Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday 10 February 2012

Dua Bayi Maut, 2,236 Penduduk Dikhuatiri Dijangkiti ‘’Rotavirus’’

TAPAH — Dua bayi berusia dua dan 10 bulan maut manakala 2,236 penduduk di daerah Hilir Perak dan Batang Padang dipercayai dijangkiti sejenis virus dikenali ”Rotavirus” yang menyebabkan kes ”Acute Gastroenteritis” (AGE).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri Datuk Dr Mah Hang Soon berkata dalam kes kematian itu, seorang dibawa ke hospital dalam keadaan tenat manakala seorang lagi telah meninggal dunia.

"Siasatan mendapati ada taburan kes AGE dikesan di beberapa kawasan daerah Batang Padang iaitu di Tapah dan Bidor, manakala di Hilir Perak pula kes ini dikesan di Hutan Melintang, Teluk Intan, Chenderong 
Balai dan Langkap,” katanya kepada pemberita di Klinik Kesihatan Tapah di sini semalam.

Beliau berkata kebanyakan kes AGE yang dikesan menunjukkan gejala cirit-birit serta muntah dan kebanyakan pesakit pula hanya mendapat rawatan pesakit luar.

Sejak 27 Jan lepas sehingga hari ini, sebanyak 2,236 kes AGE dengan gejala cirit-birit dan muntah dikesan di dua daerah terbabit iaitu 1,397 kes di Hilir Perak manakala 839 kes dikesan di Batang Padang, katanya.

Daripada jumlah itu, hanya 45 peratus yang menular di kalangan pesakit berusia 12 tahun ke bawah di Batang Padang manakala 56 peratus di Hilir Perak.

Jumlah kes serangan virus, yang dipercayai berpunca daripada penyakit bawaan air dan makanan, bagaimanapun menurun sejak seminggu lepas di kedua-dua hospital daerah itu, katanya.

Katanya kajian terperinci sedang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri Perak dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca merebaknya wabak berkenaan.

"Pihak berkenaan telah menjalankan ujian makmal ke atas pesakit yang terbabit. Sebanyak 39 sampel najis pesakit telah diuji kehadiran virus manakala 45 sampel lagi diuji untuk mengetahui bakteria. Hasilnya hampir semua sampel yang diuji tidak mengandungi bakteria namun 18 daripada 39 sampel yang diuji di dapati mengandungi virus jenis Rotavirus,” katanya.

Beliau meminta penduduk di kedua-dua daerah mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak merebaknya virus berkenaan ke tahap yang lebih serius kerana pencegahan awal sangat penting.

Dr Mah berkata Jabatan Kesihatan negeri telah mengambil tindakan efektif dengan mempertingkatkan pengesanan dan laporan kes melalui klinik dan hospital, membuat pengesanan aktif kes di komuniti, memberi rawatan awal terhadap kes yang dikesan serta merujuk ke hospital jika perlu.

Pendidikan kesihatan di kawasan terbabit melalui risalah dan poster berhubung gejala AGE serta rawatan dan langkah pencegahan, pemantauan kualiti air bersama-sama Lembaga Air Perak (LAP) di samping pemantauan terhadap premis makanan di sekitar lokasi wabak turut dilakukan, katanya.

"Antara langkah paling berkesan bagi mengelak wabak ini adalah dengan memasak air sebelum diminum, mengamalkan membasuh tangan menggunakan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan, sebelum menyediakan atau menyentuh makanan, serta selepas ke tandas,” katanya.

Selain itu, langkah mengurangkan pemakanan mentah seperti ulam-ulaman atau tidak dimasak, memasak makanan dengan sempurna, membersihkan peralatan makanan dan minuman bayi dengan cara merebus terlebih dahulu sebelum digunakan serta memilih premis makanan yang bersih, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mengalami mengalami demam, cirit-birit, muntah, loya, sakit perut, sakit kepala serta hilang selera makan agar segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital berhampiran tempat tinggal mereka.
— BERNAMA

 
ABU:Kembalilah kepada Islam sepenuhnya.Wahab bin Munabbih berkata, “Allah menurunkan cobaan supaya hamba memanjatkan do’a dengan sebab bala’ itu.” Dalam surat Fushilat ayat 51 Allah berfirman, artinya, “Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdo’a.”

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR