Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday 14 August 2014

Silalah Datin Seri Dr Wan Azizah, Sebenarnyapun PAS Selangor di bawah Kepimpinan Ulamak Sudah Lama Berlalu Yang Ada, Puak dan Juak JIM dan segolongan Profesional Yang Dalam Kepala Mereka Hanya Ada Anuar!

Azizah bukti dapat sokongan, gesa Khalid letak jawatan

(Oleh Fiza Abd Halim)

SUBANG 14 OGOS : 30 Adun Pakatan Rakyat menyatakan sokongan kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.

Menurut Wan Azizah pentadbiran Selangor perlu dikembalikan kepada Pakatan Rakyat seperti yang dimandatkan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 yang lalu.

Jelas Adun Kajang itu lagi, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.


“Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.

“Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri,” tegasnya pada sidang media tergempar di Empire Hotel Subang.

Wan Azizah juga memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar.

Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.

“Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.

“Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.

“Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.

“Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri,” tegas Wan Azizah.

Perjuangan Ulamak Yang Ternoktah

Mengenangi Kembali Ke Rahmatullah Ustaz Hassan Shukri - Al-Fatihah

Catatan DR Syafie Abu Bakar, BBB, 06 Sya`ban 1434 = 15 Jun 2013 (Sabtu):

Tarikh 14 Jun 2010 bersamaan 01 Rajab 1431 kembalinya ke Rahmatullah Ustaz Hassan Shukri, maka pada tarikh 14 Jun 2014 genaplah empat tahun tarikh meninggalnya Ustaz Hassan Shukri seorang yang amat berjasa di dalam pergerakan Islam, khususnya Pas. Seluruh hidupnya diwakafkan bagi perjuangan Pas. Beliau meninggal dunia selepas kembalinya dari Muktamar ke 56 Pas yang dihadirinya di Putik Kota Bharu beberapa hari sebelum daripada itu. Dalam perjalanan pulang dari Kota Bharu, Kelantan dikatakan beliau turut sama memandu. Beliau mengadu sakit dada. Keesokannya beliau dibawa dari rumahnya ke Hospital Selayang dan meninggal. Inna lillahi wa inna ilaihi raji`un.

Berita meninggal secara mengejut Ustaz Hassan Shukri mengejutkan terutama ahli-ahli Pas seluruh Negara. Penulis turut sama menziarah kematian Ustaz Hassan Shukri bersama saudara Shahrum Abdullah dan saudara Amir Othman pada petangnya dan turut bersolat jenazah di rumahnya diimami Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Orang ramai menziarah bertali arus dan tidak putus-putus. Esoknya disolat jenazah lagi diimami oleh Tuan Guru Dato` Nik Abdul Aziz Nik Mat di Surau Haji Hassan, surau Ustaz Hassan dirikan dan mengajar di situ. Nama surau diabadikan dengan namanya. Jenazah dikebumikan pada pagi Selasa 2 Rajab 1431 = 15 Jun 2010 di tanah Perkuburan Taman Selasih, tidak jauh dari Markas Tarbiah Melewar, Gombak yang rumah Ustaz Hassan Shukri juga di situ.


Penulis mempunyai hubungan yang rapat dengan Ustaz Hassan Shukri, pada masa beliau menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor 1995-2003 penulis dipilih bertanding bagi pilihanraya Dun Kajang (1999-2004) dan menang bagi Dun Kajang (29 November 1999) bersama Dato` Dr. Hasasn Ali (Sungai Burung), Dato` Ismail Kamus (Gombak Setia) dan Ustaz Sallehin Muhyi (Sungai Besar). Pada masa beliau juga, maka Penulis sebagai Adun Kajang dilantik menjadi Pesuruhjaya III Pas Selangor (2001-2007) dan berterusan hingga ke sebahagian masa Dato` Dr. Hassan Ali menjadi Pesuruhjaya Pas Selangor. Jadi Penulis sering menghadiri mesyuarat AJK Pas negeri Selangor dan mesyuarat-mesyuarat yang lain di Markas Tarbiah di Melewar yang dipimpin oleh Ustaz Hassan Shukri.


Sesungguhnya Ustaz Hassan Shukri adalah model kepimpinan Pas dan Islam yang ideal. Ustaz Hassan Shukri dilahirkan di Sabak Bernam pada 10 November 1939 dari suku Banjar. Pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Sabak Bernam, kemudian belajar Madrasah Irshad al-Nas sebelum ke Madrasah Yahyawiyah Padang Rengas, Perak. Beliau menjadi guru di Madrasah Yahyawiyah mulai 1958 -1964. Dalam masa tersebut beliau mulai bergerak dalam Pas dan sama bergiat di dalam Kesatuan Penuntut Islam Semalaya (KEPAS) di bawah payung Pas. Antara yang bergiat di dalam KEPAS ialah Ustaz Jais Anwar, Ustaz Fadhil Nor dan Ustaz Uthman Hamzah.


Pada tahun 1964 Ustaz Hassan Shukri dan 9 kawannya ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Baghdad. Mereka ialah:

Mohammad Daud Iraqi (Bekas Ketua Dewan Ulama` Pas)
Ustaz Hashim Jasin (Mantan Adun di Perlis)
Dahlan Muhammad Zain (Abim Perlis)
Abdul Ghani Kasa
Azman Ahmad
Hasbullah Kasbun
Imaduddin Ahmad
Abdul Halim Yahya
Abdul Rahim Mohd Zain

Semasa mereka ke Iraq, Negara Iraq di bawah pemerintahan Presiden Muhammad Arif Abdul Salam aktivis yang mendukung perjuangan Ikhwanul Muslimin yang menghadapi tekanan parti Ba`th yang mendokong sosialis. Ustaz Hassan Shukri belajar di dalam bidang Syariah dan Bahasa Arab. Mereka mengikuti gerakan Ikhwan Muslimin secara senyap di Iraq. Ustaz Hassan pulang dari Iraq pada tahun 1968 dan mula berkhidmat di Taiping disamping meneruskan kegiatan dalam Pas. Beliau kembali ke Padang Rengas dan pada 1969 berkahwin dengan isterinya Ustazah Hamidah binti Abu Talib anak muridnya bila berkhidmat semula di Madrasah Yahyawiyah, padang Rengas.


Pada tahun 1970 (masa kerajaan Perpaduan) Ustaz Jaiz Anwar Ketua Pemuda Pas ditawar belajar di London, lantaran itu Ketua Pemuda Pas dipangku oleh Mejer (B) Tengku Zahid (Ahli Parlimen Pasir Mas), lantas Ustaz Hassan Syukri memangku jawatan Timbalan Ketua Pemuda. Pada tahun 1971 semasa Muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 Jun 1971 Ustaz Hassan Syukri dilantik menjadi Ketua Pemuda Pas Pusat. Beliau menggerakkan tujuh ribu ahli Pemuda Pas beserta ABIM dan juga Rahmaniyah bagi menegakkan Islam dan Pas.

Berikut dari kejayaan pimpinan beliau pada peringkat pemuda, beliau kemudian dilantik sebagai Setia usaha Agung Pas pada 1973 hingga1979 dengan melepaskan jawatan Ketua Pemuda kepada Tuan Haji Mustapha Ali. Ustaz Hassan Syukri terus diberi kepercayaan dengan dilantik sebagai Ketua Penerangan Pas Pusat 1979 – 1981 & 1982 – 1999.

Pada tahun 1999 -2003 diangkat menjadi Naib Presiden diikuti dengan Timbalan Presiden 2003 – 2005, iaitu jawatan tertinggi yang pernah diberi kepercayaan kepada Ustaz Hassan Shukri di dalam memimpin Pas.

Selama di Kuala Lumpur beliau pernah tinggal di Keramat berulang-alik ke Pejabat di Jalan Pekeliling berkhimat sebagai kerani, kemudian ke Taman Setapak semasa berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah Yadim semasa di dalam Kerajaan Pakatan sebelum Pas ditendang keluar pada 1978 dan kemudian beliau berpindah ke Melewar apabila membeli rumah di sana yang kemudian rumahnya menjadi sebahagian dari Kompleks Tarbiah Pas.

Semasa bergiat dalam Pas beliau pernah bertanding di kawasan Parlimen Sabak dan Dun Sungai Besar (1969) dan 1978 & 1982 di Parlimen Sabak juga Parlimen Batu (1986), tetapi semuanya kalah. Begitulah perjuangan Pas yang dirintis oleh pemimpin-pemimpin Pas termasuk Ustaz Hassan Shukri. Begitu sukar untuk mendapat kepercayaan pada peringkat permulaan dari masyarakat seperti di Selangor.
Kemenangan bukanlah menjadi tujuan utama, tetapi yang penting ialah bagi menyampaikan dakwah Islamiah. Adalah dikatakan, pada peringkat permulaan di Selangor, jika tidak hilang deposit sudah dianggap baik, tetapi dengan berkat kesungguhan dan ikhlas dalam perjuangan dan berterusan mencari pendekatan yang tidak bercanggah dengan Islam secara tahaluf siyasi seperti `Majlis Perundingan`, `Kerjasama Alternatif`, `Perpaduan Antara Kaum` membawalah kepada Pakatan Rakyat membuka jalan kepada sokongan rakyat yang semakin meningkat dan membuka ruang kepada kemenangan. Ustas Hassan Shukri adalah salah seorang Mujahid Peneroka bagi berbagai pendekatan yang membuka jalan dan ruang untuk dilalui oleh generasi pejunag Pas seterusnya.

Bagi mengenang jasanya Ustaz Hassan Shukri dilantik menjadi senator antara 1999-2005. Beliau juga pernah menjadi Wakil ke Wamy di Riyadh 1971, Misi Pendidikan Islam ke Riyadh (1973) mewakili parti ke Iraq dan menemui Presiden Saddam Hussein (1979) dan juga ke Amerika semasa Krisis Teluk.


Jihad Ustaz Hassan Shukri tidak ada noktah perhentian dari seusia muda 14 tahun (membawa alat untuk ceramah) mulai terlibat dengan perjuangan Pas membawalah ke saat akhir hayatnya masih di dalam harakah Islamiyah Pas.

Kita mendoakan kepada Allah semoga mencucuri rahmat dan barakah ke atas ruh al-Marhum Ustaz Hassan Shukri. Amin.

Semalam nadanya lain hari ini berlainan, tiba-tiba muncul pula  2 lagi nada yang turut berlainan

Biarlah kita mati dalam jemaah, kata Adun Meru
 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru daripada PAS Dr Abdul Rani Othman yang sebelum ini berkata tidak ada halangan wanita menjadi menteri besar, meminta semua rakannya terus kekal dalam jemaah atau parti dan tidak membuat tindakan bersendirian.

"Apa terjadi pun biarlah kita mati dalam jemaah," kata Dr Rani ketika dua Adun PAS membuat keputusan lari daripada kelompok PAS dan menyertai PKR dan DAP menyokong pencalonan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Tindakan mereka diambil ketika PAS Pusat dijadualkan bermesyuarat Ahad ini bagi memutuskan pendiriannya berkenaan isu Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hendak disingkirkan.

Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bertindak menyertai sidang media Dr Wan Azizah hari ini, memberikan beliau sokongan majoriti dalam DUN Selangor iaitu 30 daripada 56 ahli.

Hasnul, Saari dan Dr Rani antara pemimpin PAS yang tidak menyertai mesyuarat Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang diadakan di Shah Alam semalam.

Dr Rani yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor sesi lalu berkata, antara perkara pokok kenapa Rasulullah diutuskan ialah untuk melengkapkan akhlak manusia.

"Selain akhlak ketika makan dan bergurau senda, termasuk juga akhlak berjemaah dan bermesyuarat.

"Segala keputusan majoriti dalam mesyuarat hendaklah dituruti dan dipatuhi walaupun bercanggah dengan pendapat kita atau walau kita tidak hadir," katanya dalam satu kenyataan hari ini seperti menjawab spekulasi Dr Rani juga akan menyertai mereka kerana dia tidak hadir mesyuarat.

"Saya doakan setiap dari ahli jemaah PAS di semua peringkat muhasabah setiap tindakan kita," katanya.

Sebelum ini, Adun Meru itu dilaporkan menafikan wakil rakyat PAS menolak calon wanita untuk menjadi menteri besar yang baharu, membayangkan beliau menyokong Dr Wan Azizah.

"Siapa kata PAS tidak mahu wanita jadi pemimpin? Kalau kita tidak mahu, kenapa kita letak (exco) Dr Halimah Ali dan (Ahli Parlimen Kota Raja) Dr Mariah Mahmud? Itu bukan masalah," katanya di Shah Alam, kelmarin.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan seluruh pemimpin dan ahli, khususnya Adun PAS di Selangor, mematuhi arahan parti dalam berdepan isu menteri besar di negeri itu.

Tuan Ibrahim berkata, PAS membuat keputusan untuk membincangkan perkara itu pada mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini.

"Kita harap tidak ada yang mendahului keputusan parti dan jangan pula ada yang membelakangi keputusan jemaah. Jangan anggap keputusan kita secara bersendirian itu lebih bijak daripada keputusan parti.

"Bertindak membelakangi keputusan jemaah ini tidak ada keberkatan dan jika berlaku masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya sebagaimana dilaporkan media PAS, Harakahdaily hari ini.

Dalam pada itu beliau menasihatkan seluruh ahli bersabar menunggu keputusan rasmi parti dan berkata:"Lebih baik diam daripada komentar yang mengeruhkan lagi keadaan." – 14 Ogos, 2014.

TMI

  Tiba-tiba berbunyi Sangkakala

Adun PAS belot akan dikenakan tindakan keras

14 OGOS: PAS Selangor menyifatkan dua Ahli Undangan Negeri (Adun) parti itu sebagai pemimpin gelojoh dan taksub kerana menyokong `membabi buta’ terhadap Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru bagi menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Susulan itu Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata pihaknya akan mengenakan tindakan sewajarnya ke atas Adun PAS Ulu Kelang, Mohd Saari Sungib dan Adun PAS Morib, Hasnul Baharuddin yang didapati membelakangi pendirian parti.

Saari, Hasnul diarah tarik balik sokongan terhadap Wan Azizah

Bagaimanapun PAS Selangor memberi tempoh sehingga esok kepada kedua-dua Adun terbabit segera menarik semula sokongan mereka terhadap Wan Azizah.

“PAS Selangor memberi mereka (Hasnul dan Saari) tempoh 24 jam untuk menarik balik pendirian dan tindakan yang dibuat atau menghadapi tindakan.

“PAS mempunyai organisasi negeri, kepimpinan pusat dan majlis syura ulamak yang harus kita patuh.

“Mengapa terlalu gopoh dan terlalu taksub sehingga parti dibelakangkan. Bukankah PAS pusat akan bermesyuarat pada 17hb ini?,” katanya di dalam satu kenyataan yang diedarkan, hari ini.

Terdahulu dua Adun PAS didapati menyertai 28 Adun PKR dan DAP bagi menyatakan sokongan kepada pendirian PKR yang menamakan Wan Azizah bagi menggantikan menteri besar sedia ada.

Tindakan Hasnul dan Saari didapati membelakangi parti kerana pimpinan PAS Pusat belum membuat keputusan berkaitan pertukaran kuasa menteri besar Selangor.

“Kita akan patuh apa jua keputusan dan ketetapan yang akan dibuat oleh PAS Pusat pada 17hb ini. Sebab itu kita kena sabar.

“Saya nasihati kedua Adun ini tarik balik tindakan atau PAS Selangor akan mulakan tindakan disiplin termasuk melihat kepada kandungan baiah yang dilafazkan sewaktu menjadi calon,” tambah beliau lagi.

Gelojoh
 
PAS Pusat akan bermesyuarat pd 17hb Ogos 2014 bermula jam 10 pagi bagi membincangkan secara khusus berhubung isu Menteri Besar Selangor. 

Keputusan yang bakal dicapai nanti merupakan satu noktah penting dalam lakaran sejarah politik tanah air. Bahkan secara langsung, ia turut akan memberi kesan terhadap masa depan PAS dan jatuh bangun Pakatan Rakyat yang telah mendapat sokongan 52% rakyat Malaysia berbilang kaum pada Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

Dalam menghadapi situasi yang genting ini, saya mengarahkan semua ahli pemuda PAS di seluruh negara agar mendirikan Solat Hajat 3 (tiga) malam berturut-turut (secara berjamaah atau bersendirian) bermula malam ini dengan satu niat yang jitu; memohon Allah SWT menyatukan hati-hati para pimpinan PAS dan diberi petunjuk untuk membuat keputusan yang tepat agar PAS dan PR diberi kekuatan memerintah Selangor dan Malaysia umumnya sesuai dengan mandat yang diberikan oleh seluruh perwakilan Muktamar Tahunan PAS sejak 2008.


Pada masa mesyuarat berlangsung antara jam 10.00 pagi hingga jam 1.00 petang 17 Ogos tersebut, Pemuda PAS diarahkan agar memperbanyakkan zikir memohon pertolongan daripada Allah SWT. Mohonlah pertolongan daripada Allah SWT dengan solat dan sabar.


SUHAIZAN BIN KAIAT
Ketua Pemuda PAS Malaysia.



ABU:
اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ ، وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah yg bathil itu sebagai bathil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya.
Ya Allah, Kami berserah kepada Mu untuk menangani Fitnah dan Mehnah ini serta mereka yang berpura-pura dalam perjuangan ini. Kami tiada daya dan upaya lagi untuk menghadapinya selepas satu demi satu kepimpinen ulamak kami difitnah dan disingkirkan secara "terhormat" atau terpaksa.


Sekian.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR