Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday 8 August 2014

PAS Parti Dalam Gua, Tantawi Budak Hingusan Politik, Ulamak PAS semuanya silap dan bodoh,

DAP dan PKR sahajalah yang bijak dan betul.....

PAS akan tenggelam bersama Khalid Ibrahim? (Suara Pakatan)

Keengganan ulama PAS untuk mengubah pendirian dan terus menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor akan menyebabkan parti itu dipersoalkan dalam apa jua kelemahan pentadbiran Khalid.

Bagaimanapun, ulama PAS menganggap mempertahankan Khalid adalah perjuangan suci seperti mempertahankan khalifah-khalifah Islam terdahulu.

Memang wujud ijtihad pada zaman khalifah melarang umat Islam menukar pemerintah biarpun khalifah zalim dan melakukan maksiat. Kezaliman dan kemaksiatan itu adalah bersifat peribadi. Selangi mana khalifah mempertahankan perundangan Islam maka perkara peribadi tidak boleh menjadi alasan menukar pemerintah. Umat Islam diseru agar bersabar.

Kesilapan itu menyebabkan akhirnya khalifah ditukar secara kekerasan sebagaimana Bani Umaiyah yang berpusat di Syiria berakhir dengan peperangan sesama Islam bagi menaikan Bani Abbassiyah yang kemudiannya berpusat di Iraq. Kejatuhan Bani Abbassiyah pula akibat diperangi puak Mongol.

Menjatuhkan kerajaan

Dalam praktik politik moden menjatuhkan kerajaan lebih mudah. Hanya dengan memangkah di kertas undi. Sekiranya pengundi Cina Petaling Jaya tidak puas hati dengan projek lebuh raya Kidex maka mereka akan mengundi BN dan DAP hilang beberapa  kerusi.

Andainya penduduk campuran di Taman Medan tidak puas hati kerana Khalid gagal melaksanakan pungutan sampah berjadual sehingga Selangor menjadi negeri mencatat angka tertinggi wabak denggi maka mereka akan mengundi BN dan PKR akan hilang kerusi.

Sekiranya penduduk Melayu Sabak Bernam tidak puas hati dengan pembangunan luar bandar yang dijanjikan Khalid maka mereka akan memangkah BN dan PAS hilang sokongan Melayu luar bandar.

Ahli parlimen Temerloh Nasrudin Tantawi menjadi budak hingusan politik apabila menggerakkan pemuda PAS berkempen membela Khalid. Beliau tidak tahu Saifudin Abdullah terkejut dan tidak percaya kalah kepada Tantawi dalam pilihan raya lalu sedangkan beliau tidak bersalah apa-apa kepada pengundi.

Dengan kebodohan Tantawi membela Khalid sehingga menghina kebijaksanaan Guan Eng membina terowong bawah laut di Pulau Pinang dan membandingkannya dengan Kidex di Selangor, Tantawi pasti akan bertanya bepuluh-puluh kali jika kalah di Temerloh pada PRU 14 nanti.

Projek Kidex mengambil tanah rakyat dan akan mengurangkan sokongan dalam PRU sedangkan projek terowong bawah laut hanya mengambil tanah laut. Mungkin Tantawi lupa ikan dan siput tidak boleh mengundi. Pulau Pinang tidak akan kalah dengan projek terowong. Berbanding hilangnya sokongan Cina bandar di Selangor.

Dalam gua

PAS seperti dalam gua menangani isu Khalid Ibrahim. Menyamakan Khalid dengan kezaliman Umno memecat dan memenjarakan Anwar tentulah tidak tepat dan merupakan fitnah kepada Anwar yang memulakan Langkah Kajang.

Anwar mempertahankan dana  Petronas daripada diguna menyelamatkan syarikat perkapalan anak Dr Mahathir yang bankrap. Sedangkan Khalid ditukar kerana menandatangani perjanjian air tanpa pengetahuan Exco Selangor, menyokong Kidex yang mengambil tanah penduduk dan dibantah secara besar-besaran oleh penduduk.

Adakah PAS secara rasmi mengisytiharkan mereka menyokong langkah kekerasan Khalid? Rakyat akan membenci parti yang tidak menghormati mereka yang memberi undi dalam pilihan raya lalu tidak kira berapa tinggi serban pemimpin parti itu.

Hanya PAS berfatwa berdosa menolak kepimpinan ulama sedangkan rakyat hanya inginkan sesuatu yang lebih baik dalam hidup mereka. Jika PAS ingin kekal relevan dalam politik moden yang berpaksikan pilihan raya mereka wajib memakai hukum pilihan raya, bukannya bertindak sebaliknya seperti mana pada zaman khalifah.

Khalid sendiri menyindir kemelut yang dialaminya membuat beliau bekerja lebih pantas. Bermakna selama ini beliau mengakui kurang pantas. Banyak isu yang tidak selesai sebagaimana disenaraikan oleh MP Petaling Jaya Utara Tony Pua, seperti permodenan ladang babi di Sepang yang dipelopori Khalid, isu rumah rakyat, projek pembersihan Sungai Klang (RM10 bilion), projek bersepadu paip (RM100 juta) yang masih tidak dilaksanakan sejak 2008 dan pelbagai lagi.

Rakyat Selangor tidak mahu kelemahan seperti itu, mereka mahukan kerajaan yang pantas bertindak. Kerajaan yang lewat dalam memberi bantuan hanya sesuai di Kelantan dan tidak sama sekali boleh diterima di negeri maju yang kehidupan berjalan pantas.

Jika PAS terus bersikap tidak matang maka kaum Cina akan melupakan mereka dan PAS For All tidak akan diterima pakai lagi dalam PRU 14.
ABU: Terlajak perahu boleh diundur, terlajak bicara tunggulah padahnya!Berjuang atas nama idiologi  tidak akan ke mana-mana.Rapuh dan goyah. BN,UMNO,PKR,DAP dan Sosialis sama sahaja. nama berbeza. Hakikat perjuangan tetap sama.Banyak mengarut.Apapun PAS patut bersyukur kerana telah diberi ruang dan kesempatan untuk menerangkan misi dakwah kepada rakan,lawan dan seluruh rakyat Malaysia melalui pembetukan Pakatan Rakyat. Misi utama jamaah PAS bukanlah semata-mata untuk pemerintahan (kekuasaan) namun pemerintahan merupakan salah satu cara untuk mempercepatkan misi dakwah dan menegakkan hukum.Kelembutan dan kebijaksanaan telahpun sebaik mungkin cuba dilaksanakan oleh pejuang-pejuang barisan hadapan Saf Kepimpinan Politik yang diterajui oleh Tuan Guru Presiden sambil dibantu oleh sayap Pemuda dan Muslimah parti.Majlis Syura dan kepimpinan Ulamak yang diterajui oleh Tuan Guru Mursyidul Am pula menjadi pemantau yang memastikan PAS tidak lari dari landasan dan Syariat.Perjalanan yang terpaksa ditempuh oleh PAS masih jauh dan berliku namun tanggungjawab sebagai Daie harus dipikul tidak kira samaada masyarakat,kawan dan lawan menyukai atau membenci.Tidak ada tugas Daie yang mudah, kadang kala terpaksa bergelut dengan kalangan rakan seperjuangan yang terpegun dengan "Ghanimah" apatah lagi apabila berhadapan dengan situasi khianat dari rakan sepasukan yang menyusup seperti musang berbulu ayam.Segalanya harus ditempuh, segalanya harus diharung dan ditelan kerana bagi setiap Daie tidak kira pendokong atau penyokong menyedari bahawa setiap perlakuan di dunia ini akan ada pembalasan di alam sesudah mati.Kalah menang bukan alasannya.Memang sukar untuk memahamkan masyarakat dan lawan akan tuntutan parti dan syariat namun lebih sukar apabila berhadapan dengan ahli jamaah dan parti sendiri yang tidak faham misi parti dan syariat.Semoga Saf kepimpinan dan ahli parti berterusan istiqamah dengan amalan mendekatkan diri pada Rabbul Jalil merafak sembah memohon restu bermunajat tanpa henti agar situasi yang "gawat" dan bercelaru ini ditunjukkan jalan keluar yang mudah. Amin ya Rabbal alamin.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR