Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 20 July 2014

Rangkuman Isu: Macam Orang Lain Tak Ada Isteri, Macam Negeri Lain Tak Tukar MB, Kecoh Berminggu-minggu Berbulan-bulan, Ya Teruskan Tan Sri Khalid....Belum Ada Negara Yang Menghadapi Dugaan Besar Dalam Industri Mereka dan Sejarah Kepimpinan, Justeru Corak Kepimpinan dan Kepimpinan Negara Juga Harus Dikaji

Lebih Percayakan Isteri Berbanding Pemimpin PKR Lain -Utusan

 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim lebih diperlukan di Selangor berbanding Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Utusan Melayu. Gambar fail The Malaysian Insider.

Akhbar Utusan Malaysia menyokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dikekalkan jawatannya sehingga akhir penggal 2018 walaupun mendapat tekanan kuat daripada ketua umum partinya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya berundur.

Melalui tulisan Awang Selamat, akhbar milik Umno itu yakin Khalid tidak mudah dibuli Anwar kerana majoriti rakyat Selangor menyokongnya berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahupun Pengerusi PKR Selangor Mohamed Azmin Ali.

Katanya, Khalid lebih diyakini daripada segi integriti, reputasi dan akhlak sebagai pemimpin.

"PKR boleh kehilangan Anwar tetapi implikasi besar menanti jika ketiadaan Khalid di Selangor sebelum waktunya.
"Teruskan mentadbir Tan Sri, rakyat Selangor bersama anda," katanya hari ini.

Akhbar milik Umno itu berkata, semakin ramai pemimpin pembangkang termasuk daripada PKR tidak gentar lagi kepada Anwar yang sudah lemah cengkaman.
Menyifatkan isu kedudukan menteri besar sebagai 'bom jangka,' katanya Anwar kini adalah liabiliti kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

"Beliau menamakan isterinya, Wan Azizah yang juga presiden boneka parti itu dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang sebagai pengganti Khalid.
"Awang hanya senyum, Anwar lebih percayakan isterinya berbanding pemimpin PKR lain," katanya.
Khalid pada minggu lalu mengumumkan tidak akan berundur, sebaliknya mahu terus kekal berkhidmat sehingga akhir penggal.

Media semalam melaporkan Anwar memanggil mesyuarat melibatkan ketua cabang dan wakil rakyat PKR Selangor dan membuat ketetapan Khalid tetap akan diganti dengan calon terdekat, sama ada Wan Azizah atau Azmin.

Sementara itu, Mingguan Malaysia turut menyifatkan tindakan Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad yang mengkritik kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sehingga menimbulkan kemarahan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai membawa agenda DAP, bukan PAS.

"Awang berharap Khalid bukan saja patut memohon maaf kepada Sultan Selangor malah ahli PAS dan umat Islam.

"Ini kerana pendirian beliau dalam beberapa isu menjejaskan imej PAS selain membawa mudarat terhadap kepentingan Islam," katanya. – 20 Julai, 2014. (TMI)

Anwar sahkan peralihan kuasa di Selangor


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan bahawa pemimpin parti itu bersetuju dengan satu "peralihan kuasa yang lancar" bagi jawatan menteri besar Selangor.

Seperti dilapor Malaysiakini sebelum ini, Anwar memberi isyarat bahawa menteri besar baharu kemungkinan besar adalah isterinya dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Namun, beliau tidak mendedahkan sebarang nama lagi memandangkan majlis presiden Pakatan Rakyat belum bertemu membincangkan perkara itu.

Azizah disebut-sebut bakal menggantikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang memegang jawatan itu untuk penggal kedua tetapi berhadapan pelbagai kritikan terhadap caranya menguruskan negeri.

Ia termasuklah cara beliau menguruskan sumber negeri sehingga kepada pendekatannya yang kurang berbincang dengan orang ramai dalam hal ehwal projek-projek mega seperti Lebuh Raya Kidex.

Anwar berkata sekretariat Pakatan Rakyat telah dimaklumkan tentang keputusan itu walaupun majlis presiden akan hanya bertemu pada minggu hadapan.

"Biro politik PKR dan pemimpin-pemimpin parti dalam majlis pimpinan pusat sepakat dengan satu peralihan kuasa secara lancar di Selangor dan bersetuju ia patut dibincangkan secara tertib dengan Khalid," katanya sewaktu ditemui di Guar Perahu, Pulau Pinang hari ini.- ARKIB.

Teruskan YAB Tan Sri Khalid

Pergolakan dalam PKR makin panas. Sudahlah dibelenggu masalah pemilihan parti terutama penipuan dan pergaduhan yang masih gagal ditangani, isu kedudukan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim, kini bagai bom jangka menanti ledakan.

Khalid nampaknya bertegas enggan tunduk dengan desakan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden, Azmin Ali supaya berundur. Dalam kenyataannya baru-baru ini, Khalid mengisytiharkan akan terus menjadi Menteri Besar sehingga tamat penggal pentadbiran 2018.

Beliau juga makin berani bersuara mengkritik Anwar.

Difahamkan malam semalam, Anwar dalam tindak balasnya memanggil mesyuarat melibatkan ketua cabang dan Wakil Rakyat PKR Selangor dengan mesej Khalid tetap akan diganti. 

Beliau menamakan isterinya, Wan Azizah Ismail yang juga presiden boneka parti itu dan ADUN Kajang sebagai pengganti Khalid. Awang hanya senyum, Anwar lebih percayakan isterinya berbanding pemimpin PKR lain. Persoalannya mampukah PKR menyingkirkan Khalid? 

Atas kertas beliau mendapat sokongan rakyat Selangor. Malah Khalid lebih popular berbanding Anwar, Wan Azizah dan Azmin di negeri itu. Dari segi integriti, reputasi dan akhlak pemimpin, Menteri Besar Selangor itu lebih diyakini. 

Lagipun makin ramai pemimpin pembangkang termasuk PKR tidak gentar kepada Anwar yang sudah lemah cengkaman. Ini kerana beliau sendiri adalah liabiliti kepada PKR dan pakatan pembangkang. Maka Awang yakin Khalid tidak makan dibuli oleh Anwar. 

PKR boleh kehilangan Anwar tetapi implikasi besar menanti jika ketiadaan Khalid di Selangor sebelum waktunya. Teruskan mentadbir Tan Sri, rakyat Selangor bersama anda. 

Ujian besar buat negara

Tidak sampai empat bulan selepas dunia digemparkan dengan kehilangan misteri pesawat Penerbangan Malaysia MH370 pada Mac lalu yang sehingga hari ini masih belum ditemui, Malaysia diuji dengan satu lagi nahas melibatkan pesawat MH17.

Tragedi terbaharu ini mengejutkan masyarakat antarabangsa apabila pesawat Boeing 777-222 ditembak jatuh di Ukraine, dipercayai oleh puak pemisah pro-Rusia. Sebanyak 298 penumpang dan anak kapal yang tidak berdosa terkorban. Ketika urusan siasatan dan pencarian MH370 terus dilakukan, Malaysia terpaksa menangani krisis baharu yang cukup mencabar berikutan insiden ke atas MH17.

Rakyat Malaysia sekali lagi dirundung kesedihan. Belum ada negara yang ditimpa dugaan besar ini dalam industri penerbangan mereka. Dua kejutan nahas dalam tempoh yang pendek pada tahun ini. Kebetulan kedua-duanya melibatkan pesawat Boeing. Ada elemen kebetulan yang lain menjadi bahan perbualan iaitu 7. Pesawat MH17, kejadian pada 17 Julai, 7 (Julai), pesawat Boeing 777, penerbangan pertama 17 Julai 1997 dan usia khidmat penerbangan 17 tahun.

Awang simpati ke atas nasib MAS yang bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Takziah juga kepada seluruh keluarga mangsa MH17 atas kehilangan insan tersayang. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tabahlah menghadapi dugaan yang berat ini, yang sudah menjadi ketentuan takdir. Tiada siapa menduga pesawat MH17 menjadi mangsa konflik geopolitik antara Rusia dengan Ukraine. Ia mengingatkan kita kepada insiden pesawat Korea Airlines pada 1 September 1983 yang ditembak oleh pesawat pejuang Rusia ketika konflik dalam era Perang Dingin antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet.

Sejumlah 269 penumpang dan anak kapal terbunuh. Dalam kejadian menimpa MH17, Rusia dan Ukraine saling menuding jari. Apa pun, Malaysia menerusi Perdana Menteri, Najib Tun Razak telah menyatakan pendirian tegas mahukan pihak yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan dan dihukum.

Sebagai rakyat Malaysia, Awang berharap Rusia atas pengaruhnya memainkan peranan lebih besar untuk membantu Malaysia dalam apa sahaja bentuk meliputi menjaga bahan bukti hinggalah memberkas siapa yang bersalah. Jika benar militia pro-Rusia pimpinan Igor Strelkov menembak jatuh MH17, beliau tidak harus dilindungi oleh Rusia. Sekiranya berlaku kesilapan, segera akui dan ambil tanggungjawab. Menembak jatuh pesawat awam adalah perbuatan paling keji dan tidak bertamadun. Tiada siapa boleh terlepas.

Gelombang simpati dan takziah daripada seluruh dunia kepada Malaysia semasa insiden MH370 berulang lagi dalam kes MH17. Ini termasuk para pemimpin kuasa besar yang komited untuk membantu negara kita dalam menangani kejadian tersebut. Ulama dunia turut mendoakan termasuk Mufti Zimbabwe, Ismail Menk yang meminta rakyat Malaysia bersabar dengan ujian yang hebat daripada Allah SWT.

Di tanah air, rakyat bersatu memberikan sokongan kepada negara dan MAS bagi menghadapi saat-saat getir ini sebagaimana terserlah menerusi reaksi dalam laman sosial. Seperti juga beberapa komen, Awang akan terus menjadi pelanggan setia MAS. Tragedi melibatkan MH370 dan MH17 adalah kejadian terpencil. Keyakinan para penumpang seluruh dunia terhadap kualiti dan layanan MAS menjadikan syarikat penerbangan itu pilihan ramai sebagaimana terbukti dalam senarai penumpang asing dalam pesawat MH17.

Dalam pada itu, walaupun berdepan dengan satu lagi ujian buat negara, Najib tetap tenang. Sebaik sahaja mendapat maklumat MH17 ditembak jatuh, beliau bertungkus lumus bekerja tanpa mengira waktu sahur mahupun berbuka puasa. Dalam berdepan dengan krisis, sekali lagi faktor kepimpinan menjadi sandaran, yang setakat ini Najib tidak mengecewakan.

Ketika bersama keluarga mangsa, keprihatinannya terserlah, beberapa kali Najib sebak. Apabila berurusan dengan Presiden Vladimir Putin dan Ban Ki-moon, beliau tegas memberikan mesej. Sambil itu beliau boleh melayani anak-anak kecil dengan kemesraan dan senyuman pada majlis berbuka puasa biarpun kelihatan penat dan banyak perkara mendesak bermain di fikiran.

Tenang, tabah dan fokus, itulah yang boleh dirumuskan pada setiap kali beliau menangani krisis.

Awang secara peribadi bersimpati dengan situasi yang dialami oleh Najib. Sebagai pemimpin nombor satu negara, beban terpikul di bahu beliau. Tetapi percayalah, pemimpin yang menempuh banyak liku dan dugaan akan menjadi lebih kuat selepas ini, begitu juga negaranya.- UTUSAN.

Gambar Arkib sekadar hiasan

ABU: Kut Yer Kuat kalau Terlungkup! Belum pernah dalam sejarah penerbangan awam dunia, dua pesawat dari model yang sama dan dari sebuah syarikat penerbangan yang sama musnah dalam tempoh empat bulan. Dan jika dicantum jumlah mangsa yang terkorban akibat malapetaka ini, ia adalah satu rekod dunia malah yang terburuk dalam sejarah penerbangan awam dunia. Malah Dunia pun tiada jawapan kepada bencana yang menimpa Syarikat Penerbangan Malaysia ini. Akan tercatat dalam sejarah, dalam tempoh empat bulan sahaja, MAS kehilangan 534 pelanggan dan kakitangan dengan 239 orang dari pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi sehingga kini. Apakah kepimpinan negara juga harus dikaji semula?

Tragedi MH17: Warga Belanda Kesal Sikap Segelintir Rakyat Malaysia Tiada Semangat Kenegaraan

mh17-infoanda-cry
Sejak berita insiden malang yang menimpa pesawat MH17 milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) tersebar dan mendapat liputan meluas di seluruh dunia, banyak pihak terutamnya negara luar  telah menzahirkan rasa simpati dan menyampaikan ucapan takziah mereka kepada Kerajaan Malaysia dan waris mangsa yang terlibat dalam insiden ini.

Disaat negara sedang berdepan situasi sukar dan rakyat Malaysia masih lagi bersedih dengan kehilangan ahli keluarga yang terlibat dalam insiden tersebut, terdapat segelintir rakyat Malaysia yang kurang sensitif dan tiada semangat kenegaraan terus menjadikan isu ini sebagai modal untuk membalas dendam terhadap pihak tertetu tanpa menghiraukan perasaan ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Tidak kurang juga terdapat sebilangan rakyat Malaysia dan media tempatan tanpa segan silu memperlekeh segala usaha yang dilakukan Kerajaan Malaysia dalam menangani isu ini dengan menyalahkan syarikat penerbangan milik negara dan melakukan provokasi melampau terhadap pemimpin tertentu bertujuan untuk mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.

Tindakan dan sikap tidak bertanggunjawab segelintir rakyat Malaysia dan pengamal media negara ini turut mengundang persepsi negatif dari rakyat negara luar yang mengikuti rapat perkembangan insiden MH17 ini melalui media elektronik atau media sosial.
Sikap sebegini bukan sahaja memalukan tetapi tidak sepatutnya ditunjukkan pada orang luar  di saat mereka merasa kagum dengan keharmonian dan keamanan serta kepelbagaian yang terdapat di Malaysia

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR