Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 17 June 2012

Sekitar Himpunan Hijau PAS Perak

Bekas Ketua Jemaah Nazir KPM sertai PAS

Muhammad Faeez, 17 Jun 2012
 (Gambar: Zabidi (dua dari kiri) dan Nazri (dua dari kanan) diraikan selepas menyerah 
borang menyertai PAS kepada Tuan Guru Nik Aziz)


BAGAN SERAI: Belum reda isu kemasukan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof menyertai PAS, kini seorang lagi bekas pegawai kanan kerajaan mengikut jejak langkah sama.

Terbaru, bekas Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Ahmad Zabidi Shamsuddin malam tadi menyerahkan borang menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Nik Aziz Nik Mat ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Negeri Perak,semalam.

Beliau berkhidmat di dalam kerajaan selama 33 tahun dan di Kementerian Pelajaran hampir 10 tahun.

Ahmad Zabidi juga pernah menjadi Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dan bertugas sebagai pengetua di beberapa buah sekolah.

Dalam ucapannya sulungnya berkata, disepanjang beliau berkhidmat di kementerian pelajaran, pelbagai kezaliman dan penindasan berlaku.
Katanya, kuasa politik pemerintah telah menguasai pentadbiran kerajaan.

“Orang yang  tidak menyokong BN akan dikenakan tindakan dan mereka ditukarkan jauh dari tempat asal,” katanya di hadapan 30ribu hadirin.

Ujar Ahmad Zabidi, tindakan itu semata mata guru-guru tersebut tidak sehaluan dengan kerajaan dan bukannya atas kesalahan yang berat.

“Yang tukar itu bukanlah Pengarah Pelajaran tetapi tindakan tersebut atas desakan oleh pemimpin Umno dan BN ,” jelasnya.

Beliau menjelaskan, tindakan seperti ini masih berterusan dan lebih giat dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran atas arahan oleh Umno dan BN.

Tambahnya, antara faktor lain mendorongnya menyertai PAS ialah dasar yang diperjuangkan oleh Umno ketika ini berkisarkan sistem sekular ciptaan manusia.

Turut menyerahkan borang keahlian PAS ialah AJK Umno Bahagian Gopeng Tuan Haji Nazri Nordin yang  bergelumang lebih 30 tahun dalam parti itu kini hilang keyakinan  dan melihat perjuangan PAS adalah benar serta mewarisi perjuangan Rasulullah.- Hrkh.

HIMPUNAN HIJAU PERAK, Bekas Ketua Jamaah Nazir, Tokoh Guru Negeri Perak 2011 isytihar secara rasmi sertai PAS

Tuan Haji Ahamad Zabidi bin Shansuddin mantan Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia yang pernah menerima anugerah Tokoh Guru Negeri Perak 2011 mengisytiharkan menyertai PAS secara rasmi semasa Himpunan Hijau negeri Perak di Markas PAS Bagan Masjid Tinggi , Bagan Serai,malam tadi.

Haji Ahamad Zabidi yang pernah menjadi Pengarah JPN Terengganu diberi peluang menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Ucapannya banyak menyentuh tentang kepincangan dalam bidang pendidikan di Malaysia.

Turut mengisytiharkan secara rasmi menyertai PAS adalah Tuan Haji Nazri Nordin bekas AJK Bahagian UMNO Goepeng yang selama 30 tahun bergelumang di dalam UMNO.

Lebih 10 ribu berhimpun di Markas PAS Bagan Serai menyertai Himpunan Hijau yang bermula dengan himpunan 10 Pesawah pada sebelah pagi dan expresi anak muda pada sebalah petangnya.
Pautan:http://paspb2.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR