Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday 4 July 2014

Doa Sharifah Aini untuk meninggal pada Ramadan dimakbulkan, Najib rasa sedih, Sepatutnya saya yang pergi dulu...

KUALA LUMPUR 5 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa sedih di atas pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini yang meninggal dunia awal hari ini.

"Saya sedih atas pemergian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini. Semoga ditempatkan dalam kalangan yang beriman. al-Fatihah," katanya menerusi akaun Twitternya di sini.

Sharifah Aini yang menyambut hari lahir ke-61 pada Rabu lepas, meninggal dunia kira-kira pukul 1.26 pagi ini di sebuah hospital swasta di Damansara, di sini kerana jangkitan paru-paru.

Allahyarhamah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pusat Perubatan Pakar Damansara sejak Selasa lalu setelah menghadapi kesukaran untuk bernafas. - BERNAMA.

TPM, isteri ucap takziah kepada keluarga Sharifah Aini

KUALA LUMPUR 5 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini yang meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi ini.

"Saya dan isteri mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Sharifah Aini. Kehilangannya tiada pengganti.

"Semoga keluarga Allahyarham sabar menghadapi berita sedih ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan golongan yang beriman. Alfatihah," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sharifah Aini meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat komplikasi paru-paru.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail sekitar pukul 7.30 pagi ini untuk dimandikan dan disembahyangkan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. - UTUSAN ONLINE.

Siti Nurhaliza hadir beri penghormatan

KUALA LUMPUR 5 Julai - Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza hadir memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini, 61, yang meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.

"Kita kehilangan seorang insan yang banyak jasanya kepada negara terutama dalam industri muzik tanah air.

"Allahyarham adalah insan yang terpilih kerana dijemput Ilahi pada bulan Ramadan ini. Kita tidak tahu bila kita akan dijemput. Beliau sangat bertuah," kata beliau sebak sambil mengalirkan air mata ketika ditemui di Masjid Al-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE.

Doa Sharifah Aini untuk meninggal pada Ramadan dimakbulkan

KUALA LUMPUR 5 Julai- Doa dan impian Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini untuk meninggal dunia pada bulan Ramadan, dimakbulkan oleh Allah.

Biduanita bersuara emas itu menghembuskan nafas terakhir pada pukul 1.26 pagi ini bersamaan 7 Ramadan 1435H di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat komplikasi paru-paru.

“Kak Pah selalu berdoa kepada Allah, jika mahu mengambil nyawa Kak Pah, biarlah pada bulan mulia ataupun pada hari Jumaat, penghulu segala hari," beritahunya dalam satu pertemuan dengan wartawan Utusan Online di rumah beliau di Lorong Utara, Petaling Jaya sebelum ini.

Dalam pertemuan itu juga, Sharifah Aini turut memberitahu beliau sentiasa reda apabila diduga dengan masalah kesihatan yang semakin terjejas ketika itu.

Kesihatan penyanyi Bunga Tanjung itu terjejas sejak 2002 dan sering berulang alik ke hospital dan ditahan di wad.

Pada 30 Jun lalu, keadaan beliau semakin kritikal sehingga diberi bantuan pernafasan.

Sementara itu, jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail sekitar pukul 7.30 pagi ini untuk dimandikan dan disembahyangkan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara. - UTUSAN ONLINE

Sepatutnya saya yang pergi dulu.... ibu...


Sepatutnya saya yang pergi dulunya...bukan dia...sebab saya lebih banyak lagi penyakit berbanding dia," kata Sharifah Noor atau Umi dalam getar suara yang cukup sebak saat bercerita tentang pemergian Bidunita Negara, Datuk Sharifah Aini.

Bonda kepada Datuk Sharifah Aini ini berkata demikian tatkala meluahkan perasaannya kepada pengacara Apa Kata Malaysia hlive!, Datuk Aznil Hj Nawawi yang ketika itu sempat meluangkan masa untuk menziarahi jenazah Allahyarhamah selepas beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Pakar Damansara, kira-kira jam 1.26 pagi tadi.

Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini yang mesra disapa sebagai Kak Pah atau Kak Ani di kalangan rakan-rakan seperjuangan atau peminatnya itu meninggal dunia setelah berada di dalam keadaan yang cukup kritikal akibat jangkitan pada paru-paru.

Umi yang berkerusi roda serta ditemani suaminya (bapa tiri Kak Pah) dalam keadaan yang masih hiba turut memberitahu bahawa dia terkilan kerana pulang lebih awal setelah keadaan Kak Pah mula pulih sebelum dimasukkan sekali lagi ke pussat pakar perubatan tersebut.


"Saya terkilan... sebab balik dulu. Tak sangka jadi begini. Sedihlah....," katanya dengan air mata yang berjuraian keluar sambil disaksikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi atau Pak Nil yang turut tak dapat menahan rasa sedihnya. Beberapa kali juga Pak Nil juga menenangkan Umi dan meminta wanita tua tersebut supaya bersabar.

Umi terdiam seketika mendengar kata-kata Pak Nil itu tetapi kemudian menyambung kembali kata-katanya.

"Sebetulnya sebelum pulang saya beritahu pada dia yang saya mahu pulang. Saya juga beritahu dia: "Umi sayang Ani...Dia anggukkan kepala.

"Saya sangka anggukannya itu bermaksud dia okey. Tapi, saya tidak sangka pula yang berlaku adalah sebaliknya dan saya kembali bergegas untuk melihat dia tapi dia sudah tiada.

"Mungkin dia mengangguk sebab tidak mahu susahkan saya. Sedihlah...memang sedih sangat" kata Umi sambil menggeleng-gelengkan kepala dan air matanya kembali bergenang di kelopak matanya dan kemudian terus mengalir turun ke pipi.

Pak Nil terus menenangkan Umi....

Sumber: MURAI

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR