Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday 13 February 2012

'PAS' Parti Ajaran Sesat dan Perlu Ditarbiahkan

Nik Aziz Perlu Ditarbiah - Tuan Guru Dr. Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR 7 Feb. - Ulama Pas perlu mentarbiah Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya kembali ke pangkal jalan dan berhenti daripada bersikap hipokrit semata-mata untuk menjaga kepentingan politiknya bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keengganan Nik Abdul Aziz menyatakan pendirian berhubung sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan sebuah negara Israel baru-baru ini membuktikan beliau seorang pemimpin yang tidak berpendirian.

"Dia sepatutnya berkata sesuatu yang lebih tegas bukannya berdiam diri atau sekadar meminta penjelasan Anwar yang sebenarnya hanya satu helah.

"Nik Abdul Aziz sudah banyak menyeleweng, maka perlu ulama dalam Pas sendiri membawa beliau kembali ke pangkal jalan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohd. Puad mengulas sikap 'pak turut' Mursyidul Am Pas itu yang dilihat mempertahankan kenyataan Anwar menyokong usaha melindungi keselamatan negara Israel di dalam wawancara dengan The Wall Street Journal (WSJ) akhir bulan lalu.

Menurutnya, sebagai pemimpin parti yang memperjuangkan Islam, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya berdolak-dalih berhubung isu yang telah mengguris hati umat Islam dan imej negara yang konsisten menentang kezaliman Zionis.

"Dia buat andaian kononnya media memutar belit kenyataan Anwar tetapi Anwar sendiri tidak menafikan kenyataan yang beliau buat dalam WSJ.

"Tak perlu buat kenyataan berhelah, boleh bidas terus Anwar kalau itu yang dinyatakan," katanya.

Timbalan Menteri Pelajaran itu percaya tindak-tanduk Nik Abdul Aziz dan penyokong PKR yang mempertahankan kenyataan Anwar mempunyai kaitan dengan harapan pembangkang meraih bantuan daripada Amerika Syarikat (AS) dan Yahudi untuk memenangi pilihan raya.

"Mereka tidak yakin boleh tawan Putrajaya melalui proses pilihan raya dan demokrasi tanpa campur tangan kuasa asing.

"Ulama politik itu atau Nik Abdul Aziz telah berjaya memukau semua ahli Pas supaya hanya tumpu kepada matlamat politik dan usaha menawan Putrajaya. Mereka sanggup membelakangi nasib dan maruah rakyat Palestin," katanya.

Sehubungan itu, Mohd. Puad menyeru rakyat supaya menolak dan mengecam Nik Abdul Aziz serta penyokong Anwar yang menjadi punca Ketua Pembangkang itu semakin berani bersikap pro-Israel.

"Imej Malaysia yang selama ini konsisten menentang kezaliman Zionis akan bertukar menjadi sebuah negara pro-Israel jika pembangkang menang pilihan raya,'' tambahnya.

http://www.utusan.com.my/

'PAS' Parti Ajaran Sesat - Tuan Guru Hj. Ahmad Said,Menteri Besar Terengganu
Menyusul selepas itu Tuan Guru Dato' Sri Hj. Ahmad Said,Menteri Besar Terengganu pula melontar ungkapan yang sama ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal pada hari Rabu lepas (8 Februari 2012).

Dilaporkan beliau berkata, perjuangan Pas kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam sebenar gara-gara bekerjasama dengan parti DAP dan menyifatkan Pas sebagai “parti ajaran sesat”.

Sebelum ini Dato’ Seri Ahmad Said pernah berkata  PAS "Parti Ajaran Sesat" ketika kempen pilihan raya di Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) Tenang pada 23 Januari 2011.

Dua hari sebelum itu pada 21 Januari 2011 Ahmad Said juga mengatakan PAS Parti Ajaran Sesat pada Majlis Mesra Veteran UMNO Bahagian Besut Bersama Pemimpin 2011, di Dewan Majlis Daerah Besut.

Tuan Guru MT UMNO Tn. Hj. Shafie Apdal juga pernah melabelkan pas, parti ajaran sesat


'PAS parti ajaran sesat',  Shafie Apdal Biadap

Abdul Rahim Sabri
1:03PM Jul 6, 2010

PAS menganggap ucapan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menuduh parti itu sebagai parti ajaran sesat adalah satu kenyataan yang biadab.

pas muktamar 130610 idris ahmad"PAS berpandangan bahawa kenyataan biadab ini untuk memburukkan perjuangan PAS di kalangan orang  Islam khususnya dan orang bukan Islam yang sudah semakin dekat dengan perjuangan PAS.

"Beliau cuba menakutkan orang ramai supaya jangan sokong PAS ketika Umno mengalami masalah dalaman mereka dan kekurangan minyak pelincir untuk menggerakkan  parti mereka, terutama lubuk emas Umno di Selangor dan Pulau Pinang yang kini berada di bawah Pakatan Rakyat," kata ketua penerangan PAS Idris Ahmad dalam satu kenyataan.

Idris mengulas ucapan perasmian Mohd Shafie pada mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kulaijaya Sabtu lalu, yang menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat kerana memperjuangkan kemenangan kerusi DUN dan Parlimen berbanding kepentingan rakyat.

Idris juga mempertikaikan kenyataan naib presiden Umno itu yang didakwanya "emosi dan mentah dalam hal ehwal agama" tetapi sanggup menuduh PAS sebagai sebuah parti ajaran sesat sedangkan mereka selama ini didokong oleh tuan guru dan alim ulama.

"Satu ketika dahulu PAS pernah dituduh lebih berbahaya daripada komunis, walaupun dalam sejarah perjuangan PAS tidak ada mereka yang menganut fahman komunis yang memimpin PAS, sebaliknya pemimpin Umno yang ditangkap kerana menjadi ejen komunis dan tahan di bawah ISA," katanya.

shafie apdal and mps no defection pc 280808 04Sehubungan itu, beliau mencabar Mohd Shafie yang juga ahli parlimen Semporna untuk membuktikan dakwaan bahawa PAS adalah parti ajaran sesat.

"Apakah beliau sudah kehilangan arah dan celaru dalam pemikiran politik sehingga mengeluarkan kenyataan demikian rupa.

"Di dalam perlembagaan PAS, Fasal 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Fasal 7 (1) (menyebut bahawa) adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS ialah Kitabullah dan Sunnah Rasul serta Ijma’ Ulamak dan Qias yang terang dan nyata.

"Umno pula apa dasarnya dan apa pula rujukannya?," soalnya.

Idris juga turut menasihatkan Mohd Shafie supaya melihat dahulu beberapa kenyataan pemimpin Umno yang didakwa menghina hukum Allah dan janggut Nabi Muhammad SAW, sebelum hendak menuduh PAS sebagai parti ajaran sesat.

"PAS memberi amaran, sekiranya beliau tidak menarik balik , kita akan mengarahkan supaya laporan polis dibuat di seluruh negara dan bacaan Yasin dan solat Hajat diilakukan oleh satu juta ahli PAS di seluruh negara," katanya.

ABU:Sejauhmanapun kesesatan 'PAS' saya kira masih ada ruang untuk mereka membela diri dan mempertahankan hujah dan pegangan mereka jika dibandingkan dengan kenyataan dan perlakuan pemimpin dan tokoh-tokoh berikut.


Renungilah petikan ayat-ayat berikut.

Indeed, We sent down the Torah, in which was guidance and light. The prophets who submitted [to Allah ] judged by it for the Jews, as did the rabbis and scholars by that with which they were entrusted of the Scripture of Allah , and they were witnesses thereto. So do not fear the people but fear Me, and do not exchange My verses for a small price. And whoever does not judge by what Allah has revealed - then it is those who are the disbelievers.-(Sura al-Ma’idah : 44)

And We ordained for them therein a life for a life, an eye for an eye, a nose for a nose, an ear for an ear, a tooth for a tooth, and for wounds is legal retribution. But whoever gives [up his right as] charity, it is an expiation for him. And whoever does not judge by what Allah has revealed - then it is those who are the wrongdoers.(Sura al-Ma’idah:45)
And We sent, following in their footsteps, Jesus, the son of Mary, confirming that which came before him in the Torah; and We gave him the Gospel, in which was guidance and light and confirming that which preceded it of the Torah as guidance and instruction for the righteous.(Sura al-Ma’idah:46)
And let the People of the Gospel judge by what Allah has revealed therein. And whoever does not judge by what Allah has revealed - then it is those who are the defiantly disobedient.(Sura al-Ma’idah:47)

And We have revealed to you, [O Muhammad], the Book in truth, confirming that which preceded it of the Scripture and as a criterion over it. So judge between them by what Allah has revealed and do not follow their inclinations away from what has come to you of the truth. To each of you We prescribed a law and a method. Had Allah willed, He would have made you one nation [united in religion], but [He intended] to test you in what He has given you; so race to [all that is] good. To Allah is your return all together, and He will [then] inform you concerning that over which you used to differ.-(Sura al-Ma’idah:47)

PAS Dilabelkan Sesat Sejak Dulu


Begitu juga dengan tragedi Memali yang berlaku pada November 1985, pelbagai lapisan pendokong dan penyokong UMNO terdiri daripada ulamaknya, media dan pimpinannya melabelkan gelaran yang amat hodoh kepada Ustaz Ibrahim Libya dan anak muridnya yang terbunuh tatkala mempertahankan diri daripada ditahan oleh pihak berkuasa. Ada pula yang mengatakan Ustaz Ibrahim menggunakan tangkal ilmu kebal, penyebar ajaran sesat, komunis. Dan serentak dengan itu Mufti Kedah menghukum Ustaz Ibrahim Libya sebagai penderhaka.Yang menjadi manisnya,tiba-tiba Al-Sultan Kedah mencemar duli menziarahi pusara Ustaz Ibrahim dan anak muridnya di Kg Parit Panjang.Sebenarnya sejak dari awal lagi DYMM Tuanku Sultan Kedah telah memberi isyarat bahawa 14 rakyatnya yang terkorban itu bukanlah penjenayah apabila baginda sendiri mencemar duli menziarahi makam mereka di Parit Panjang dan menjiruskan air mawar di kuburan mereka. Mustahil sekali seorang Sultan sudi mencemar duli untuk menziarah dan menjiruskan air mawar di kubur seorang Ketua Penjenayah.Namun catatan ini masih kekal terpahat dalam sejarah negara apabila ungkapan ini masih kekal tanpa dipadam.

"Pada 19 November 1985 satu pertempuran telah tercetus dalam misi khas menangkap ketua penjenayah iaitu Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.". 

Sayangnya, saya kehilangan gambar ketika Baginda Sultan Kedah mencemar duli menyiram pusara ustaz Ibrahim Libya itu.

SESAT SUNGGUHKAH PAS?




Sejak dahulu,PAS tidak mahu perkara-perkara seperti ini berlaku, salah satu sebab penubuhan PAS, menentang amalan jahiliah dan warisan penjajah agar tidak berakar umbi di kalangan pemimpin  dan orang Melayu beragama Islam.Judi dan Arak musuh utama.

ABU:Maaf, tidak berniat untuk menyinggung mana-mana pihak sama ada yang hidup atau yang telah mati.Sekadar membuat perbandingan kepada PAS yang dikatakan SESAT.
Gambar dimuat turun daripada http://www.perisik-rakyat.com/

Lagi Kesesatan PAS?

Apabila pemimpinnya suka di dewa-dewakan sehingga melangkaui batas adat dan pegangan agama. SESATKAH PAS?

Apabila gemar menghidupkan semula budaya khurafat yang telah dipupuskan oleh para alim ulamak.Jika dibiarkan, tidak mustahil acara mandi safar juga bakal kembali menunjang di kalangan masyarakat Melayu Islam. SESATKAH PAS?
 
Budaya berhibur yang keterlaluan, tanpa usul periksa terus mahu dibudayakan.Perhatikanlah majlis-majlis keraian PAS dan UMNO.SESATKAH PAS?
Atas apa hujahkah lagi, budaya bersentuhan sebeginipun masih dipertahankan walaupun telah nyata mereka bukan ada pertalian yang menghalalkan persentuhan.Hampir 60 tahun merdekapun masih tidak dapat melaksanakan tuntutan yang mudah itu.SESATKAH PAS?
Begitu juga amalan menutup aurat,berat sangatkah untuk dilaksanakan?SESATKAH PAS?
SESATKAH PAS?????Bukan untuk mengata siapa-siapa tetapi sebagai ruangan untuk sama-sama bermuhasabah.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR