Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 28 September 2014

Bakal Calon MB Selangor Yang Baharu Selepas YAB Azmin Ali

Digelar pengkhianat serta broker dan barua oleh PAS, dua anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin mendapat sambutan sebagai seorang wira daripada penyokong Cina dalam majlis makan malam DAP malam tadi.

Duduk bersebelahan pemimpin popular DAP Lit Siang, hadirin bangun memberi tepukan gemuruh dan beberapa pemimpin DAP menggelar mereka sebagai “penyelamat Pakatan Rakyat”.

unnamed“Kamu bukan pengkhianat, kamu wira rakyat,” kata bekas exco Selangor Ronnie Liu di majlis makan malam yang dihadiri kira-kira 700 orang di Petaling Jaya malam tadi.

Sementara itu, ADUN Bukit Gasing R Rajiv berkata, mereka berdua harus menandatangani akuan berkanun (SD) bersama wakil PKR dan DAP bagi menghancurkan harapan kerjasama PAS-Umno.

“Jika tidak kerana mereka, kita sudah tentu akan lihat kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno,” katanya.

PKR, DAP Pembuli - Nik Abduh

PETALING JAYA: Anak Mursyidul Am PAS mendakwa Parti Keadilan Rakyat dan DAP kini makin berubah dan lebih menonjol dengan sikap umpama Umno sebagai pembuli.

Kenyataannya yang disiarkan menerusi laman Facebook pada Ahad itu bagai petanda wujudnya pergeseran yang semakin meruncing di kalangan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz itu mendakwa, ada di kalangan pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu dihukum kerana bertindak bertentangan dengan keputusan Pakatan Rakyat ketika krisis menteri besar di Selangor.


"Mereka berkata PAS akan mati dan ditanam di Selangor.

"Di Sarawak, mereka mengumumkan tidak lagi mahu bersahabat dengan PAS. Kini mereka mahu menjadi umpama Umno, bersikap sombong apabila memiliki kuasa," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, DAP mula menonjolkan sikap buruknya ketika mendapat kuasa hanya sepenggal, tetapi PAS menjadi mangsa buli Umno ketika berkuasa di Kelantan dan Terengganu untuk tempoh lebih lama.

"Mereka sering mewar-warkan kegagalan kami, tetapi mereka lupa bahawa PAS juga ada cerita kejayaan tersendiri," katanya sambil menambah PKR juga tiada bezanya dengan DAP.

"PKR juga mahu membuli kami. Mereka mencuri sambil membuli.

"Sesuatu yang baik apabila PKR berhadapan masalah dalaman, jadi mereka tidak sekukuh DAP, malahan ada di kalangan mereka yang tidak sehaluan, jadi tindakan mereka membuli kami tidak begitu berkesan," katanya.

Perpecahan mula melanda Pakatan Rakyat sejak krisis Menteri Besar Selangor, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama parti itu memilih untuk menangani krisis itu dengan cara mereka.

Ia berlarutan apabila empat bekas Exco Selangor yang dilabel sebagai pengkhianat apabila enggan meletak jawatan daripada pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai solidariti kepada pemecatan enam Exco PKR dan DAP.

Sebaik dilantik, Menteri Besar yang baharu, Azmin Ali memutuskan untuk mengurangkan jumlah Exco di kalangan wakil rakyat PAS kepada tiga berbanding empat sebelum ini di mana ia dilihat sebagai hukuman kepada parti berkenaan.

Nik Abdul juga berkata, walaupun menjadi mangsa, PAS masih mampu meneruskan perjuangan dan berjaya melaluinya.

"PAS berjaya dalam banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga melebarkan sayapnya di mana sahaja ia pergi," katanya.

Beliau seterusnya turut menasihatkan DAP supaya tidak menjadi pembuli kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat, seolah-olah cuba 'membunuh' parti itu.

"DAP seharusnya tahu bahawa PAS tidak akan mati kerana ada jangka hayat yang panjang. Jika Umno tidak mati lagi, kenapa pula PAS yang harus mati.

"Jika PAS mati, siapa yang akan berjuang untuk Islam? Umno? PKR? DAP?," katanya sambil menegaskan bahawa Islam ada nadi parti itu yang memungkinkan ia terus subur.

"PAS akan hanya mati atau disisihkan jika ada pihak yang lebih baik untuk memperjuangkan Islam. Setakat ini, tiada yang seumpama itu muncul. Saya tidak fikir PasMA ada keupayaan untuk menggantikan PAS. Mereka boleh bermimpi di siang hari tetapi jangan jadi pembuli," katanya merujuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dibentuk beberapa kepemimpinan PAS.

AKAN BERDEPAN DENGAN LEMBAGA DISIPLIN PAS ESOK.


Dua wakil rakyat PAS menyokong Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor sebelum partinya membuat pendirian sebelum ini akan berdepan lembaga disiplin esok.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang Saari Sungib memberitahu Malaysiakini bahawa beliau dan Hasnul Baharuddin (Morib) telah dipanggil menjelaskan tindakan mereka itu.

Saari yang menerima sambutan wira daripada DAP ekoran tindakannya itu bagaimanapun menegaskan tidak akan keluar daripada PAS.

“Kalau jawatankuasa (disiplin) itu adil, berilmu dan objektif, tidak dipengaruhi selain daripada untuk menegakkan keadilan dan kebenaran, saya akan tetap jadi ahli (PAS),” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika takdirnya beliau dipecat, beliau berazam akan terus bersama Pakatan dan menjadi ahli politik tanpa parti.

“Parti saya Pakatan Rakyat,” katanya.

Sementara itu, Hasnul sebelum ini berseloroh bahawa beliau masih boleh bertanding menggunakan lambang DAP.

Beliau bagaimanapun menegaskan tiada hasrat langsung melompat parti.- MK.

ABU: Bukan tak berhasrat, takut jatuh talak !.

Pegawai Penerangan PAS Pusat Nafi

PETALING JAYA: Pegawai Penerangan PAS Pusat, Mohd Shahir Abu Hasan menafikan laporan dalam satu portal media yang mengatakan dua ADUN PAS, Hasnul Baharuddin dan Saari Sungib akan dihadapkan ke Lembaga Disiplin PAS hari ini

Menurut Shahir, beliau juga tidak mengetahui perkara tersebut dan hairan bagaimana portal tersebut boleh mengeluarkan laporan yang sedemikian.

“Saya juga telah memaklumkan perkara tersebut kepada Penolong Setiausaha PAS Pusat, Khairul Faizi yang turut mengesahkan masih belum ada tindakan dibuat ke atas ADUN-ADUN terbabit ,” tegasnya ketika dihubungi oleh FMT.

Sebelum ini, portal tersebut melaporkan bahawa Saari menjelaskan beliau dan Hasnul telah dipanggil oleh Lembaga Disiplin untuk memberi penjelasan mengenai tindakan mereka yang didakwa telah membelakangkan parti.

Saari bagaimanapun bertegas tidak akan meninggalkan PAS meskipun tindakannya menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor dianggap wira oleh DAP.

Semalam, Hasnul menyatakan kesediaannya untuk bertanding pada PRU akan datang atas tiket DAP, manakala Saari pula mengeluarkan kenyataan untuk bertanding sebagai calon Bebas sekiranya disingkir PAS.

Hasnul menegaskan bahawa beliau sudah bersedia untuk menerima apa sahaja keputusan dan tindakan tatatertib yang bakal dikenakan oleh pimpinan PAS Pusat. ~free malaysia today



Mungkin Wajah Sebenar PKR tidak ubah seperti Parti Yang "Membuat Laporan" Suatu Ketika Dulu.

AHLI PARLIMEN PKR BIADAB PERTIKAI KUASA SULTAN

Satu laporan polis telah dibuat terhadap Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Alor Setar, Gooi Hsiou Leong berhubung tindakannya mempertikaikan keistimewaan kuasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu perlantikan Menteri Besar di negeri berkenaan.

Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Raja, Mohd Shafiq Hushim berkata, dia mewakili UMNO bahagian bersama-sama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bertindak membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berhubung kenyataan Hsiou Leong yang dilihat bersikap biadap terhadap Sultan Selangor.

Shafiq berkata, tindakan ahli parlimen itu dilihat satu perkara tidak wajar dilakukan oleh seorang wakil rakyat apabila berani mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan sedangkan dia merupakan ‘orang luar’ yang tidak terlibat dalam krisis di Selangor.

Jelas Shafiq lagi, seorang wakil rakyat seharusnya akur dengan titah Sultan dan cadangan Hsiou Leoang jelas menunjukkan sikap sebenar pemimpin PKR yang tidak menghormati perlembagaan yang telah ditetapkan sebelum ini.

"Sepatutnya beliau (Hsiou Leong) menggunakan kuasa untuk membantu menjaga kebajikan rakyat tetapi sebaliknya beliau mempersoalkan pula kuasa Sultan Selangor untuk memberi mandat kepada Menteri Besar yang dicalonkan oleh pakatan pembangkang sendiri," katanya dipetik Utusan.

Menurut Shafiq, pihaknya dan pertubuhan NGO mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas Hsiou Leong di atas kenyataan tersebut.

Merujuk laporan sebelum ini, Hsiou Leong dilaporkan telah mengeluarkan cadangan kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali agar menghapuskan keistimewaan kuasa Sultan Selangor yang didakwa menjadi faktor krisis di negeri berkenaan. –UtaraNews.com/Mohd Shahir Shukor

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR