Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 10 August 2014

Profesional PAS akan tubuh parti baru? Silalah Jika Jantan! Sesungguhnya Ulamak tidak sebodoh seperti yang "mereka" sangkakan.

PAS tak akan goyah "Sesungguhnya PAS tidak beriman dengan sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita pada hari ini, tetapi PAS mengambil manfaat daripada peluang yang diberikan (melalui sistem demokrasi pilihanraya) untuk menyatakan risalah Islam bagi menegakkan perundangan Islam dan pemerintah negara dengan cara dan kaedah sebagaimana yang dituntut oleh Islam berpandukan Kitabullah (Al-Qur'an) As-Sunnah, Ijmak dan Qias yang terang lagi nyata". 

Profesional PAS akan tubuh parti baru?
Spekulasi semakin kencang mendakwa golongan profesional PAS yang tidak setuju dengan cara Hadi menguruskan krisis PAS – PKR berkemungkinan dipecat daripada parti itu.

Sebahagian lagi, didakwa akan meninggalkan parti dan bergabung dengan PKR atau pun menubuhkan parti baru. Semua itu terpaksa dilakukan demi meneruskan politik waras dan tidak terlalu mengikut emosi sebagaimana yang diamalkan presiden PAS.

Usul syura ulama yang meminta agar Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai MB selagi mana tidak terbukti bersalah oleh mana-mana mahkamah adalah mustahil dalam integriti politik moden. Di negara barat sekiranya integriti pemimpin dipersoalkan seperti pendedahan Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution terhadap beberapa urusniaga Khalid yang meragukan, maka pemimpin yang didakwa akan melepaskan jawatan.

Atau setidak-tidaknya akan meminta disiasat dan tugasnya dipangku oleh timbalan. PAS dalam semua desakan terhadap ahli politik BN juga mensyorkan perkara serupa, pemimpin BN mesti digantung tugas sepanjang tempoh siasatan. Tetapi mengapakah majlis syura ulama mengambil pendekatan berbeza terhadap Khalid?

Menunggu sehingga mahkamah menjatuhkan hukum bersalah tidak wujud dalam budaya politik baru. Ia hanya wujud dalam politik Umno. Dan tentunya menteri umno tidak akan didapati bersalah di mahkamah. Oleh itu selama mana mereka mahu memegang jawatan maka mereka bebas melakukannya.

Pujian wajar diberikan kepada golongan profesional PAS kerana mempertahankan integriti dalam pemerintahan. Biar pun mereka tidak tinggi ilmu agama tetapi mereka mampu memberikan contoh yang dipandang tinggi masyarakat.

Sekiranya golongan profesional ini akhirnya menubuhkan parti baru atau bergabung dengan PKR maka mereka dengan mudah akan diterima pengundi. Sebaliknya, PAS yang kekal dengan tradisi ulamanya akan tenggelam dalam arena politik.

Terutama di Selangor yang mana rakyatnya cerdik politik. Mereka tidak mudah diperangkap dengan hujah dosa dan pahala. Mereka faham antara ustaz yang berceramah dan ahli politik yang mempertahankan integriti.

Sekiranya golongan ulama PAS bertegas membela Khalid dan parti itu berpecah dua maka mereka wajib faham mereka akan jatuh, sama seperti selepas pilihan raya Kelantan 1978.

Namun PAS jangan terlalu yakin tanpa parti itu Pakatan akan berkubur. Rakyat yang dahagakan perubahan tidak mengira siapa pun asalkan mereka tidak ditipu oleh Umno. Jika Pakatan (PKR – DAP) bertanding PRU maka kedua-duanya akan diberi undi.

PAS yang berkerjasama dengan BN akan hilang undi di kawasan-kawasan Melayu. PAS boleh mencuba kerajaan perpaduan, namun bukan dengan sokongan golongan profesional parti itu. Profesional akan pindah ke parti baru yang lebih kredibel - Suara Pakatan.

Pencerahan kepada yang masih samar

MENGAPA DAN APA TUJUAN PAS DITUBUHKAN ?

Terdapat sebahagian kalangan ahli PAS dan masyarakat yang keliru dengan penubuhan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS bukan ditubuhkan semata-mata kerana didorong oleh tuntutan politik tanahair. PAS juga bukan ditubuhkan semata-mata kerana tidak puas hati atau benci dengan kepincangan yang berlaku dan sikap yang diamalkan dalam UMNO dan Barisan Nasional. PAS juga bukan ditubuhkan semata-mata kerana memenuhi kehendak individu atau pemimpin tertentu.

Sebaliknya Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ini ditubuhkan atas tuntutan Islam. Selain daripada tuntutan dakwah serta tuntutan menjaga ‘aqidah, menegakkan syari’at dan membentuk akhlak, menyuruh kepada perkara ma’ruf dan mencegah kemungkaran, para ‘alim ‘ulamak, ilmuan dan cendiakawan Islam yang awal telah bersependapat dalam memutuskan perlunya wujud sebuah gerakan Islam atau jama'ah Islam di dalam pemerintahan negara yang tidak menjadikan islam sebagai dasar berpolitik dan bernegara yang tidak menjamin keselamatan aqidah, akhlak serta kebajikan umat Islam. Firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala ;

 وَلۡتَكُن مِّنكُمۡ أُمَّةٌ۬ يَدۡعُونَ إِلَى ٱلۡخَيۡرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ‌ۚوَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ
Maksudnya ;

“ dan hendaklah ada satu golongan daripada kamu yang menyuruh kepada kebaikan, menegakkan yang ma’ruf dan mencegah kemungkaran, mereka itulah golongan orang yang mencapai kemenangan”

( Surah Ali-‘Imran : ayat 104 )

Bagi melaksanakan tanggungjawab ini, golongan yang peka dan bertanggungjawab ini atau dikenali sebagai gerakan Islam atau Harakah Islamiyyah, tidak boleh hanya bergantung dengan lisan (ceramah-ceramah dan kuliyah-kuliyah) semata-mata. Sebaliknya jama'ah Islam perlu mendapat “mandat” atau “kuasa” bagi mempastikan bahawa tuntutan Islam ini dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dalam konteks sains politik, “kuasa” yang dimaksudkan ialah kuasa politik.

Perkara ini dengan kaedah usul fiqh yang menyebut :

“jika tiada terlaksana sesuatu yang wajib itu sehingga ada perkara yang membawa ia terlaksana, maka tidak dapat tidak perkara tersebut menjadi wajib”

Bagi mendapatkan kuasa politik dan negara ini, tidak dapat tidak gerakan Islam atau jama'ah Islam itu wajib melibatkan dirinya dalam sistem pilihanraya. Untuk melibatkan diri dalam pilihanraya, maka wajib ke atas gerakan Islam atau jama'ah Islam itu mendaftarkan dirinya dengan Pendaftar Pertubuhan berdasarkan Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) sebagai sebuah pertubuhan politik dan tidak boleh bergerak sebagai badan dakwah sahaja atau badan bukan kerajaan (NGO), PAS juga menjalankan tanggungjawbnya untuk mengemukakan laporan dan penyata yang perlu pada setia tahun kepada Pejabat Pendaftar Pertubuan mengikut Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966.

Sebagai sebuah pertubuhan yang berdaftar Oleh itu, gerakan Islam ini telah menubuhkan Parti Islam Se-Malaysia bagi memenuhi tuntutan berpolitik secara sah sepertimana yang diperuntukan dalam Bahagian 2 Perkara 10 (1) (c) Perlembagaan Persekutuan. Justeru itu, menyertai dan bekerja untuk mencapai cita-cita dalam menegakkan negara yang tunduk kepada arahan Allah juga adalah wajib.

Ibnu Taimiyyah pernah menegaskan :

“ Memimpin dan menguasai umat adalah kewajipan agama yang terbesr. Tidak akan terdiri agama kecuali dengan (kekuasaan pimpinan) itu. Oleh kerana Allah telah mewajibkan (kaum muslimin) untuk menyuruh kepada ma’ruf, melerang perkara mungkar, membela orang yang teraniaya, melakukan jihad, melaksanakan hudud, dan berlaku ‘adil dalam menjadikan hukuman, semua itu tidak akan terlaksana tanpa kekuasan dan teras kepimpinan” ( As-Siyasah As-syar’iyyah m/s 172-175)

Sesungguhnya PAS tidak beriman dengan sistem demokrasi yang diamalkan oleh negara kita pada hari ini, tetapi PAS mengambil manfaat daripada peluang yang diberikan (melalui sistem demokrasi pilihanraya) untuk menyatakan risalah Islam bagi menegakkan perundangan Islam dan pemerintah negara dengan cara dan kaedah sebagaimana yang dituntut oleh Islam berpandukan Kitabullah (Al-Qur'an) As-Sunnah, Ijmak dan Qias yang terang lagi nyata.

Inilah cara aman yang membenarkan PAS untuk terus menyampaikan risalah Islam dan membela Islam serta ummah. Bertitik-tolak dari sinilah maka PAS menjadikan ISLAM sebagai dasar perjuangannya sebagaimana termaktub dalam PERLEMBAGAAN PAS (PINDAAN 2009) FASAL 3 dan tujuan PAS ditubuhkan sebagaimana peruntukn Fasal 5 (1) iaitu memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah Ta’ala.

Penubuhan PAS berakar umbi dari gerakan dakwah dan pembebasan tanah air dari cengkaman penjajah Inggeris yang dimulakan oleh para ‘alim ‘ulamak Islam yang kemudiannya menubuhkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948 sebelum negara mencapai kemerdekaan. Hizbul Muslimin kemudiannya telah diharamkan oleh British pada bulan Ogos 1948. Walaupun begitu, aktiviti Hizbul Muslimin diteruskan sehinggalah tertubuhnya PAS pada 24 November 1951.

PAS DAN POLITIK

PAS tidak menjadikan medan politik sebagai satu wasilah (perantaraan atau alat) semata-mata untuk menyampaikan risalah Islam dan risalah perjuangan yang didokongnya. Sebaliknya PAS menggerakkan ahlinya untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti lain seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS Bab yang Ketiga, Fasal 6 (1) hingga (11), antaranya termasuklah memakmurkan masjid dan surau, meningkatkan bilangan kuliyah-kuliyah bagi menambah dan menyebarkan ilmu di kalangan umat islam, meningkatkan program-program yang dapat menjelaskan kepada masyarakat tentang dasar dan prinsip perjuangan PAS, mengadakan program-program memasyarakatkan PAS yang dapat mendekatkan PAS dengan rakyat, meningkat serta memantapkan institusi pendidikan Islam, mewujud dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi ummah, memupuk semangat mahabbah dan persaudaraan Islam di kalangan umat Islam di dalam dan luar Negara, mewujudkan persefahaman dengan non muslim bagi menyampai dan memperjelas risalah Islam dan PAS, serta menujukkan contoh kehidupan serta bermasyarakat dengan cara dan kaedah Islam. Dalam erti kata lain, PAS bukan sahaja terlibat dengan politik tetapi juga dalam ekonomi, pendidikan, kebajikan, hubungan antarabangsa juga kemasyarakatan.

UMAT ISLAM DAN JAMA'AH ISLAM PAS

Sebahagian besar ‘ulamak berpendapat, apabila tidak ada negara Islam maka menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk menubuhkan gerakan Islam atau harakah Islamiyyah kerana bai’ah, wala’ dan ta’at setia ummah hanya boleh diberikan kepada kepimpinan Islam dalam negara yang melaksanakan dasar dan peraturan Islam.

Perlu ditekankan disini bahawa PAS menjadikan Kepimpinan ‘Ulamak sebagai kepimpinan ummah. Kepimpinan ummah oleh ‘Ulamak ini seharusnya tidak terbatas oleh sempadan goegrafi, bahasa, kaum atau bangsa. Walaupun negara diperintah dan ditadbir oleh pemimpin yang beragama Islam, kepimpinan ummah seluruhnya harus kekal pada ‘ulamak kerana ‘ulamak adalah pewaris para nabi.

PERANAN U'LAMAK DALAM PAS

‘Ulamak mempunyai peranan dan fungsi yang khusus dan amat penting dalam PAS tidak seperti parti-parti dan pertubuhan-pertubuhan lain. Untuk mempastikan amalan, tindakan dan keputusan parti tidak bercanggah dengan dasar parti, maka ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan sebagai ‘Majlis Syura ‘Ulamak seperti yang termaktub di dalam Fasal 8 (1) Perlembagaan PAS (Pindaan 2009). Berdasarkan peruntukan tersebut, Majlis Syura ‘Ulamak diberikan peranan untuk menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar-dasar dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS serta mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan parti dipatuhi. Majlis Syura ‘Ulamak juga diberi mandat untuk mengawasi dan memelihara segala kegiatan, aktiviti, sikap, tindakan dan keputusan-keputusan parti memenuhi kehendak Perlembagaan PAS dan yang paling penting ianya tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS(rujuk Perlembagaan PAS (Pindaan 2009) Fasal 8 (1) (a) & (b). Majlis Syura ‘Ulamak juga berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan di dalam Perlembagaan PAS dengan syarat keputusan-keputusan tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS (Rujuk Perlembagaan PAS Fasal 88 (1) & (2).

Bagi menyatukan tenaga dan pemikiran ‘Ulamak islam bagi memperjuangkan dan mempertingkatkan perjuangan Islam, maka Dewan ‘Ulamak PAS peringkat pusat dan negeri ditubuhkan. Dewan ‘Ulamak adalah merupakan dewan terkanan dan tertinggi dalam PAS (rujuk Perlembagaan PAS (Pindaan 2009) Fasal 43 (1)

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AHLI PAS

Setiap ahli PAS harus memahami apabila mereka telah mengisi borang permohonan menjadi ahli PAS (suatu bentuk bai’ah) untuk menjadi ahli PAS yang sah, justeru ahli PAS hendaklah mematuhi segala peraturan serta kaedah gerak kerja yang telah digariskan oleh tanzhim PAS sama ada yang tercatat dalam Perlembagaan parti mahupun yang dimaklumkan oleh pucuk pimpinan dari masa ke semasa.

Ahli-ahli PAS tidak sepatutnya mengimport budaya gerak kerja kumpulan-kumpulan, pertubuhan-pertubuhan atau jama’ah-jama’ah lain yang boleh menjejaskan kelancaran gerak-kerja PAS. Ahli-ahli PAS yang pernah menjadi ahli parti politik atau jama’ah-jama’ah atau pertubuhan-pertubuhan lain hendaklah “mencairkan” dirinya untuk menerima dan menghayati fikrah dan amalan PAS yang berasaskan Islam.

Ahli-ahli PAS wajib memberikan wala’ dan ta’at setianya kepada kepimpinan PAS di semua peringkat selagi mana kepimpinan itu berada di atas dasar dan kaedah Islam. Sebarang permasalahan dan rasa tidak puas hati mestilah dikemukakan melalui saluran-saluran yang dibenarkan dan bukan mewujudkan “jama’ah dalam jama’ah” atau api dalam sekam, gunting dalam lipatan dan yang seumpamanya. Muzakarah dan musyawarah haruslah menjadi medan untuk bermuhasabah dengan penuh hikmah dan mahabbah.

Ahli-ahli PAS juga harus sedar bahawa keseragaman fikrah dan keseragaman dalam tindakan-tindakan, amalan-amalan, keputusan-keputusan serta gerak-kerja. Oleh itu, ahli-ahli PAS mestilah mewajibkan diri untuk mengikuti program-program yang dianjurkan oleh PAS khususnya program-program tarbiyyah yang diatur oleh PAS di semua peringkat bagi mempastian kecelaruan fikrah dan amalan di kalangan ahli-ahli PAS dapat dielakkan.

SIKAP PAS TERHADAP PARTI-PARTI POLITIK DAN NGO-NGO 

Pada dasarnya, kewujudan PAS tidak sama seperti mana parti-parti politik yang lain. PAS ditubuhkan atas tuntutan Islam. Dasar PAS ialah Islam dan PAS boleh bekerjasama dengan parti-parti dan NGO-NGO yang menerima dasar yang diperjuangkan oleh PAS seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS Fasal 6 (6).

Kerjasama dengan parti-parti politik dan NGO-NGO adalah digalakkan selagi mana ianya tidak menjejaskan kepentingan Islam, parti dan ummah seluruhnya. PAS sentiasa mengalu-alukan usaha yang dapat mencari titik pertemuan dan mengelakkan dari permusuhan dengan mana-mana pihak. Kerjasama ini tidak seharusnya meleburkan ahli PAS ari dsudut prinsip, dasar, identiti, fikrah dan wala’ serta ta’at kepada kepimpinan PAS. Wallahua’lam.

Isu Terkini: Istimewakah Khalid pada PAS?Mengapa PAS Pertahankan Beliau?

PAS pertahankan MB Khalid bukanlah kerana khalid seorang manusia yang istimewa tetapi kerana prinsip keadilan sama seperti PAS mempertahankan Anwar. Presiden tegas dengan pendirian berdasar keputusan yang telah dibuat oleh Pas berkait dengan PRK Kajang yang lalu iaitu calon PRK Kajang diserahkan kepada PKR; Pas membantu menurut keperluan dan isu Menteri Besar Selangor tidak berbangkit. Sebarang usaha menukar MB Selangor tanpa persetujuan bersama tiga kompenan parti, Pas, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan di kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan.

Nik Aziz Tetap Pertahan Khalid sebagai MB.

KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.

"Saya cakap sekali sahaja, bukan dua kali. Anda boleh 'check' (periksa) kenyataan saya dahulu," katanya ketika ditemui di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Beliau yang kelihatan sedikit uzur menasihatkan pihak lain yang menuduh Abdul Khalid terbabit dengan salah laku semasa memegang jawatan itu agar tidak berterusan memburukkan Menteri Besar itu.

"Sebarang tuduhan sesama sendiri boleh membawa kesan yang tidak baik. Tidak elok untuk membuka keaiban orang lain," katanya.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Datuk Saifuddin Nasution baru-baru ini mendakwa Abdul Khalid perlu ditukar kerana terdapat masalah keraguan integriti susulan isu penyelesaian hutang Abdul Khalid dengan sebuah bank.

Nik Abdul Aziz dalam kenyatannya sebelum ini mempersoalkan tindakan pihak tertentu yang mahu menggugurkan Abdul Khalid daripada kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut mempertahankan Abdul Khalid untuk mengekal jawatan berkenaan kerana menurutnya Abdul Khalid tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Turut bersama menyokong adalah Dewan Ulama PAS Pusat yang menegaskan Abdul Khalid patut dibenarkan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ke akhir penggal kerana tiada sebarang alasan syarie yang kukuh dikemukakan setakat ini untuk mewajarkan penukarannya. - Dipetik dari sumber :BERNAMA.

Dewan Ulamak PAS Pertahan Kekal Khalid

Dewan Ulamak Pas Pusat menyokong penuh sikap dan pendirian Presidennya, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang bahawa kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor perlu dikekalkan.

Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Ahmad Yaakob berkata, kenyataan Presiden itu adalah pendirian tegas berdasar keputusan yang telah dibuat oleh Pas berkait dengan PRK Kajang yang lalu iaitu calon PRK Kajang diserahkan kepada PKR; Pas membantu menurut keperluan dan isu Menteri Besar Selangor tidak berbangkit.

"Oleh itu, pendirian Presiden tersebut adalah berasaskan keputusan yang telah disepakati bahawa tiada perubahan MB Selangor dan Dewan Ulamak Pas Pusat menegaskan tiada sebarang alasan Syarie yang kukuh dikemukakan sehingga kini untuk mewajarkan penukaran Menteri Besar Selangor dan beliau patut dibenarkan meneruskan amanah sehingga ke akhir penggal.

"Dewan Ulamak Pas Pusat telah mengamati bahawa tidak berlaku sebarang pengkhianatan terhadap amanah kepimpinan, penyelewengan dan rasuah yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor sejak perlantikan beliau sebagai MB selepas PRU ke-13.

"Begitu juga, sejak beliau mula menjadi Menteri Besar pada tahun 2008 sehingga berjaya kembali mendapat mandat rakyat dengan kemenangan berganda untuk PR dalam PRU ke-13 lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu, Dewan Ulamak Pas Pusat menegaskan bahawa maslahah mengekalkan jawatan beliau lebih kuat berbanding keperluan menukar MB baharu.

Sebarang usaha menukar MB Selangor tanpa persetujuan bersama tiga kompenan parti, Pas, PKR dan DAP sehingga menimbulkan kekalutan di kalangan rakyat bawahan hendaklah dielakkan.

"Pihak Dewan Ulamak Pas Pusat menyeru semua ahli PAS agar menghayati kebijaksanaan pendirian Presiden dalam hal ini tambahan lagi Presiden mempunyai hak pemutus dalam beberapa isu yang memerlukan keputusan segera," katanya.--MalaysiaGazette.

PAS tidak akan goyah walaupun bersendirian

KOTA BAHARU: Apa jua kemelut politik yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat (PR) masa ini, ia tidak akan menggugat keutuhan Parti PAS.

Menurut Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz, PAS ialah sebuah parti yang matang dan berpengalaman dalam mendepani pelbagai cabaran sejak awal penubuhannya.

“Dasar PAS ialah memperjuangkan Islam dan ini akan kekal selamanya sama ada PAS bergabung dengan mana-mana parti atau sebaliknya,” kata Nik Aziz ketika ditemui di kediamannya di Kota Baharu, Kelantan awal hari ini.

“Jadi sekarang ini PR ‘KO’ apa nak buat dengan keputusan tak ada apa, tapi PAS turut keputusan yang dibuat Presiden Parti dan saya menyokong penuh,” kata bekas Menteri Besar Kelantan itu.

PAS ialah sebuah parti yang matang dan berpengalaman dalam mendepani pelbagai cara cabaran dan rintangan sepanjang zaman termasuk dalam beberapa siri perpecahan dalam kerjasama politik yang dilakukan sebelum ini.

Menurut Nik Aziz, parti tersebut pernah bersama dengan UMNO sekitar tahun 1970, namun berpecah selepas itu.

PAS juga pernah bersama dengan Semangat 46 dalam angkatan perpaduan ummah (APU) pada tahun 1990 namun berpecah jua.

PAS  juga pernah bersama dengan DAP dan Parti Keadilan dalam barisan alternatif (BA), sekitar tahun 1999, namun selepas itu DAP mengumumkan untuk meninggalkan BA.

Apa yang menarik, walaupun PAS berpecah dalam kerjasama politik yang dijalinkan, ia masih berdiri teguh dan utuh sehingga kini.

“Saya nak menyebut tentang hak saya sendiri, iaitu PAS Kelantan mengalami bermacam-macam masalah dengan parti lain.

“Kita mula dengan menyertai Barisan Nasional berdasarkan Tun Abdul Razak selepas 13 Mei. Saya dan Tan Sri Datuk Mohamad Asri Muda (bekas Presiden PAS) menyokong kuat masuk UMNO tetapi entah bagaimana kita ditendang keluar namun kita tegap duduk dengan keadaan kita, tidak mengapa berlaku kali kedua dengan Semangat 46. Kita bersama mereka akhirnya dan kita teruskan jua  -- itu sejarah kita,” katanya.

PAS, katanya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku pada masa ini dan akan datang, dan sekiranya PAS terpaksa berdiri sendiri, parti itu mampu melakukannya dengan sokongan padu ahlinya.

Beliau juga menasihati semua pihak supaya menjaga lidah dan tidak bercakap perkara yang tidak benar.

Pada 7 Ogos lalu, Majlis Syura Ulamak membuat keputusan supaya mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan dengan sebarang pelanggaran amanah.

Keputusan itu dibuat berasaskan hukum syarak dengan melihat kepada kepentingan rakyat yang seharusnya mendahului kepentingan individu atau parti.

ABU: Soal menang atau kalah bukan agenda utama, fokus utama, sampaikan kebenaran.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR