Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday 6 February 2012

Hampir 60 Tahun Tidur Sebantal Tapi Masih Kabur Budaya Malaysia

Ku Nan Minta Maaf Kain Rentang Thaipusam Salah
Anggota Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memohon maaf kepada kaum India, atas kesalahan terjemahan dan ejaan bahasa Tamil pada kain rentang "Selamat Menyambut Thaipusam" yang digantung di beberapa lokasi di Putrajaya.

Beliau yang kesal dengan perkara itu, berkata pihaknya menggantung kain rentang tersebut dengan niat baik iaitu sebagai menghormati penganut agama Hindu yang menyambut perayaan Thaipusam.

 
"Niat saya adalah baik mahukan tulisan Tamil turut serta pada kain rentang itu. Jadi kita minta pekerja BN dan anggota MIC untuk membantu menterjemahkan dan menulis dalam bahasa Tamil.

"Nampaknya mereka tidak mahir dalam bahasa Tamil. Saya minta maaf atas perkara tersebut," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Aman Kampus Kembara Mahasiwa Bersama Masyarakat di Putrajaya.

Tengku Adnan yang juga setiausaha agung BN berjanji akan memastikan kesilapan serupa tidak berulang dan akan mengambil pakar bahasa untuk melakukan terjemahan pada masa akan datang.

Beliau turut mengakui kain rentang itu disiapkan dalam keadaan tergesa-gesa.

Kain rentang itu ditarik balik sehari selepas digantung apabila mendapat reaksi negatif daripada masyarakat keturunan India di Putrajaya.

- Bernama
  
'Sampul PERKASA putih, BN pun putih'

Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris berkata pihaknya ingin bertanya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apa pula maksudnya bila BN memberi angpau dalam sampul warna putih di Seri Setia.
"Masa isu PERKASA (beri angpau dalam sampul putih), PM kata 'semua orang tahu angpau ialah sampul merah'," kata Irwan Fahmi (kanan) dalam satu kenyataan.

"Sekarang angpau BN kenapa warna putih?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Dalam budaya Cina, putih biasanya dikhususnya untuk tujuan berkabung.

Kelmarin, Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hasan Syed Ali mempertahankan perkara itu, dengan menyatakan bukan ia sahaja berbuat demikian, tetapi merujuk kepada gambar dalam sebuah akhbar harian yang menunjukkan hadirin menerima sampul putih di majlis Tahun Baru Cina anjuran BN.

Sampul tertera logo Umno-BN
 
Bagaimanapun, Ketua MCA Bahagian Kelana Jaya Ong Chong Swen menjelaskan bahawa sampul putih yang digunakan oleh Abdul Halim sebenarnya adalah sampul khas yang bercetak dengan logo BN dan Umno.
 
Sampul berkenaan digunakan oleh mereka sepanjang tahun.
 
Irwan, bagaimanapun tidak berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

'Saya juga hairan mengapa pengerusi MCA Kelana Jaya boleh kata isu PERKASA lain, tak boleh samakan angpau yang BN beri.

"Saya hairan mengapa beliau kata lain? Sampul PERKASA putih sampul BN pun putih. Apa yang lain?

"Oh jika warna putih dari BN, bukan maksud untuk kematian? Dari awal PERKASA kata semuanya 'double standard' terhadap PERKASA," tegas Irwan Fahmi.
-Malaysiakini
 
ABU: Tidak tahu dan tidak reti, jangan buat..takut-takut menjejaskan aspirasi pemimpin.Lebih-lebih lagi perkara-perkara yang bersangkutan dengan pegangan akidah muslim.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR