Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday 20 February 2012

Cadangan Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah Molek Tapi Cakap Biarlah Serupa Bikin

KUALA LUMPUR 19 Feb. – UMNO diminta menggantikan peranan memperjuangkan Islam yang ditinggalkan Pas agar parti Melayu tersebut memperoleh sokongan padu daripada umat Islam terutama menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah berkata, berdasarkan kajian akademik beliau selama ini, UMNO dilihat mempunyai beberapa kelebihan dari segi politik sekiranya parti pemerintah itu menggunakan pendekatan sedemikian.

Katanya, memandangkan Pas kini telah kehilangan identiti dan perjuangan asal mereka demi kuasa politik, maka UMNO sekarang menjadi tonggak kepercayaan golongan ulama dan cendekiawan Islam sebagai benteng akidah paling hadapan umat agama tersebut.

“Apa yang saya nampak, sekiranya strategi ini digunakan, sokongan terhadap UMNO akan bertambah kerana orang Melayu dan Islam ini tidak boleh dipisahkan.

“Dahulu UMNO dituduh parti bukan Islam, sekular dan sebagainya, namun kini mereka perlu mengambil ruang itu. Saya yakin UMNO dapat mengetuk pintu hati masyarakat apatah lagi ketika ini Pas telah berkawan dengan pihak yang ternyata menentang Islam.

“Pas bertukar ke arah liberal disebabkan strategi berpolitik baru mereka yang bermatlamatkan kuasa. Ini yang berlaku kini, berbeza dengan pendirian parti itu dahulu, yakni begitu fanatik. Kenapa ia berlaku? Kerana mereka nampak ruang dan peluang itu untuk mendapat sokongan daripada skop yang lebih besar,” katanya.-Sumber:Utusan Malaysia.

ABU: Molek benar cadangan Dr. Ridhuan Tee itu namun perkara yang paling ringan yang sering berlaku dan dilakukan oleh juak-juak UMNO ini harus diambil kira sebelum mengambil tugas seperti yang dinyatakan.Itu belum soal dasar dan perlembagaan yang melibatkan hukum yang lebih besar seperti hudud dan lainnya yang sering didolak-dalikkan oleh UMNO Barisan Nasional.Apakah UMNO benar-benar dikatogerikan sudah bersedia dan mampu digelar parti yang boleh menggantikan peranan PAS?Atau sebagai helah politik yang disensasikan?Mengapa dahulu pas dikatakan berjuang dilandasan yang benar dan sekarang tidak? Jika benar mengapa dulu, pemimpin-pemimpin dan cerdik pandai yang lantang mengkritik itu tidak menyertai atau menyokong PAS.Cakap biarlah serupa bikin. 
Ikhtilat
Ikhtilat merupakan satu masalah yang sering ditimbulkan tanpa ada penghujungnya, secara umumnya ia di ta’rifkan sebagai percampuran antara lelaki dan wanita walaupun mereka adalah bersaudara.Dalam menjelaskan ikhtilat ulamak menjelaskan bahawa ianya dijelmakan dalam bentuk hubungan bebas antara lelaki dan perempuan ajnabi. Ianya boleh berlaku samada di tempat sunyi atau terbuka yang mana kesannya boleh membuka ruang untuk benih-benih penzinaan bercambah di dalam masyarakat.

Namun pada hari ini ikhtilat tidak dirasakan sebagai punca yang boleh mencacatkan seorang agamawan, ia seolah-oleh sudahpun menjadi satu perkara yang biasa dalam kehidupan seharian, tidak dinafikan hidup berpasang-pasangan merupakan satu fitrah kehidupan yang telah dianugerahkan oleh Allah Taala kepada seluruh alam ini, bukan sahaja kepada manusia bahkan haiwan juga dijadikan secara berpasang-pasangan. Namun begitu ianya dipagari syariat untuk membezakan antara manusia dan haiwan.

Di dalam permasalahan ini bukanlah bermaksud lelaki dan wanita itu tidak boleh bercampur antara satu sama lain bahkan ianya hendaklah berlandaskan syariat kerana muamalah di antara kedua-duanya merupakan tuntutan kehidupan.

Suasana dan biah kita di sini juga nampaknya tidak dapat lari daripada ikhtilat di antara ikhwah dan akhawat terutamanya bagi mereka yang bergiat aktif dalam persatuan. Bagaimanakah cara penyelesaian terbaik untuk mengatasinya? Adakah kita perlu menghalang percampuran tersebut seterusnya membubarkan persatuan yang ada kerana ia adalah punca kepada ikhtilat atau bagaimana?Tidak dinafikan, tugas dalam persatuan menuntut kita untuk berhubung antara satu sama lain, namun begitu batasan syarak wajib dijaga dengan sempurna agar tidak tertewas dengan pujukan syaitan dan runtunan hawa nafsu.

Islam melalui sunnah Rasulullah S.A.W telah menetapkan adab-adab yang baik yang perlu diamalkan oleh lelaki dan wanita ketika berlakunya percampuran antara mereka, antaranya wanita mestilah mempunyai mahram ketika bercakap dengan lelaki ajnabi dan mereka juga hendaklah menjaga batasan aurat sebagaimana firman Allah Taala Yang bermaksud : “Dan janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu”.

Wanita juga seharusnya menjaga aurat mereka dengan berhijab iaitu melabuhkan pakaian sehingga melepasi paras dada, tidak berwangi-wangian dan tidak menghiasi pakaian mereka dengan warna-warna yang menarik perhatian lelaki.Firmah Allah Taala:Yang bermaksud: “Wahai nabi, suruhlah isteri-ister mu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan perempuan yang beriman supaya mebelabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuh mereka, cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal, maka dengan itu mereka tidak di ganggu. Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi maha mengasihani”.

Penjagaan dan akhlak-akhlak Islam tidak semestinya diamalkan dan dijaga oleh wanita sahaja bahkan kedua-dua belah pihak seharusnya memainkan peranan untuk merealisasikan biah solehah yang menjadi tuntutan syariat Islam, adalah tidak adil sekiranya bebanan ini diletakkan pada sebelah pihak sahaja. Ini kerana tidak mungkin berlakunya ikhtilat sekiranya hanya sebelah pihak sahaja yang terlibat.

Tambahan pula, keadaan sekarang yang membolehkan ikhtilat berlaku di mana-mana sahaja, tidak cukup di cyber-cyber café dengan berchating sehingga ke dalam rumah, juga perbualan melalui handset dan sms. Perkara sebegini seharusnya diambil berat oleh kita selaku pelajar agama lebih-lebih lagi pelajar Al-Azhar.

Jalan penyelesaian telah jelas di hadapan mata, kerana kita semua adalah orang berakal, jangan mencari helah dan alasan untuk meninggalkan arahan syariat yang telah nyata. Teruskanlah beramal dengan tuntutan tersebut dan juga iringi amalan dengan landasan sebenar dan mengikut biah yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W dan syariat Islam.

Wahai sahabat-sahabat, insafilah diri, tepuk dada tanya iman, bukannya tepuk dada tanya selera kerana selera sememangnya sinonim dengan hawa nafsu. Justeru itu, bersamalah kita mengorak langkah mencari kebenaran berlandaskan syariat dan menghidupkan semula tuntutan sunnah bukannya beriringan menuju tuntutan kemodenan dunia yang jauh melencong dari jalan yang benar.-Dipetik dari:Risalah Bai'ah Solehah PMRAM.Org.

Cerminlah sebahagian watak-watak yang dikatakan layak menggantikan peranan PAS.


 






Memainkan peranan?Patutkah UMNO dan konco-konconya menghina pemimpin dan orang bukan Islam hingga ke tahap ini?



Apakah UMNO tidak bersekongkol dengan pihak yang lebih terang menentang Islam?Atau HUDUD itu bukan dari pegangan Islam?



Apakah PAS pernah mengajar pemimpin dan penyokongnya berkelakuan begini?Layakkah menggantikan peranan PAS?




No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR