Tetapi ia boleh memberikan kesan negatif kepada PR, kerana PAS boleh meninggalkan pakatan itu begitu sahaja, katanya. Sumber itu juga tidak menolak kemungkinan Khalid memohon agar DUN dibubarkan dan memanggil satu pilihan raya baru di negeri itu.

Tetapi tanpa keputusan bersama ketiga-tiga parti, Khalid akan terus kekal sebagai menteri besar dan terus membuat keputusan tidak popular dan tanpa sokongan daripada rakan-rakannya dalam PR, dan akan menyusahkan PR dan penguasaannya di Selangor. – 21 Jun, 2014. (TMI).


ABU:SELAMAT HARI RAYA.MAAF ZAHIR DAN BATIN. UMNO boleh bersiap sedia!Tak perlu susah-susah.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


widgeo.net

Search This Blog

Loading...

FB

There was an error in this gadget

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR