Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 19 February 2012

Wasiat (pesanan) Imam as-Shafie

Sebelum wafat, Imam Shafie sempat berpesan kepada muridnya serta umat Islam umumnya.Berikut adalah kandungan wasiat tersebut:

"Sesiapa yang ingin meninggalkan dunia ini dalam keadaan selamat,maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara.Perkara-perkara tersebut ialah:

1.Hak Kepada Diri:
Mengurangkan tidur,mengurangkan makan,percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2.Hak Kepada Malaikat Maut:
Mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal,mendapatkan kemaafan daripada orang-orang yang    dizalimi,membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

3.Hak Kepada Kubur:
Membuang tabiat suka menabur fitnah,tabiat kencing merata-rata,memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4.Hak Kepada Munkar dan Nakir:
Tidak berdusta,berkata benar,meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

5.Hak Kepada Mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat):
Menahan kemarahan, banyak berzikir,mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

6.Hak Kepada Sirat(titian yang merintangi neraka pada hari kiamat):
Membuang tabiat suka mengumpat,warak,suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.

7.Hak Kepada Malik(malaikat penjaga neraka):
Menangis lantaran takutkan Allah s.w.t,berbuat baik kepada ibu bapa,bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

8.Hak Kepada Ridhuan(malaikat penjaga syurga):
Merasa redha kepada qadha' Allah,bersabar menerima bala,bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat ketika menyedari melakukan maksiat.

9.Hak Kepada Nabi Muhammad SAW:
Bersalawat ke atasnya,berpegang dengan syariat,bergantung kepada al-sunnah (hadith),menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah.

10.Hak Kepada Allah S.W.T:
Mengajak manusia ke arah kebaikan,mencegah dari kemungkaran,menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Dipetik daripada:Kisah Pengembaraan Imam Syafie karya Muhamad Zaini Yahya.

RIWAYAT HIDUP IMAM AS-SYAFIE RAHIMAHULLAHUANHU

Nama lengkapnya, Abu Abdullah bin Idris As-Syafie Al-Mutthalibi Al-Quraisyi. Lahir di Gazza, Palestin pada tahun 150 H, tempat wafat Hasyim nenekanda Rasulullah SAW. Ketika masih kanak-kanak, ayahnya meninggal dunia. Ia diasuh oleh ibunya. Kehidupannya sangat susah. Ketika berumur dua tahun,Imam As-syafie dibawa ke Makkah dan belajar di sana. Beliau seorang yang rajin belajar dan sangat cerdas.

Semua ilmu yang diperolehnya dicatatnya pada tulang-tulang hingga penuh satu ruangan. Ketika berumur 7 tahun beliau telah hafal Al-Quran, ketika usianya 10 tahun,beliau sudah menghafal kitab Hadith "Al-Muwathta" karangan Imam Malik, manakala ketika berumur 15 tahun beliau telah diizinkan untuk memberi fatwa.

Di antara gurunya di Makkah ialah Soufyan bin Uyainah dan mufti Muslim bin Khalid Az-Zanji. Ketika bermur 20 tahun pindah ke Madinah untuk memperdalamkan ilmunya dengan berguru kepada Imam Malik. Kemudian berangkat ke Iraq, menemui sahabat-sahabat Abu Hanifah dan mengambil ilmu dari mereka pula.

Beliau juga menjelajah ke Parsi, Iraq bahagian Utara dan berbagai negara lain. Setelah dua tahun mengembara, beliau berhijrah ke Madinah dan tinggal selama dua tahun. Melalui perjalanan itu, ilmu pengetahuan dan pengalamannya bertambah terutama mengenai masalah kehidupan dan tabiat manusia.

Pada tahun 195 H, beliau berpindah ke Baghdad, mengajar dan mengarang beberapa kitab. Selama dua tahun di situ, ramai yang berpindah mazhab kepadanya. Pendapatnya selama di Baghdad dinamakan dengan "Qaul Qadim" (pendapat lama). Kemudian berpindah ke Makkah dan tinggal di sana selama dua tahun.

Pada tahun 198 H, Imam as-syafie kembali menetap di Baghdad, kemudian ke Mesir dan memperdalam ilmunya di perguruan tinggi Al-Azhar, Kaherah. Pendapat dan fatwanya selama di Mesir dinamakan "Qaul Jadid" (pendapat baru).

Syafie adalah seorang imam mutjahid yang sangat popular dan diikuti ramai alim ulama, wali yang soleh, seorang suku Qiraisy yang amat tinggi ilmu pengetahuannya, terutama mengenai hadith.

Beliaulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dengan sabdanya, "Dialah orang alim dari suku Quraisy yang ilmunya memenuhi seluruh tingkatan bumi".

Beliau pernah bermimpi melihat Nabi SAW dan beliau memberinya sebuah neraca. Peristiwa itu ditafsirkan orang bahawa mazhabnya adalah paling adil di antara semua mazhab, dan lebih sesuai dengan sunnah.

Imam Ahmad menyatakan bahawa as-Syafie membahagi malam itu kepada tiga bahagian iaitu sepertiga untuk solat (ibadah), sepertiga untuk ilmu dan sepertiga lagi untuk tidur. Sehari semalam beliau membaca Al-Quran dan sekali khatam manakala pada bulan Ramadan beliau akan khatam sebanyak dua kali khatam. Kesemua bacaan al-quran itu dibacanya di dalam solat.

Syafie pernah berkata "Aku tidak pernah makan kenyang sejak berumur 16 tahun, kerana banyak makan itu akan memberatkan badan, mengeraskan hati, mengurangi kecerdasan, menumpulkan otak, membawa kepada tidur dan melemahkan kemahuan untuk beribadah. Aku tidak pernah bersumpah seumur hidup, baik untuk kebenaran mahupun tidak".

Beliau wafat pada waktu Asar, hari Jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebumikan di Qarafah. Beberapa tahun selepas dikebumikan, terdapat cubaan untuk memindahkan jenazahnya ke Baghdad namun ketika kuburnya dibongkar, terciumlah bau yg harum dari dalamnya,maka pemindahan jenazahnya itu dibatalkan.

Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Imam as-Syafie.

Riwayat Hidup Imam as-syafie dimuat turun untuk diedit semula daripada: http://fiqhulmanhaji.fotopages.com/

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR