Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 24 August 2014

Jangan persoal Hari Berkabung Malaysia - Shahidan Mufti Perlis Yang Baharu?

Jangan perkecil usaha kerajaan berhubung istiadat penghormatan jenazah MH17, kata Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) - Filepic 
KUALA LUMPUR: Jangan memperkecil-kecilkan peranan pasukan petugas dan kerajaan berhubung istiadat penghormatan jenazah warga Malaysia mangsa tragedi MH17 dan Hari Berkabung Negara yang diadakan Jumaat lalu.

Penghormatan bersejarah itu, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim, merupakan sesuatu yang luar biasa  dan ia telah dibuat oleh kerajaan Malaysia dengan baik sekali.

"Kita hormat kepada mayat, Nabi (Muhammad) bila mayat seorang Yahudi lalu di depan Baginda, Baginda bangun. Nabi ini ialah ketua orang Islam, Nabi bangun kepada mayat Yahudi.

"Seorang wanita bertanya kenapa Nabi bangun hormat kepada mayat Yahudi? Baginda bersabda yang mati itu manusia. Jadi bila semua kita bangun kita ikut cara Rasullullah iaitu bangun menghormati mayat. Syukur Alhamdullilah sebab orang Malaysia ikut cara Rasullulah iaitu bangun menghormati mayat,” kata Shahidan.

Shahidan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan  Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Ipoh Timur di Bangunan UMNO, Ipoh pada Sabtu.

Beliau diminta mengulas respon daripada segelintir rakyat Malaysia yang mempertikai dan mencela hari perkabungan dan upacara bertafakur berhubung istiadat penghormatan 20 jenazah mangsa MH17 yang tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur pada 9.54 pagi, Sabtu.

Shahidan turut memuji pasukan Malaysia yang terbabit dengan pengurusan  membawa pulang jenazah-jenazah kerana berjaya menguruskan jenazah berkenaan dengan penhormatan tertinggi

Read more at: http://www.astroawani.com/

MEMO TIMBALAN MUFTI PERLIS KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI PERLIS PROGRAM TAFAKUR MH17 YANG DICADANGKAN KERAJAAN PUSAT TIDAK BOLEH DILAKSANAKAN DI PERLIS.


Yang Berhormat Tuan,

HUKUM BERTAFAKUR

Dengan hormatnya saya di arah merujuk kepada perkara di atas.

Untuk makluman YB Tuan, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perlis, Dato' Murshid DiRaja Dr Juanda Bin Jaya pada 21 Ogos 2014 di dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis bil 15/2014 telah mengambil maklum dan menjelaskan bahawa program tafakur yang di cadangkan oleh Kerajaan Pusat tidak boleh di laksanakan di Negeri ini kerana bertentangan dengan Fatwa Kebangsaan Tahun 1987 dan Fatwa Negeri Perlis Tahun 1974.

Bersama ini di lampirkan salinan Fatwa dari JAKIM untuk makluman Yang Berhormat Tuan.

Sekian. Wassalam

Tanda Tangan

ROSLAN BIN ESA
Timbalan Mufti
Kerajaan Negeri Perlis.

Tarikh:  22 Ogos 2014

AMALAN BERKABUNG 40 HARI BUKAN AJARAN ISLAM
Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com)

Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’ dalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)
“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..”.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.
berkabung2.jpg
- Gambar Hiasan
2. Hadis Nabi s.a.w:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,
“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: “Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari”.
3. Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.

Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?!

4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka?! Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan! - Dr MAZA.

Hukum berkabung kerana kematian pembesar negara
ABU HUSAYN | .
Soalan:

 1. Apabila berlaku kematian membabitkan pembesar negara. Kita sering melihat sebahagian rakyat memakai pakaian tertentu seperti baju hitam/sokong berlilit putih dan sebagainya. Adakah amalan ini ada dalam ajaran Islam?

2. Sebagai kakitangan kerajaan, adakah wajar saya mematuhi arahan ini sekiran bukan daripada ajaran Islam?

Jawapan 1:

Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234, maksudnya:

“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, 10 hari..”.

Dalam hadis Nabi SAW bersabda:

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan 10 hari.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai latar sejarah yang tersendiri yang berasal daripada amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam. Walau bagaimanapun, Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik agar dapat menjaga serta memelihara nama baik seorang isteri.

2. Hadis Nabi SAW:

“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,

“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi SAW ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah SAW : Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan 10 hari.”

3. Telah wafat Rasulullah SAW sedangkan para sahabat baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabat Nabi SAW yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam juga tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.

Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?

4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah SAW dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah SAW, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka? Sama sekali tidak.

Jawapan 2:

Sabda Nabi SalLahu alayhi wasallam :

"Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara maksiat pada Khaaliq (Allah)" - Hadis Riwayat Ahmad, Syaikhan, Abu Daud, Nasaie dan Ibnu Majah.

Saudara tidak wajar untuk mematuhi arahan yang bercanggah dengan syariat (sekalipun arahan tersebut datang daripada pemimpin Islam). Cubalah sedaya upaya untuk tidak terlibat dengan sebarang perkara yang tidak terkandung dalam ajaran Islam  seperti berkabung dan juga program yang melalaikan umat Islam.- http://www.harakahdaily.net/.

Pandangan Mufti Pahang

Oleh Syed Mu’az Syed Putra Published: 15 April 2011

 KUALA LUMPUR, 15 April — Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Othman mahu percanggahan pendapat mengenai isu berkabung selama 40 hari dibincangkan bagi mencari penyelesaian demi mengelakkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Sehubungan itu beliau juga menolak andaian bahawa amalan berkabung 40 hari sebenarnya bercanggah dengan ajaran Islam, sebaliknya berkata ia hanya salah satu adat untuk memperingati kematian seseorang.

“Sebenarnya dalam Islam memang tidak ada soal berkabung 40 hari, yang ada hanya untuk wanita kematian suami.

 “Amalan berkabung 40 hari ini biasanya adalah adat untuk memperingati jasa pemimpin negara atau kerabat diraja, ia hanya adat biasa dan ia bukan amalan,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Awal minggu ini, bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, amalan berkabung selama 40 hari sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja yang diamalkan selama ini bercanggah dengan ajaran Islam.

Kata Asri, dalam ajaran Islam yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama empat bulan 10 hari dan bukan berkabung secara “berlebihan” sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja.

Sehubungan itu jelas Abdul Rahman, sepatutnya perkara itu dibincangkan terlebih dahulu secara khusus kerana ia bukan keputusan seorang individu.

“Kita kena bincangkan secara khusus perkara ini, ia bukan keputusan individu, saya juga tidak boleh kata ia salah atau tidak.

 “Bagi saya ia hanya adat di satu-satu kawasan, jadi kita perlu bincangkan, bagi penerangan sebalum buat apa-apa keputusan,” katanya. Bagaimanapun beberapa mufti lain enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara itu.

Pandangan Dr. Juanda Jaya

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata, amalan berkabung selama 40 hari itu diamalkan kerana orang Islam tidak memahami ajaran Islam yang sebenar. “Memang betul, dalam syariat Islam tiada amalan berkabung 40 hari yang ada pun wanita yang kematian suami, perkara ini terjadi kerana orang kita tidak ambil peduli.

 “Amalan berkabung ini memang tidak ada dalam Islam, segala bentuk amalan termasuk pakai baju hitam, memakai lilitan kepala dan sebagai tiada dalam Islam, jadi ia sepatutnya tidak diadakan kerana bimbang menyerupai budaya bukan Islam pula,” katanya.

Jelas beliau, Islam tidak menuntut umatnya untuk bersedih atau meratapi kematian seseorang, sebaliknya cukup dengan memberikan takziah serta bantuan.

“Islam tidak suruh orang bersedih terlalu lama, kalau ada kematian dan menurut adab Islam cukup dengan menyampaikan takziah atau memberikan pertolongan jika perlu.

“Kita tidak perlu nak buat benda yang tidak ada tapi diadakan, jangan buat benda yang akhirnya akan menjadi ikutan.

Lebih baik amalan seperti ini tidak dibuat dan kita tidak mahu ia menyerupai budaya orang bukan Islam pula,” katanya.

Pandangan YDP Persatuan Ulamak Malaysia (PUM)

Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir berkata, mana-mana amalan yang tidak dituntut dalam Islam termasuk berkabung selama 40 sempena kematian pemimpin negara atau kerabat diraja adalah tidak digalakkan.

Menurut beliau, istilah berkabung tiada dalam ajaran Islam dan amalan “meratapi” selama 40 hari kematian pemimpin negara dan kerabat diraja juga tidak dituntut dan ia sewajarnya tidak perlu dilakukan.

 “Memang tidak ada (berkabung 40 hari), malah dalam Islam istilah berkabung itu juga tidak ada... apa yang ada adalah ‘idah’ bagi wanita kematian suami iaitu selama empat bulan 10 hari tapi ia bukan berkabung.

 “Amalan ini memang tidak ada dalam Islam, saya tak tahu ia dari amalan atau budaya mana tapi seingat saya dalam Islam ia memang tidak ada,” katanya.

 Tegas Sheikh Abdul Halim, adalah lebih baik sekiranya amalan berkabung selama 40 hari itu tidak diadakan kerana ia tidak dituntut dalam Islam selain dikhuatiri menyerupai amalan atau budaya agama lain.

 “Buat apa kita nak buat perkara atau amalan yang tak dituntut dalam Islam, ia bukan dari ajaran Islam juga bukan budaya orang Islam, jadi kenapa perlu kita buat? “Dalam Islam memang tidak ada upacara seperti ini, benda yang tidak ada kenapa perlu diadakan? Bagaimanapun walaupun ia tidak dituntut (dalam Islam) tapi saya tidak boleh kata ia tidak boleh diadakan atau diadakan.

 “Cuma ingin saya tegaskan, amalan yang tidak dituntut dalam Islam dan kalau ia menyerupai amalan agama lain kita tidak boleh buat, jadi amalan seperti ini tidak perlulah untuk kita buat.

Benda yang tidak ada dalam asas Islam tidak digalakkan atau tidak boleh dibuat, mudah kata tidak perlu buat,” katanya. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/.

MH17 Hukum Isu Tafakur Dan Hari Berkabung Dalam Islam
hari berkabung malaysia 22 ogos 2014
Waktu bertafakur sempena ketibaan 20 jenazah mangsa nahas MH17 untuk seluruh negara dijangka bermula seawal jam 10.30 pagi Jumaat 22 ogos 2014

Menerusi pihak kerajaan dalam kenyataan media memaklumkan bahawa rakyat Malaysia di seluruh pelusuk negara diminta menghentikan sebentar perbuatan dan kerja masing-masing bagi bersama-sama berdoa dan bertafakur.

Rakyat yang beragama Islam disarankan membaca surah Al-Fatihah kepada jenazah mangsa beragama Islam manakala yang bukan Islam pula berdoa mengikut kepercayaan agama masing-masing

MH17 Hukum Isu Tafakur Dan Hari Berkabung Dalam Islam Penjelasan

Bagaimanapun terdapat persoalan yang dibangkitkan tentang isu tafakur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakur dan berkabung sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam kes MH17

Pihak Jakim dalam portal rasmi e – faktwa Malaysia menjawab persoalan isu tersebut dengan memberi penjelasan yang sewajarnya.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM berhubung isu Hukum Bertafakkur Dan Berkabung

Blog Fatwa Malaysia:Hukum Tafakkur Dan Berkabung

ISU:

Saya ingin bertanya tentang isu tafakkur dan berkabung. Adakah dalam Islam ada amalan tafakkur sebagai tanda kedukaan atas kematian sepertimana dalam kes MH17. Begitu juga tentang amalan berkabung. Dalam Islam apa yang sepatutnya dilakukan. Mohon penjelasan. Terima kasih.  
 
PENJELASAN:

Faham bertafakkur dalam Islam tidaklah sama dengan apa yang dilakukan sekarang ini yang dipanggil ‘moment of silence’ (tunduk selama beberapa minit) bagi menghormati orang yang mati. Tafakkur membawa makna “kegiatan hati untuk memahami makna setiap perkara bagi mencapai apa yang dihajati. Tafakkur juga merupakan pancaran hati yang dengannya kebaikan, keburukan, manfaat dan kemudaratan akan menjadi jelas (al-Jurjani, Kitab al-Ta’rifat, ms.77) 
Namun perbuatan tunduk selama beberapa minit (moment of silence) bagi menghormati orang yang mati tidaklah bertentangan dengan syarak kerana ia sekadar tanda penghormatan yang bersifat universal dan tidak melibatkan apa-apa ritual bacaan dan pergerakan yang menyerupai amalan keagamaan agama lain. Penekanan dalam perbuatan 'moment of silence' lebih kepada bagi menunjukkan kesedihan, ingatan dan penghormatan kepada mereka yang telah meninggal dunia.
Namun sekiranya perbuatan tersebut disertai dengan ritual keagamaan agama lain seperti menyalakan lilin atau bacaan-bacaan tertentu maka ia menjadi tidak selari dengan amalan Islam dan dilarang oleh syarak.

Asas terhadap keharusan tersebut boleh diambil dari perbuatan Rasulullah yang bangun menghormati jenazah seorang Yahudi yang lalu di hadapan baginda atas dasar kemanusiaan. Begitu juga dengan kisah seorang Sahabat Nabi bernama Qays Ibn Syamas yang pernah menyatakan hasratnya kepada Rasulullah untuk menghadiri majlis kematian ibunya yang beragama Nasrani, Nabi membenarkan dan menyuruhnya berjalan di hadapan jenazah sebagai tanda hormat. (Ibn Qayyim al-Jawziyyah, Ahkam ahl Zimmah, vol.2 ms. 434).

Walaupun apa yang dilakukan oleh Nabi dan Qays, tidaklah benar-benar sama dengan perbuatan 'moment of silence', namun kedua-dua perbuatan tersebut memberi isyarat bahawa tidak salah untuk menghormati orang yang meninggal melalui perbuatan yang tidak bertentangan dengan syariah, termasuk bukan Islam. Islam sendiri menggalakkan kita mengambil iktibar dari kematian. Namun yang terbaik untuk dilakukan bagi menghormati orang Islam yang meninggal dunia ialah dengan mendoakan mereka dan membaca ayat-ayat suci al-Qur’an.

Sementara perbuatan berkabung bagi menunjukkan tanda dukacita kepada orang yang meninggal dunia seperti mengibarkan bendera separuh tiang dan memakai pakaian berwarna serba hitam atau suram adalah dibenarkan selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur atau ritual keagamaan agama bukan Islam yang bertentangan dengan syarak.

Dalam perbahasan para ulama amalan berkabung banyak merujuk secara khusus kepada apa yang dilakukan oleh seorang wanita yang kehilangan suami. Istilah yang digunakan ialah al-ihdad/al-hadad yang bermaksud menahan diri daripada berhias.

Menurut istilah pula, perkabungan memberi erti meninggalkan perbuatan memakai haruman, perhiasan, celak, minyak, sama ada yang harum ataupun tidak, iaitu yang khusus bagi tubuh. Namun ia boleh dikiaskan kepada konteks yang lebih besar termasuk dalam konteks masyarakat dan Negara seperti dalam kes MH17. Maka keputusan untuk menetapkan beberapa hari untuk tujuan berkabung adalah termasuk dalam perkara yang harus.

Malah dalam hal memakai pakaian berwarna hitam, terdapat perbahasan yang mengatakan bahawa Keempat-empat mazhab mengharuskan (iaitu dalam konteks wanita kematian suami) untuk memakai pakaian berwarna hitam. (Wahbah al-Zuhayli, Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, jild 7. 662
Wallahu a'lam

Pautan Sumber : http://www.e-fatwa.gov.my/blog/hukum-tafakkur-dan-berkabung

ABU: Wallahuaqlam....al Fatihah untuk mangsa nahas MH 17.Semoga Allah cucuri rahmat atas roh mereka.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR