Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday 2 June 2012

Catatan Himpunan Hijau Di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah Pada 1 Jun 2012






Alor Setar, 2 Jun 2012 - Bertempat di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah, Parti Islam Semalaysia (PAS) telah berjaya menganjurkan program Munajat Perdana Pilihan Raya Umum ke 13 dengan tema Himpunan Hijau ke Putra Jaya bertempat di Stadium Darul Aman, Alor Setar semalam.

Pengarah program, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan program yang diadakan buat julung-julung kali ini berjaya mencapai matlamat penganjuran iaitu mencapai sasaran 100,000 pendokong dan penyokong PAS berhimpun dan penyampaian amanat pilihan raya kepada seramai mungkin petugas dan ahli PAS.

Program yang berlangsung sejak pagi berjalan lancar, bermula dengan Amanat Khas Presiden Parti, Tuan Guru Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang di Kompleks PAS dengan kehadiran hampir 3,000 kepimpinan di setiap kawasan PAS.

Selepas majlis Amanat Khas Presiden, program disambung dengan Xpresi Anak Muda oleh Dewan Pemuda PAS Pusat kira-kira jam 4.00 petang.

Acara konvoi 200 buah motosikal dari Masjid Perwaja, Gurun ke Alor Setar dengan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Nasruddin Hassan dengan diiringi barisan exco Pemuda PAS.

Sejurus konvoi tiba di Stadium Darul Aman, program diteruskan dengan bacaan Ma’thurat dan solat Asar berjemaah.

Acara diteruskan dengan ucapan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Dr. Raja Ahmad Iskandar Al-His dan kemudiannya disusuli dengan pelancaran maskot dan animasi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Hadi dan Huda.

Pengerusi Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), Ameerah Fareedah Samad menyampaikan pidato sebelum persembahan Skettsa Kopi Amal .

Selain itu, hadirin turut dihidangkan dengan persembahan sketsa khas oleh selebriti Bob Lokman yang sekaligus melancarkan Kopi Amal.

 Program diteruskan dengan pidato oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz.

Dalam program itu buku bertajuk Siapa Menganut Ajaran Sesat terbitan Dewan Pemuda PAS dilancarkan bagi menjawab tohmahan Umno Barisan Nasional.
Acara kemuncak program Xpresi Anak Muda petang tadi adalah pidato oleh Nasruddin Hassan selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Walaupun keadaan padang yang agak becak disebabkan hujan lebat sebelumnya puluhan ribu hadirin tetap mengambil tempat.Mereka kemudiannya dihidangkan dengan kuliah oleh penceramah tersohor Ustaz Azhar Idrus yang mengambil masa kira-kira 45 minit.Kuliah berakhir 20 minit sebelum solat Maghrib.

Program Himpunan Hijau ke Putrajaya diteruskan dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Preseden Parti,disusuli solat Hajjat dan Munajat Perdana yang diterajui Tuan Guru Haji Saleh Musa Sik sehingga masuk waktu Isyak.

 
Solat Isyak berjamaah kemudiannya diimamkan  oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Yang Berhormat Datuk Mahfuz Omar mengambil tempat selaku peneraju majlis dengan memulakan ucapan alu-aluan.Beliau juga menyatakan program seumpama ini akan di teruskan di negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak hinggalah ke Putra Jaya.

Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak tampil menyampaikan ucapan alu-aluan dan terima kasih kerana diberi kepercayaan sebagai tuan rumah kepada program yang dilangsungkan.

Seterusnya majlis diserikan dengan ucapan oleh kepimpinan dan tokoh-tokoh yang baru menyertai PAS antaranya penyanyi Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah Janji Manismu, Bekas Pengarah Siasatan Jenayah PDRM, Dato Fauzi Shaari dan bekas selebriti tv al-Hijrah Mohd Zaid Abdullah.

Sasterawan negara Datuk A Samad Said mengambil tempat dengan mendeklamasikan  puisi khas yang berjudul Generasi yang Gagah.

Malam tadi juga turut menyaksikan pengumuman bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Mohd Yusof menyertai PAS.

Beliau kemudiannya menyerahkan borang PAS kepada Tuan Guru Abdul Hadi di atas pentas seterusnya dijemput memberi ucapan.

Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS, Hj. Mohamad Sabu.

Gimik perasmian Program Himpunan Hijau ke Putra Jaya malam tadi menyaksikan acara membawa masuk bekas tujuh pemain bola sepak kebangsaan yang telah bersama-sama PAS ke tengah-tengah padang dan menendang 13 biji bola berwarna hijau kepada penonton dengan diiringi lagu Hijau Kuning.

Acara itu merupakan simbolik bahawa PAS khasnya dan Pakatan Pembangkang umumnya bersedia ke Putra Jaya pada PRU ke-13 dengan izin Allah.

 
Acara diteruskan dengan bacaan ikrar atau bai'ah oleh ahli dan penyokong PAS yang hadir di stadium dan diketuai Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. Diikuti nyanyian lagu rasmi PAS.

Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang kemudiannya menyampaikan ucapan penggulungan dan amanat kepada sekalian pendokong dan penyokong PAS.
Sebelum berakhirnya majlis, Mursyidul Am PAS, YAB Tuan Guru Datuk Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil ruang untuk menyampaikan sedikit ucapan seterusnya membacakan doa penutup.

Majlis tamat kira-kira pukul 11.50 malam dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-asr.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR