Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday 12 June 2012

20 Akaun Anwar Telah Disiasat

20 akaun: Anwar sedia disiasat lagi
Wartawan Sinar Harian
12 Jun 2012
 
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia disiasat berhubung dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid ekoran pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Katanya, beliau bersedia disiasat secara terbuka walaupun pada tahun 1999 kes berkenaan telah disiasat Badan Pencegahan Rasuah (BPR) dan membebaskannya.

"Kes ini telah disiasat dan ditutup, tetapi saya tiada masalah untuk diadakan siasatan terbuka mengenainya.

"Apa yang saya lihat ia sengaja diulang," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen, semalam.

Sebelum ini, Abdul Murad telah mengedarkan akuan berkanun itu pada Oktober 1999 yang antara lain mendedahkan pemilikan kira-kira 20 akaun induk Anwar bernilai lebih RM3 bilion.

Bagaimanapun menurut Anwar, pengulangan pendedahan ini merupakan sebahagian daripada helah kerajaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebelum ini, Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris pernah membuat akuan bersumpah bagi membuktikan bahawa siasatan telah dijalankan dan ditutup kerana tiada kes.

Anwar berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang berhubung dengan penyiaran laporan tersebut.

Pendedahan itu juga menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Jun lalu yang meminta Anwar tampil memberikan penjelasan berhubung perkara sama.

Katanya, sekiranya pemimpin pembangkang itu merasakan dakwaan berkenaan tidak betul, beliau perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkan perkara itu.

Pada hari sama, beliau (Anwar) menyambut cabaran Muhyiddin dan bersedia menyerahkan segala dokumen pemilikan hartanya dengan syarat Timbalan Perdana Menteri itu terlebih dahulu mengisytiharkannya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak akan menjalankan siasatan sebarang kes yang telah diarahkan tutup oleh Timbalan Pendakwa Raya melainkan terdapat bukti dan petunjuk baru.

Bagaimanapun, Pengarah Siasatannya, Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya akan memberikan maklumbalas kepada Panel Penilaian Operasi berhubung cadangan dan pandangan SPRM berhubung kes ini.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR