Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 20 July 2014

MH19 ganti MH17, PM Tak Tidur Malam dan Gambar Sekitar Tragedi

PUTRAJAYA - Penerbangan Malaysia (MAS) tidak lagi menggunakan kod MH17 untuk penerbangan Amsterdam-Kuala Lumpur bermula Jumaat ini sebagai menghormati penumpang dan krew yang terkorban.

MAS dalam satu kenyataan berkata, penerbangan tersebut akan diteruskan dengan menggunakan kod baharu iaitu MH19.

"Tiada pertukaran lain terlibat dan perkhidmatan kami berjalan seperti biasa untuk penerbangan Amsterdam-Kuala Lumpur," kata kenyataan itu.

Muhyiddin hadir majlis tahlil MH17

PUTRAJAYA 20 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman menghadiri majlis tahlil untuk mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Sri Satria malam ini.

Majlis itu diadakan bersama program berbuka puasa dengan 500 pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Antara NGO yang hadir Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Majlis Belia Malaysia (MBM), Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Persatuan Perkhidmatan Tadbir Diplomatik (PPTD), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUAPECS), Persatuan Bekas Tentera (PBTM) dan Persatuan Bekas Polis (PBPM).

Pada majlis itu juga, Muhyiddin menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada lebih 100 pelajar tahfiz daripada Maahad Tahfiz Ar Rasyidin, Melaka dan Sekolah Tahfiz Al Ukhuwah, Petaling Jaya. - UTUSAN.

Mayat mangsa MH17 akan cuba dibawa pulang sebelum Aidilfitri - PM

KUALA LUMPUR 20 Julai - Malaysia akan melakukan apa sahaja yang termampu untuk memastikan semua mayat mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 dari negara ini di bawa pulang ke tanah air sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dan seluruh kepimpinan kerajaan akan berusaha dengan sebaik mungkin bagi memastikan semua jenazah dapat dikebumikan di Malaysia selaras dengan permintaan ahli keluarga mangsa.

Anggota keluarga penumpang MH17 mahu mayat mangsa dibawa pulang 

PUTRAJAYA - Beberapa anggota keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis lepas mahu supaya mayat mangsa dibawa pulang dalam apa jua keadaan.

Hasrat itu diluahkan keluarga Noor Rahimah Md Noor, Puan Seri Siti Amirah Prawira Kusuma serta Ariza Ghazalee semasa pertemuan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim di Hotel Marriot Putrajaya, di sini hari ini.

Rohani berkata, mereka mahu supaya mayat dari nahas tersebut dapat disemadikan dengan sempurna mengikut ritual serta agama masing-masing.

"Saya jumpa tiga famili, hasrat mereka satu sahaja untuk bawa balik mayat dalam apa jua keadaan supaya dapat disempurnakan mengikut ritual masing-masing,” katanya dalam sidang media selepas kira-kira sejam pertemuan itu.

Pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal, disahkan terhempas di Ukraine semasa dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. - Bernama.

Pemberontak ambil 196 mayat

Hrabove (Ukraine): Pasukan tentera pemberontak pro-Russia sudah mengambil 196 mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang ditemui di kawasan nahas ke lokasi yang tidak diketahui, kata pasukan perkhidmatan kecemasan Ukraine.

Wartawan Associated Press (AP) sendiri menyaksikan tentera pemberontak memasukkan mayat mangsa yang dibungkus dengan plastik ke dalam lori sebelum membawa keluar dari kawasan nahas.


Pada pagi Ahad, wartawan AP mendapati tiada mayat di kawasan nahas dan pasukan perkhidmatan kecemasan dilihat menyelusuri padang gandum untuk mencari anggota badan dan tentera pemberontak yang bersenjata juga gagal dikesan di kawasan berkenaan.

Jurucakap Menteri Kecemasan Ukraine, Nataliya Bystro berkata, pekerja sukarela di wilayah yang dikawal tentera pemberontak itu dipaksa untuk menyerahkan semua mayat yang ditemui kepada pemberontak bersenjata.

SEORANG tentera pemberontak pro-Russia berdiri brehampiran mayat mangsa. FOTO Reuters

"Kami tidak tahu ke mana mereka membawa mayat itu," kata Bystro. METRO.

'Di mana mereka simpan mayat – kami tak tahu'


Berikut perkembangan isu berkaitan MH17 hari ketiga dari masa ke semasa:

19.14 Pasukan pemisah memaksa pekerja keselamatan untuk menyerahkan 196 mayat ditemui, dan membawanya ke bandar yang dikuasai kumpulan pro-Rusia, lapor Associated Press.

Sementara itu, Ogranisation for Security and Co-operation in Europe dalam pasukan pemantauan khas dilaporkan melihat mayat berada dalam “beg mayat profesional” dan dibawa ke sebelah jalan oleh “pakar” yang tidak diketahui.

Sementara itu, agensi berita Rusia mendakwa mayat-mayat itu dihantar ke Donetsk, yang dikuasai pemisah, sementara kerajaan Ukraine mahukan ia dihantar ke Kharkiv, bandar dikuasai kerajaan.

“Di mana mereka simpan mayat – kami tidak tahu,” jurucakap kementerian darurat Nataliya Bystro dipetik sebagai berkata.

Juga, masih tiada penjelasan berhubung nasib mayat 102 lagi yang belum ditemui.

18.40 Hasrat kaki judi untuk meraih keuntungan dengan membeli nombor yang berkaitan dengan tragedi MH17 kecewa apabila pertaruhan mereka tidak diterima lagi.

Semakan di kedai-kedai Da Ma Cai, Toto dan Magnum mendapati nombor panas 1717 dan 777 tidak lagi diterima sejak Jumaat, lapor The Star Online.

Seorang pekerja di kedai Magnum di George Town berkata beliau pada mulanya tidak tahu menahu kenapa nombor itu tidak diterima sebelum menyedari pesawat MH17 jenis Boeing 777 ditembak jatuh pada 17 Julai.

Pusat media ditutup tengah malam

18.23 Pusat Media MH17 di Hotel Sama-Sama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur akan ditutup mulai tengah malam ini.

Menurut notis yang ditampal di pintu pusat media sebentar tadi, Jabatan Penerangan Malaysia meminta pihak media yang berkampung sejak awal pagi Jumaat lalu menghubungi pegawai komunikasi korporat kementerian penerangan Mano Verabatran untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Kebanyakan menteri kabinet yang terlibat telah pun berlepas ke Kiev sejak semalam bagi menyelia dan berbincang mengenai usaha menyiasat punca MH17 terhempas di timur Wilayah Donetz, Ukraine Khamis lalu.

Laporan polis pada isteri MP

18.15 Biro Nasional Pemuda Gerakan membuat laporan polis terhadap Yuki Tan, isteri anggota Parlimen Tanjung Ng Wei Aik.

Ketuanya Puspanathan Jayaveloo mendakwa, kenyataan Tan berhubung insiden MH17 “melampau” selepas didakwa menyalahkan Malaysia atas tragedi itu di Facebook.

Tan sebelum itu memohon maaf dan membuang komen itu dan berkata beliau tidak berniat menyalahkan negara ini atas nahas itu.

17.05 Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan menghentikan penggunaan kod penerbangan MH17 bagi menunjukkan rasa hormat terhadap mangsa tragedi itu.

Dalam satu kenyataan hari ini MAS berkata kod penerbangan baru untuk perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur adalah MH19 dan akan bermula 25 Julai depan.
Kenyataan itu juga menyebut tiada perubahan kekerapan penerbangan antara dua destinasi tersebut dan jadual penerbangan harian antara kedua ibu negara akan berjalan seperti biasa.
16.33 Petugas syarikat penerbangan seluruh dunia membanjiri satu laman Facebook dengan curahan hati masing-masing untuk merakam penghormatan dan penghargaan mereka kepada anak kapal MH17, lapor Bernama.

Akaun Facebook bernama "A Fly Guy's Cabin Crew Lounge" itu, yang memberi ruang kepada petugas penerbangan serata dunia untuk membina rangkaian serta berkongsi kisah dan foto, kini menjadi saluran untuk menyampaikan ucapan takziah kepada anak kapal MH17.

Siswa harap syirik tak berulang

15:33 Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaysa (PMIUM) meminta agar semua pihak menjadi lebih matang dalam menghadapi tragedi ini.

Presiden PMIUM Khairol Najib Hashim berkata fenomena penyebaran maklumat palsu dan teori konspirasi harus dielak untuk tidak mencemarkan imej negara ini.

Kharol turut meminta agar fokus rakyat terhadap MH17 ini tidak mengalih pandangan daripada krisis kemanusiaan di Gaza antara rejim Zionis dan rakyat Palestin.

"Kita tidak mahu fenomena penyebaran maklumat palsu, hebahan teori konspirasi, bomoh, amalan syirik dan sebagainya kembali berulang dan mencemarkan imej negara.

"Hal ini kerana iajelas mempamerkan mentaliti negatif rakyat Malaysia dan mengundang tanggapan buruk masyarakat dunia terhadap negara kita," kata beliau dalam satu kenyataan.

PAS mahu Duta Ukraine, Rusia dipanggil

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar pula menegaskan kerajaan perlu memanggil wakil kedutaan Ukraine di negara ini untuk memberi penjelasan insiden tersebut.

Dipetik Harakahdaily, Mahfuz berkata Malaysia sepatutnya tidak tunduk dengan Ukraine kerana kerajaan mereka bertanggungjawab dalam krisis negara itu sehingga melibatkan penerbangan Malaysia.

Beliau juga berharap Rusia dipanggil kerana negara itu menurutnya berada di belakang pemberontakan dan ketegangan antara kedua-dua negara.

Sunderland-Newcastle bersatu 

 

12.15 Jarang-jarang terjadi, peminat pasukan bola sepak Inggeris Sunderland memulakan kempen mencari dana bagi membantu peminat Newcastle United yang meninggal akibat nahas MH17.

Newcastle dan Sunderland terkenal sebagai musuh ketat zaman berzaman dalam dunia bola sepak Inggeris kerana kedua-duanya berasal daripada kawasan sama di utara United Kingdom.

Sky Sports melaporkan, peminat Sunderland sudah mengumpulkan 14,000 untuk dua mangsa, iautu Liam Sweeney, 28, dan John Adler, 63.

12.00 Pihak berkuasa Ukraine menegaskan masih belum menerima sebarang kotak hitam yang dikatakan ditemui di tapak nahas MH17.

Dalam kenyataannya malam tadi, kedutaan Ukraine di Kuala Lumpur berkata, lokasi kotak hitam masih tidak jelas walaupun ada laporan menyebut ia dihantar sama ada ke Rusia atau diserahkan pada pihak berkuasa Ukraine.

10.30 Bank Belanda kini mengambil langkah pencegahan bagi memastikan kredit kad mangsa MH17 tidak disalah guna oleh pihak lain selepas laporan mendakwa ia digunakan di kawasan berdekatan tempat nahas.

AFP melaporkan, bak-bank di Belanda menawarkan untuk mengganti kembali wang, yang digunakan daripada kad kredit curi, kepada keluarga mangsa.

10.20 Singapore Airlines Ltd (SIA) membuat permohonan maaf terbuka pada Sabtu selepas mengeluarkan kenayataan dianggap tidak sensitif berkaitan isu MH17, lapor Reuters.

Beberapa jam selepas MH17 ditembak di timur Ukraine pada Khamis dan mengorbankan 298 nyawa, SIA di Facebook dan Twitter syarikat itu memuatkan pesanan berkata pesawatnya tidak menggunakan ruang angkasa Ukraine.

8:00 Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lain terbang ke Ukraine bersama rombongan enam orang pada 11.59 malam pada Sabtu bagi membantu pasukan Malaysia di negara itu, lapor Bernama.

PM tak tidur malam selepas insiden MH17

   
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu beliau tidak dapat tidur malam ekoran nahas mengejutkan melibatkan pesawat Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Beliau terpaksa menghubungi pemimpun dunia ekoran nahas melibatkan kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) itu.

“Ini dua malam berturut-turut tidak tidur malam. Sebab apa? Sebab saya dihubungi pemimpim dunia dan pihak-pihak lain,” katanya yang kelihatan lesu dalam sebuah acara berbuka puasa di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Menurutnya, beliau menyatakan pendiriannya kepada pihak terbabit supaya mangsa dibawa keluar daripada tapak nahas dalam masa terdekat.

“Kita tak boleh biarkan keadaan di mana mereka boleh dibawa sesiapa sahaja, (atau) diletak di tempat yang kita tidak ketahui,” katanya.

Selepas pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh pada Khamis, Ukraine dan Amerika Syarikat mendakwa ia ditembak oleh peluru berpandu.

Malaysia enggan mengeahkan perkara ini atas alasan siasatan masih berjalan.


Menteri kesihatan kecam Rusia dan Ukrine
  
Datuk Seri S Subramaniam menjadi menteri pertama yang mengkritik langsung Ukraine dan Rusia kerana kurang membantu Malaysia memasuki kawasan nahas di mana pesawat MH17 dipercayai ditembak jatuh.

“Saya sungguh marah apabila pasukan Smart (Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia) kita tidak mendapat sokongan diperlukan dan akses ke tapak nahas untuk operasi mencari.


“Pihak berkuasa Ukraine dan Rusia mesti memberikan sokongan untuk keselamatan penglibatan kita,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Kenyataan Subramaniam (kiri) itu dilihat menongkah arus selepas kerajaan secara rasmi dilihat begitu mengambil pendekatan diplomatik dengan kedua-dua negara itu.

“Sebarang usaha pemberontak pro-Rusia menafikan kemasukan ke tapak nahas dan campur tangan dengan bukti patut dikutuk.

“Sebagai sebuah bangsa kita harus menunjukkan tekad menggali ke akar umbi bagi mencari keadilan untuk seluruh masyarakat yang menjadi mangsa tindakan serangan ganas,” katanya.


Gambar sekitar tragedi MH17 klik di halaman  http://greenboc.blogspot.com/2014/07/gambar-20-lagi-gambar-sekitartragedi.html

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR