Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday 17 July 2014

Tragedi Malang Untuk MAS dan Malaysia Selepas Empat Bulan, PM Dukacita


Satu lagi tragedi mengejutkan negara apabila Malaysia Airlines (MAS) mengalami satu lagi kemalangan pesawat selepas MH17 dilaporkan terhempas di Ukraine.
  
Berita terkini oleh media asing melaporkan MH17 "ditembak jatuh" ketika ia berada pada ketinggian 30,000 kaki dan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
  
Pesawat MH17 itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal.
  
Empat bulan sebelum ini pesawatnya MH370 yang membawa 239 penumpang, hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, dan dipercayai berakhir di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac.
  
Usaha mencari pesawat itu masih berjalan, bagaimanapun hingga sekarang, serpihan pesawat itu gagal ditemui.
  
Dalam reaksi segera, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi tweetnya "terkejut mendengar laporan pesawat MAS terhempas, dan mengarahkan siasatan segera dijalankan."
  
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin ketika dihubungi Bernama berkata Wisma Putra sedang bekerjasama dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan tragedi itu.
  
MAS dalam satu kenyataan mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan MH17 pada 1415 (GMT) 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.
  
Syarikat pengeluar pesawat, Boeing berkata ia bersedia memberi apa jua bantuan yang diminta oleh pihak berkuasa berhubung MH17.
  
"Doa kami adalah bersama mereka yang berada dalam pesawat Malaysia Airlines yang hilang di ruang udara Ukraine serta keluarga mereka dan orang tersayang," kata Boeing dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari Seattle Khamis.
  
Portal kerajaan Ukraine http://www.kmu.gov.ua/ menyatakan pada Rabu situasi di sempadan Ukraine-Rusia masih tegang.
  
"Pengawal sempadan meneruskan tugas berdasarkan pelan am ATO. Tentera upahan Rusia dan pengganas saling berbalas tembakan," menurut laman web itu.

- Bernama.
  
23 warga Amerika Syarikat antara mangsa nahas


Jumlah kematian dalam kejadian pesawat MH17 dipercayai terhempas melebihi 300 orang termasuk 23 warga Amerika Syarikat, kata Penasihat Kementerian Dalam Negeri Ukraine, dipetik oleh Ifax.

Dilaporkan hampir 100 mayat ditemui bergelimpangan di sekitar bangkai pesawat MAS yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu.

Pesawat itu didakwa terhempas di utara Ukraine, kira-kira 50 kilometer dari ruang udara Russia.

KLM sedih dengan nahas MH17
KLM Royal Dutch Airlines, yang mengadakan perkongsian kod KL4103 dengan Malaysia Airlines (MAS) MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, berkata syarikat penerbangan kebangsaan Belanda itu amat sedih untuk mendapat berita nahas yang menimpa pesawat itu.
    
Dalam kenyataan hari ini, KLM berkata mereka sentiasa berhubung dengan MAS untuk mendapatkan maklumat lanjut.
    
Walaupun belum lagi mendapat nota pengesahan rasmi oleh MAS, kami amat sedih mengenai kejadian nahas MH17," katanya.
    
KLM turut mengumumkan talian kecemasan MAS di nombor 006-03-78841234.
    
Menurut laporan agensi berita antarabangsa, pesawat MAS jenis Boeing 777, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal, terhempas di timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia hari ini.
    
- Bernama

Panggilan telefon dipintas dakwa tembak pesawat

Akhbar Ukraine, The Kyiv Post melaporkan satu panggilan telefon di antara anggota pemisah dan pegawai risikan tentera Rusia berhubung pesawat yang didakwa ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine.

Rakaman tersebut dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine, SBU.

Menurut rakaman dalam bahasa tempatan itu, anggota pemisah berkenaan memberitahu pegawai risikan Rusia bahawa mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat.

Ia juga menunjukkan, militan berkenaan memberitahu pihak risikan Rusia bahawa mereka kemudiannya mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.


Menurut laporan itu, salah satu panggilan itu dibuat kira-kira 20 minit selepas MH17 terhempas. Panggilan itu dibuat oleh Igor Bezler, yang didakwa SBU sebagai seorang pegawai perisikan tentera Rusia dan komander utama Republik Rakyat Donetsk.

Portal berita itu juga menerbitkan sebuah transkrip penuh perbualan telefon, yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.

Sementara itu, Reuters memetik kenyataan pemimpin operasi bencana Ukraine yang berkata, operasi mencari dan menyelamat dihalang oleh kumpulan "pengganas bersenjata".

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa pula menyebut, ruang udara yang dilalui MH17 tidak dikelaskan sebagai zon larangan terbang.

Manakala New York Times melaporkan, keadaan fizikal mayat yang ditemui masih utuh. Ini menunjukkan pesawat itu mungkin membuat pendaratan terkawal. 

Ukraine sahkan MH17 terkena tembakan

Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko mengesahkan bahawa pesawat MH17 terkena tembakan peluru berpandu dan terhempas berhampiran Torez.

Menurut Bloomberg, Gerashchenko menyatakan ini di Facebook beliau.

Laporan mendakwa pesawat Malaysia itu, yang membawa 295 orang, jatuh di wilayah ketenteraan di mana tentera kerajaan Ukraine bertempur dengan berjuang pemisah pro-Rusia.

Sementara itu, agensi berita Interfax melaporkan bahawa pesawat itu terhempas 50km sebelum memasuki ruang udara Rusia.

Ia "mula menurun, selepas itu didapati terbakar di wilayah Ukraine," laporan itu memetik sumber yang tidak dinamakan sebagai berkata.

Satu lagi sumber yang tidak dinamakan dari pihak keselamatan Ukraine, dipetik oleh Interfax, sebagai berkata pesawat itu hilang dari radar pada ketinggian 10,000 meter selepas itu ia menurun berhampiran bandar Shakhtyorsk.

Presiden Ukraine Petro Poroshenko juga menafikan bahawa Tentera Udara Ukraine menembak pesawat tersebut.

Puak pemisah bagaimanapun, menafikan ia menembak jatuh pesawat itu dan sebaliknya menyalahkan Kiev, lapor penyiar milik negara Rusia.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menulis dalam tweet bahawa tentera Malaysia masih mengesahkan perkara itu.

MAS berkata MH17 berlepas dari Amsterdam pada jam 12.15 pagi dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi waktu tempatan.

MAS terputus hubungan dengan pesawat itu pada 1415 GMT ketika berada 30 kilometer dari Tamak, sebuah bandar yang terletak 50 kilometer dari sempadan Rusia-Ukraine.

Waris penumpang MH17 mula tiba di KLIA

KUALA LUMPUR 18 Julai - Sebahagian ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine semalam, mulai tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebuah pesawat dari Malaysia dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia, lapor agensi berita lewat malam ini.

Malaysia Airlines mengesahkan pasukannya terputus hubungan dengan pesawat Boeing 777 dengan nombor penerbangan MH17.

Kedudukan terakhir adalah di ruang udara Ukraine," kenyataan MAS di Twitter dipetik.

Laporan langsung sejak jam 12.01 pagi, Jumaat 18 Julai:

4.45am: Najib dalam sidang medianya berkata Malaysia menggesa pihak yang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sekiranya benar pesawat MH17 ditembak jatuh.

4.42am: Naib presiden AS Joe Biden menyatakan keyakinan bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh.

"Ia bukan satu kemalangan, pesawat ditembak jatuh dari udara," katanya, lapor Reuters.

4.35am:
Petugas di 'sidang media' perdana menteri menegaskan, Najib tidak akan melayan sebarang pertanyaan dari wartawan.

4.10am: Akhbar Ukraine, The Kyiv Post melaporkan satu panggilan telefon di antara anggota pemisah dan pegawai risikan tentera Rusia berhubung pesawat yang didakwa ditembak jatuh dari ruang udara Ukraine.

Rakaman tersebut dikeluarkan oleh agensi keselamatan Ukraine, SBU.

Menurut rakaman dalam bahasa tempatan itu, anggota pemisah berkenaan memberitahu pegawai risikan Rusia bahawa mereka berjaya menembak jatuh sebuah pesawat.

Ia juga menunjukkan, militan berkenaan memberitahu pihak risikan Rusia bahawa mereka mendapati ia adalah sebuah pesawat penumpang.

3.53am: RT.com melaporkan, pesawat itu dipandu oleh pengawal udara Ukraine sebelum ia didapati hilang dari radar.

Laporan itu memetik laporan saluran berita Rossiya-24.

3.25am: Reuters memetik kenyataan pemimpin operasi bencana Ukraine yang berkata, operasi mencari dan menyelamat dihalang oleh kumpulan "pengganas bersenjata".

3.20am: Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menyebut, ruang udara yang dilalui MH17 tidak dikelaskan sebagai zon larangan terbang.

2.46am: New York Times melaporkan, keadaan fizikal mayat yang ditemui masih utuh. Ini menunjukkan pesawat itu mungkin membuat pendaratan terkawal.

2.42am: Noraini Mohd Noor berkata, kakaknya dalam perjalanan pulang untuk menyambut Hari Raya yang transit di Amsterdam.

Katanya kakaknya yang berusia 67 tahun itu menetap di Switzerland sejak 30 tahun lalu dan tidak pulang ke Malaysia sejak lima tahun lalu.

Beliau kesal kerana MAS tidak mengambil tindakan pantas untuk memberi makluman.

2.37am: Seorang juruterbang memberitahu The Telegraph, beliau terkejut kerana MH17 masih menggunakan laluan di ruang udara Ukraine memandangkan sebuah pesawat pengangkutan negara itu telah ditembak jatuh awal minggu ini.

"Penerbangan sudah dilencongkan keluar dari Crimea,” kata Danny Fyne.

“Saya mendapati, ganjil bagi pesawat melalui kawasan ini.”

2.30am: Laporan The Telegraph menyebut, warga Ukraine di London akan mengadakan bantahan di kedutaan Rusia atas tragedi MH17.

Para penunjuk perasaan itu akan meletakkan bunga di luar kedutaan Malaysia dan Belanda sebelum demonstrasi tersebut.

2.22am: Lebih ramai para waris tiba di anjung tinjau KLIA untuk mendapat kepastikan mengenai nasib penumpang dan anak kapal.

Pegawai MAS tidak kelihatan di kawasan itu.

2.15am: Bapa kepada Nur Shazana Mohd Salleh, 31, seorang pramugari dalam penerbangan MH17 menyatakan rasa terkejut atas kejadian itu.

Mohd Salleh Shamsuddin, 54, berkata beliau berharap anaknya itu, yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, berada dalam keadaan selamat.

Ibu Nur Shazana kelihatan berada dalam keadaan terkejut dan tidak dapat bercakap kepada pemberita.

1.57am: Wartawan New York Times di lokasi bencana melaporkan, kebanyakan mayat masih terikat dengan tali pinggang keselamatan di tempat duduk.

"Banyak mayat masih terikat dengan tali pinggang keselamatan di serpihan pesawt," kata Sabrina Stravernise di Twitter.

1.49am: Para wartawan berhimpun di luar kawasan anjung tinjau KLIA, tetapi tidak dibenarkan masuk ke ruang tersebut oleh pasukan keselamatan.

Pusat operasi bencana akan ditubuhkan di Hotel Sama-sama.

Najib sedang mengikuti taklimat oleh Pusat Operasi Darurat MAS.

1.47am: Laporan Reuters menyebut, pihak berkuasa pengangkutan udara Amerika Syarikat dan Eropah sudahpun mengeluarkan amaran berhubung risiko penerbangan di ruang udara Ukraine sejak April.

1.40am: Najib mengikuti taklimat mengenai status pesawat MH17 di pusat operasi darurat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

1am: Laporan Reuters menyebut, puluhan mayat ditemui bergelimpangan di sekitar bangkai pesawat di sebuah padang di timur Ukraine.

Pasukan penyelamat menemui sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui dengan kawasan kampung Grabovo.

Serpihan pesawat itu dikesan dalam lingkungan diameter 15 kilometer.

Seorang pegawai kerajaan Ukraine yang dipetik dalam laporan itu menyebut, kesemua 295 orang dalam penerbangan itu maut.

12.31am: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di Twitter menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan itu.

"Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat MH terhempas. Kita sedang melancarkan siasatan serta merta," katanya di Twitter.

12.30am: Presiden Rusia Vladimir Putin mengadakan perbincangan dengan Barack Obama berhubung pesawat Malaysia yang terhempas di Ukraine, lapor Reuters

12.28am: Koresponden Reuters di timur Ukraine melaporkan menyaksikan bangkai pesawat terbakar dan badan manusia di kawasan bencana.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan akan tiba tidak lama lagi di pusat operasi Malaysia Airlines yang dibuka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

12.24am: Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menafikan tenteranya menembak jatuh pesawat Malaysia, lapor DPA.

12.19am: Laporan Reuters menyebut, presiden AS Barack Obama maklum dengan laporan mengenai pesawat Malaysia yang terhempas.

Rumah Putih bagaimanapun enggan mengesahkan apa-apa butiran.

12.15: Laporan Reuters memetik kenyataan penasihat kerajaan Ukraine yang berkata pesawat Malaysia itu ditembak jatuk oleh militan di timur Ukraine, mengorbankan kesemua 295 orang dalam penerbangan tersebut.

Ia menyebut, pesawat itu jatuh dekat bandar Donetsk, yang menjadi kubu kuat pemisah pro-Rusia.

Menteri tersebut, Anton Gerashchenko dilaporkan berkata, pesawat itu terkena tembakan peluru berpandu dari permukaan darat.

Laporan itu mendakwa, penduduk tempatan telah menemui bangkai pesawat.

Laporan terdahulu:

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di Twitter menyatakan rasa terkejut dengan perkembangan itu.

"Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat MH terhempas. Kita sedang melancarkan siasatan serta merta," katanya di Twitter.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata dakwaan bahawa pesawat itu ditembak jatuh masih belum disahkan.

"Tiada pengesahan bawah ia ditembak jatuh. Tentera kita sudah diarahkan untuk menanganinya," katanya di Twitter.

Pesawat itu dilaporkan membawa 295 penumpang dan anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Ia berlepas dari Amsterdam pada jam 2.14 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba di Kuala Lumpur pada kira-kira jam 6 pagi.

Laporan Al-Jazeera menyebut, pesawat itu mungkin terhempas di kawasan yang menyaksikan pertempuran sengit antara Rusia dan Ukraine.

Menurut Interfax, pesawat itu terhempas hanya 50 km selepas memasuki ruang udara Rusia.

Laporan yang memetik sumber keselamatan Ukraine yang tidak dinamakan itu menyebut, pesawat itu hilang dari radar ketika berada di ketinggian 10,000 meter.
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berazam untuk menyiasat tragedei pesawat Malaysia Airline yang terhempas di Ukraini hingga ke akar umbi.

Najib yang kelihatan tenang dalam sidang medianya pagi ini berkata beliau tidak dapat membayangkan apa yang dialami oleh para waris individu dalam penerbangan tersebut.

“Ini adalah hari yang tragis, dalam tahun yang sudahpun tragis bagi Malaysia.

“Dalam usaha kita untuk memahami apa yang berlaku, ingatan kita dan doa kita bersama keluarga dan rakan-rakan yang menaiki penerbangan tersebut.

“Saya tidak dapat bayangkan apa yang mereka alami dalam masa yang amat sukar ini,” katanya.

Katanya, Malaysia Airlines kini sedang dalam proses memaklumkan kejadian itu kepada para waris penumpang dan anak kapal.

“Kesemua keperluan akan disediakan kepada para waris,” katanya.

Pesawat Malaysia Airlines MH17 yang membawa 280 orang termasuk 23 rakyat kita terhempas di timur Ukraine dalam kejadian hari Khamis.

Semakan di peta dalam talian menunjukkan kawasan bencana itu terletak dekat bandar Krasnyi Luch di wilayah Luhansk Oblast di tenggara Ukraine.
 
Sebahagian daripada gambar yang sempat dikumpul berkaitan dengan MH17 yang dipercayai ditembak dan terhempas di sempadan Rusia-Ukraine - TKO 























































No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR